Dalam kedinginan malam semalam, ketika sedang
nak muntah menelusuri research, tiba-tiba aku teringin melihat gambar-gambar
lama di dalam simpananku. Aku tertarik dengan kenangan 2007. 212 susunan
gambaran terindah semuanya sepanjang kenangan itu. Emm apa nak aku gambarkan
melalui kata-kata yea? Aku hanya mampu senyum di hati ada juga perasaan sedih.
Ahh mengapa aku begini....mengapa terlalu
beremosi sedangkan aku telah melangkah perjalanan hampir 7 tahun dari destinasi
lalu. Yea aku tidak dapat nafikan sebab aku manusia, jika robot mahu sahaja aku
telah delete memori itu atau mungkin software itu sudah corrupt. Namun aku
hanya manusia yang dikurniakan otak bukan hard disk tetapi urat kekal hidup
sehingga kematian yang tiada nyawa lagi.
Merenung gambar-gambar itu membuatkan aku
terfikir scene-scene yang ianya baru sahaja berlaku semalam. Terasa kehangatan
bahang badanmu, hembusan nafasmu, gelak ketawamu, suaramu, renungan matamu, senyuman manismu masih baru
sahaja meresap ke jiwa ini. Terasa seperti aku ingin sahaja melewati
lokasi-lokasi itu bagi mendapatkan segunung memori dan ulitan kenangan kembali,
namun jika ia terjadi pun, mana mungkin kenangan lalu menjadi reality walaupun
berada di tempat yang sama sedangkan kamu entah di mana.
Usah bermimpi, kenapa berkhayal di reality
hari ini tentang kenangan lalu, kenangan dan reality tidak mungkin berlaku
dalam ketentuan masa yang sama, dunia di hadapan telah lama aku telusuri tapi
mengapa semakin jauh aku pergi kenangan itu seakan baru sahaja pergi. Dunia
kita telah berbeza dunia lampau tidak sama lagi dengan dunia hari ini. Aku
yakin dirimu telah jauh lebih indah dari apa yang aku miliki kini, namun tidak
pula bermaksud aku tidak bersyukur dengan kurniaanNYA.
Aku masih mencari aras kejayaan yang mahu
dikejar oleh semua manusia, apakah hari esok ada sesuatu yang pasti buatku
sepertimu. Jika kekayaan yang aku cari adakah aku temui bahagia di situ? Jika
segengam ilmu yang aku cari adakah janji kebahagian ada di situ? Kini aku lebih
percaya kasih sayang dan ketenangan adalah segalanya di dalam kehidupan yang
bahagia. Hidup sendirian dalam dunia sendiri banyak memberi erti kebahagian
namun apakah aku dapat belajar kesemuanya?
Buatmu izinkan aku sekadar mengingati
kenangan itu yang mampu memberi kebahagian dan seraut kasih sayang dari apa
yang kamu tinggalkan kepadaku.Izinkan aku juga…..
Meminjam riak senyummu untuk hati ini
meminjam ayu matamu untuk pandangan ini
meminjam raut ayumu untuk ketenangan ini
Selamat Hari Lahir Sayangku
banyak nyer lilin..............
0 Komen:
Catat Ulasan