Blogger Backgrounds

Rabu, 26 November 2014

Diari 26 November

Dalam kedinginan malam semalam, ketika sedang nak muntah menelusuri research, tiba-tiba aku teringin melihat gambar-gambar lama di dalam simpananku. Aku tertarik dengan kenangan 2007. 212 susunan gambaran terindah semuanya sepanjang kenangan itu. Emm apa nak aku gambarkan melalui kata-kata yea? Aku hanya mampu senyum di hati ada juga perasaan sedih.

Ahh mengapa aku begini....mengapa terlalu beremosi sedangkan aku telah melangkah perjalanan hampir 7 tahun dari destinasi lalu. Yea aku tidak dapat nafikan sebab aku manusia, jika robot mahu sahaja aku telah delete memori itu atau mungkin software itu sudah corrupt. Namun aku hanya manusia yang dikurniakan otak bukan hard disk tetapi urat kekal hidup sehingga kematian yang tiada nyawa lagi.

Merenung gambar-gambar itu membuatkan aku terfikir scene-scene yang ianya baru sahaja berlaku semalam. Terasa kehangatan bahang badanmu, hembusan nafasmu, gelak ketawamu, suaramu,  renungan matamu, senyuman manismu masih baru sahaja meresap ke jiwa ini. Terasa seperti aku ingin sahaja melewati lokasi-lokasi itu bagi mendapatkan segunung memori dan ulitan kenangan kembali, namun jika ia terjadi pun, mana mungkin kenangan lalu menjadi reality walaupun berada di tempat yang sama sedangkan kamu entah di mana.

Usah bermimpi, kenapa berkhayal di reality hari ini tentang kenangan lalu, kenangan dan reality tidak mungkin berlaku dalam ketentuan masa yang sama, dunia di hadapan telah lama aku telusuri tapi mengapa semakin jauh aku pergi kenangan itu seakan baru sahaja pergi. Dunia kita telah berbeza dunia lampau tidak sama lagi dengan dunia hari ini. Aku yakin dirimu telah jauh lebih indah dari apa yang aku miliki kini, namun tidak pula bermaksud aku tidak bersyukur dengan kurniaanNYA.

Aku masih mencari aras kejayaan yang mahu dikejar oleh semua manusia, apakah hari esok ada sesuatu yang pasti buatku sepertimu. Jika kekayaan yang aku cari adakah aku temui bahagia di situ? Jika segengam ilmu yang aku cari adakah janji kebahagian ada di situ? Kini aku lebih percaya kasih sayang dan ketenangan adalah segalanya di dalam kehidupan yang bahagia. Hidup sendirian dalam dunia sendiri banyak memberi erti kebahagian namun apakah aku dapat belajar kesemuanya?

Buatmu izinkan aku sekadar mengingati kenangan itu yang mampu memberi kebahagian dan seraut kasih sayang dari apa yang kamu tinggalkan kepadaku.Izinkan aku juga…..

Meminjam riak senyummu untuk hati ini
meminjam ayu matamu untuk pandangan ini
meminjam raut ayumu untuk ketenangan ini

Selamat Hari Lahir Sayangku

banyak nyer lilin..............

Khamis, 20 November 2014

JPJ oh JPJ


Apa sudah jadi dibawah pimpinan baru Ketua Pengarah nya? Hangat sungguh perdebatan di ruang media social. Isu hangat sebenarnya telah bermula ketika akta cermin gelap lagi tidak lama dahulu, dah kaji ok kira settle lah kot. Tub tub tub.. isu ini telah hangat kembali akibat operasi pemeriksaan no plet kenderaan bermula 1 November 2014. Bagi aku peraturan ini memang dah lama ada, dah kuatkuasakan pun. Tapi mengapa sejak 1 November 2014 ini ianya begitu hangat?

Mudah sahaja apabila KP JPJ mengeluarkan kenyataan yang di anggap kurang cerdik di media. Ayat “ no plet tidak mengikut spefikasi mengundang kemalangan” serta “kepastian kematian pada tahun 2020”... yea inilah dia kata keramat yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia yang didakwa  oleh JPJ sebagai rakyat  yang mempunyai mentality kelas ketiga sejauh mana ketidakpandaian mereka dalam hal undang-undang dan akta. Bagaimana KP JPJ dikatakan seolah memperbodohkan rakyat? Benar atau tidak terpulang kepada anda menilai kehangatan yang melanda di saat blog ini diterbitkan. Bagi aku kesilapan KP JPJ adalah pada penggunaan kata-kata pasar dalam menyampaikan fakta yang dilihat beliau begitu fasih dgn angka-angka yang spontan di sebut semasa interview oleh wartawan di tepi highway. Bagi rakyat Malaysia (di dakwa JPJ mentalliti kelas ke3 ini), bahasa pasar mungkin di anggap kurang sopan, lebih lebih lagi dalam situasi rasmi siaran untuk media ketika itu.

Petikan dari www.themalaysianinsider.com

"Kepada Ismail, kerana pulut santan binasa, kerana mulut JPJ terseksa."
Awang berkata, orang ramai marah dengan kenyataan Ismail yang dilihat tidak menjaga sensitiviti, selain menjadi bahan jenaka.
"Empat kali perkataan mati digunakan oleh beliau. Ramai tergamam Ismail menggunakan bahasa pasar yang kasar sebagaimana yang digunakan oleh warga asing terutama Nepal dan Bangladesh.
"Awang tidak faham mengapa seorang ketua jabatan yang penting dalam perkhidmatan awam tidak boleh bertutur dengan kemas dan tepat untuk makluman awam melalui siaran media khususnya televisyen," katanya.
 Bagi aku, JPJ seharusnya bijak bermain dengan keprofesionalan dalam hal menguatkuasakan undang-undang ini. Telah lama JPJ menguatkuasakan undang-undang ini, mengapa tiada suara rakyat yang bangun mempersoalkannya?  Undang-undang ini berkaitan no plet ini bukan baru. Tetapi akibat statement itu, maka rakyat bangun membidas akibat ketelunjukkan JPJ berkenaan kebodohan rakyat.
JPJ seharusnya mula mengkaji segala peraturanya berkaiatan undang-undang/akta jalanraya serta pendekatan bagi generasi kini. Jangan terlalu selesa dengan harimau yang jinak walaupun telah berpuluh-puluh tahun dibela dan makan ditangan, apabila harimau telah mula dewasa cara dan pendekatan belaian dan pemberian makan juga seharusnya berbeza. Jangan pukul rata, maka jawapan itu terserlah pada hari ini. Jangan disalahkan pula apabila harimau itu mula mencederakannya, siapa silap siapa tidak berwaspada?
Dalam dunia baru dan alaf generasi baru ini, JPJ seharusnya memperkasakan dasar dan polisi dalamanya seupaya ia benar-benar mantap sesuai dengan kehendak generasi kini tetapi dalam masa yang sama tetap berpegang kepada apa yang logic dan munasabah. Jika dahulu orang memakai cawat jangan pula kini apabila orang memakai seluar adalah suatu kesalahan. Ingat perkasa seorang zaman dan logic harus diutamakan.

Aku merasakan KP JPJ sekarang adalah orang tua yang tidak relevan dengan zaman, jika ia gagal mendekati generasi kini dengan logic kini, maka dia memang sah tidak sesuai berada di suatu jabatan yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang. Ramai lagi tokoh yang berdarah gen-y boleh memimpin generasi kini. Jika dahulu kita cuba lari dari kepompong penjajah, maka kini seharusnya gen-x tidak diperlukan lagi bagi memimpin gen-y kini. Namun aku tidak mengatakan bahawa semua pentadbir gen-x itu tidak sesuai, ada yang mempunyai ilmu yang sesuaia dengan zaman gen-y ini. Maka carilah yang bersesuaian.

Memperkasa dan menjenamakan buka dari luaran, banyak usaha yang perlu dibuat bagi rombakan secara menyeluruh terutama diperingkat dalaman termasuk unsure-unsur sahsiah anggota membawa kelunturan jpj sekian lama akibat perkataan terlalu “selesa”.

Selasa, 4 November 2014

Penantian 23 tahun berkecai di kaki penyerang bergaji 120k


Apa sudah jadi? Aku menonton perlawanan akhir ini di gerai yang penontonnya majoritin  adalah orang pantai timur..Pastinya boleh dibayangkan betapa tertekan nya aku. Aku yakin mereka dari Kelantan. Walaupun seakan aku melihat mereka itu lalang..Namun aku tidak boleh berbuat apa-apa. Aku lemas dengan dialek2 pantai timur mereka.




Perlawanan 90 minit amat mengetirkan walaupun di akhir-akhir JDT menguasinya. Bayangkan setiap kali pemain JDT terlepas bola, terlepas shoot, kekasaran, pendek kata apa sahaja kegagalan JDT akan di sambut mereka-mereka ini dengan bertepuk tangan dan sorak gumbira. Apa yang aku nampak sepanjang 90 minit itu, kegagalan besar JDT adalah mengekalkan rentak konsisten selepas  eksiden tumbukan di perut Amri Yahyah. Jika dilihat sebelum itu memang JDT menguasai permainan. Jika diminta aku untuk komen eksiden Amri Yahyah tersebut, ramai orang mengatakan beliau berlakon. Kalu yea pun  jika dibalikkan kepada pemain lawan, mereka juga bakal membuat lakonan yang sama jika terlibat dalam eksiden berkenaan bagi meraih simpati. Pemain Pahang Saifinizam jelas kelihatan menumbuk beliau, kuat atau tidak persoalan ke 18 atau mungkin ke 102, tetapi secara visual memang aksi itu berlaku. Jadi apa kita boleh buat?

Tambahan masa 15+15 minit, jika dilihat secara visual penyudah johor 2 kalu halangan tiang gol sahaja, jika boleh dikira dengan congakkan matematik dan hukum momentum fizik dan teori ruang, ketidakcapaian keputusan mungkin berkisar di angka 2% yang menjadi halangan bola dari masuk ke gawang. Begitu juga hantaran amirul yang berkaya ditanduk ……………… namun tersasar sekitar 5% ruang gol.

Sepatutnya jika ditakdirkan kemenangan milik JDT aku yakin malam itu, JDT mampu meraih sekurang-kurangnya 5 gol pasti.

Bila memasuki penentuan penalty,aku pasti kepada kegagalan mana-mana pasukan malam itu adalah disebabkan oleh pemain, bukan pasukan lagi. Jika dipihak penjaga gol berpeluang menjadi wira jika dapat menyelamatkan bola. Jadi secara teori logic apa yang aku cakap ni adalah:
       
  •        Pasukan dah lepas tanggungjawab dipersalahkan
  •           Pemain yang gagal menyempurnakan penalty dianggap dalang kegagalan
  •        Penjaga gol bakal menjadi wira jika dapat selamatkan sepakan bola dari memasuki gawang


Memasuki penentuan penalty sudah semestinya eksiden amri yahya akan dilupakan, namun jika JDT menang pada 90min atau tambahan masa 15+15. Amri yahya bakal dikecam hebat. Kerana Pahang bermain 10 orang kerana lakonan nye.

Tekaan aku mengenai teori 2 mengena kepada JDT, apa sudah jadi padat Mat Yo? Jika dilihat dia tidak sepatutnya tertekan kerana dia adalah penyerang kebangsaan. Aku sudah menggangak antara dia dan Haris bakal membuat kesilapan. Pada pendapat aku, Amri yahya dan safiq Rahim sepatutnya mengambil sepakan malam itu. 2 nama yang awal-awal lagi aku tidak percaya adalah Mat yo dan Safee sali.



Segalanya lebur malam itu dek kegagalan penyerang kebangsaan yang kununya penuh pengalaman. Jika dilihat pada 2 musim kebelakangan ini Safee dan Mat yo bukanlah satu nama yang gah tidak seperti 3 atau 4 tahun lepas. Aku rsa sengat mereka telah tiada, jadi mengapa bayar lebih untuk pemain yang ada nama besar tetapi skill yang tinggal sejarah. JDT seharusnya memikirkan sesuatu, teori membeli semua pemain hebat bukanlah jaminan, kombinasi keserasian adalah perlu. Pemain juga tidak seharusnya menunjukkan dengan aksi mengikut perasaan yang tinggi begitu juga barisan pegawai JDT, jangan tunjuk kita ini seaakan ganas, aku cukup malu dengan mewujudkan provokasi, tunjuk garang, bertikam lidah…aku melihat dari luar mereka mewujudkan sentiment negative itu. Mengapa? Kalu menang pun jika perangai macam itu…aku malu…..aku dah rasa menonton bersama team lain. Malu sangat. Respek Zainal Abidin dan barisan pegawai yang nampak cool ke atas pemain.


Secara keseluruhan pada aku JDT sepatutnya menang malam itu. Namun seperti ada tidak kena atau gangguan kepada pemain menyebabkan kita kalah. Apakah gangguan itu? Siapa berfikir mungkin faham selain eksiden jelas kegagalan Mat yo.