Blogger Backgrounds

Jumaat, 30 Oktober 2009

Ada sesuatu yang jauh



Minggu ni di rasakan ada sesuatu yang jauh dariku, entahlah tiada sms yang tiba-tiba datang, senyap segalanya. Aku sedar dia jauh di sana. Aku bukanlah gila bayang tetapi sekadar meluah isi hatiku sendiri. Tiada apa muslihat terselindung, ingin melakar gerak hati di dalam blog ini. Orang kata luahan itu suatu kelegaan dan kebahagian kepada kepuasan perasaan. Seronok juga layan perasaan ni, tambahan pula perasaaan itu suatu realiti dahulu.


Terfikir juga bagaimanakah keadaan dia di sana, tentu bahagia di samping orang tercinta, baguslah itu seharusnya apa yang dia patut miliki selepas ikatan itu. Hidup aku tetap begini, tetap bernafas di bumi baru sejak setahun yang lalu. Aku rasa aku bahagia di sini, mula mencipta kehidupan di laluan yang kadangkala seperti pernah aku lalui. Pengalaman memandu aku untuk terus menghargai dan mempelajari kehidupan supaya kesilapan tidak menghantui. Bos aku kata “ langkah pertama itu adalah pengalaman untuk terus kelangkah seterusnya” bagus juga otak orang tua tu dengan bait ayat yang aku benar-benar suka.


Semalam lagi badan aku ni rasa macam kurang sihat sahaja, mungkin nak demam agaknya. Mengikut rekod kali terakhir aku deman adalah bulan Julai tempohari. Kalu demam aku rasa pun patut, ye lah kita ni manusia sahaja, sekali sekala badan pun mahukan rehat di rumah. Walaupun banak cuti yang aku ambil semenjak Julai tetapi setiap cuti ader keperluannya, ini bermakna ia bukan rehat. Lagipun lama tak tengok muka doctor. Malam ni aku berusaha untuk makan ubat yang ada dalam simpanan,kalau tak sihat nah ke klinik sahaja bukan kena bayar pun, organisasi bayar.


Sehari dua ni banyak juga blog yang aku baca, pelbagai ragam manusia dapat di lihat, berkembang minda aku ni, semuanya luahan-luahan yang aku rasa aku hormati semuanya. Aku akan terus mengikutinya demi memahami erti manusia di dunia ini melayan perasaan mereka terhadap sikap manusia di sekeliling mereka.
Buat dia di sana


“hanya itu bahagia di hati”

Isnin, 26 Oktober 2009

Weekend yang bahagia: Autoshow UNISEL Shah Alam



















Rabu, 21 Oktober 2009

Nombor itu matematik, matematik itu kira-kira?




Bila berbicara mengenai nombor aku akan menjadi lemah di segenap jiwa dan raga, bahasa mudah aku memang benci matematik. Subjek ni memang aku lemah mungkin juga tiba di tahap beku. Subjek aku suka semasa di bangku sekolah adalah Geografi, memang suka sangat cakap je pasal hakisan, tanjung, teluk, utara, selatan semua aku tahu.

Hari ini otak aku di cabar dengan sesuatu yang aku tak suka, mengira perancangan dan pemindahan rak buku. 88, 44, 106, 23 x 3, aahhhh apa ni sehinggakan aku terpaksa melukis di white board dan merenung di depan nya mencari penyelesaian. Banyak juga A4 paper yang aku guna bagi mengira berdasarkan teori jarak jauh aku yang panjang demi mendapatkan kefahaman aku.

Walaupun diganggu dengan kerja-kerja yang lain aku cuba untuk focus dengan kiraan ini. Akhirnya dalam keadaan keluhan, tertonggeng-tonggeng aku dapat kiraan yang diperlukan. Deal esok present kat pegawai atasan sikit dari aku, sikit je hehehhee tak jauh gred nye.
Lepas seksa aku, tapi setakat hari ini lah esok nak present alamat tertonggeng tergolek-golek lagi.uhhhh.
Iklan jap “apa ko tak potong lagi” hehhehehee

Trip akhir tahun cuti-cuti Malaysia bersama team haram aku mungkin akan ke Taiping, Perak. Perancangan lokasi telah aku buat, selepas ini akan di rancang penginapan dan masa perjalanan. Tarikh telah pasti 18-20 Disember 2009. Hope semua Berjaya, aku akan kumpul dan panggil semua geng haram untuk melaporkan diri.
Huhuhu konvoi kita ke Taiping, alamak jentera aku tak mungkin dapat digunakan maklumlah telah di sumpah ke mod japan domestic market, jadi nasib baik ada lagi sebuah jentera yang belum di sumpah sepenuhnya masih boleh digunakan. Nak tengok? hehehhehe

Selasa, 20 Oktober 2009

Planner



Sahabat karib bagi memacu perjalanan harian ku tanpanya aku menjadi seorang pekerja yang tiada arah. Pastinya hari itu merupakan hari yang aku tak buat apa-apa kerja. Aku tak boleh bekerja tanpa penyusunan planner yang baik. Kebiasaanya segala kerja yang aku akan lakukan esok hari akan di rancang di rumah pada malam sebelum hari esok, kekadang tak banyak tapi kalau banyak sehingga terpaksa membuat helaian lain yang lebih specific.


Begitulah aku dan planner dalam mengurus kerja harian ku di pejabat. Bila dapat lakukan semua di planner ketika akhir waktu bekerja aku rasa amat puas, tak kiralah kalu penat sekalipun. Bagiku objektif hari berkenaan tercapai dan lebih bagus lagi aku bukan makan gaji buta. Kerjaku menjadi teratur dan pastinya berjalan mengikut target yang ditetapkan kecuali tak capai kalau ada gangguan dari bos atau sebagainya.

Ramai orang berkata bahawa kerja di sektor kerajaan ni relax, goyang kaki, goyang punggung, tapi bagiku ada waktunya kita sibuk dan adanya kita tidak sibuk yang membuatkan aku boring seharian jika itu menjelma.Terpulang apa orang nak kata, aku tetap aku, hanya planner aku sahaja yang tahu siapa aku di tempat kerja.

Isnin, 19 Oktober 2009

Menyusuri Garis Khatulistiwa






Bekerja di Negara orang, lamunan di tempat kegemaran aku bagi mencari ketenangan di masa terluang telah membawa minda ke arah perkara ini. Aku terpandang beberapa pekerja asing melewati tempat aku termenung melihat keindahan alam ini. Terfikir sejenak, jauh mereka datang untuk mencari pendapatan yang aku kira mereka tidak dapat di negara asal. Malaysia memang bertuah, tak susah untuk menjadi kaya di Malaysia, asal kita rajin dan berusaha. Tapi lamunanku bukan itu, lamunan lebih jauh mencabar diriku sendiri.

Bagaimana jika aku pula seperti mereka? Terpaksa ke negara lain yang aku tiada siapa-siapa untuk aku kenali, jauh dari cara dan kebiasaan aku dari kecil hingga kini. Aku tiada saudara mara, jauh lagi keluarga terdekat. Aku keseorangan. Tiba-tiba sahaja hadir dan meneruskan hidup dan persaingan di situ? Mampukah aku? Kalau terpaksa rasanya boleh tapi sampai bila?

Pehh persoalan-persoalan yang mencabar kewibawaan diri. Suatu yang benar mengenai aku, aku memang mudah mendapat kawan, mungkin aku ni tak tahu malu kot, paling kurang tentu kalangan yang bermain kereta. Bagaimana jika negara berkenaan berbahasa yang lain dari bahasa asasku? Aaahhhhh fenin memikir, otakku semakin dicabar di bukit ini.

Yang lebih aku risaukan, aku akan mensia-siakan kehidupanku di dunia berdasarkan umur yang singkat ini. Tentunya aku pergi dengan penuh harapan untuk perbaiki hidup. Perbaiki hidup punyai tafsiran yang besar dalam erti kata sebenarnya. Adakah aku akan perbaiki diri dan hidup bahagia disana, tentunya tidak jika beringat tentu sahaja simpanan menjadi bukti jika tidak hanya masa bakal menentukan. Aku tinggalkan rakan-rakan, saudara, dan jika masih ada ibu bapa kini. Lambat laun aku pasti akan kembali ke negara asalku.

Soal kini berapa lama akan kembali? 5 tahun, 10 tahun atau 15 tahun? Mana sahaja masa yang terpilih aku pasti membantutkan proses kemajuan aku di negara aku sendiri. Banyak yang boleh di lakukan dalam proses masa berkenaan seperti membeli rumah, boleh aje beli di negara orang? Tapi tak kekal lambat laun jual juga dan aku harus mulakan semula di sini.

Dulu pergi tinggalkan semua yang dikenali, kini kembali mulakan hidup baru lagi. Jika dulu mampu mengumpul aset, pengaruh dan gelak tawa manusia yang kita rapat. Kini semua harus mulakan lagi, mulakan lagi?? masa terbuang begitu sahaja di negara orang. Aku yakin mereka datang pasti punyai sebab, yang pasti sebab yang positif untuk kehidupan.

Tapi aku sedar ini hanyalah khayalan, mustahil aku ke luar dari Malaysia ini. Ke negeri lain pun aku keberatan pergi terutama Pantai Timur bukan membenci tapi tahu apa yang aku telah ketahui, aku cuba belajar dari pengalaman yang merupakan guru hidupku untuk terus melangkah.

Khamis, 15 Oktober 2009

Cam shot: Exploread































































































































Exploread 2009 merupakan salah satu aktiviti perpustakaan yang diadakan sempena Festival Bulan Membaca 2009. Ianya telah diadakan pada 14 Oktober 2009 bertempat di Perkarangan Perpustakaan. Antara tujuan aktiviti ini diadakan ialah bagi meningkatkan minat membaca di kalangan warga U di samping mempromosikan perpustakaan.

Sebanyak 10 pasukan menyertai pertandingan ini dan penyertaan di saat-saat akhir menjadikan ianya sungguh meriah. Sesi pendaftaran peserta dibuka pada jam 2.30 petang dan ditutup pukul 3.00 petang. Setiap pasukan mengandungi 3 orang peserta. Kemudian satu sesi taklimat diadakan di Bilik Muzik di mana para peserta dibekalkan sebotol air mineral dan juga kek.Sebelum aktiviti Exploread bermula, satu sesi bergambar diadakan di perkarangan bangunan Perpustakaan UTeM. Ketua Pustakawan turut hadir untuk melepaskan para peserta sebagai tanda perasmian acara.Sebaik pertandingan dimulakan, para peserta mengambil puzzle untuk dicantumkan secara berkumpulan dan kemudian berbasikal . Di sana peserta dikehendaki menjawab satu soalan dan melakukan suatu aktiviti sebelum bertolak lokasi ke 2.

Peserta seterusnya perlu menjawab satu soalan dan mencari buku-buku yang disembunyikan. Mereka kemudian berbasikal ke Perkarangan Stadium U di mana mereka perlu berbahasa isyarat. Laluan seterusnya ialah peserta ke tempat letak kereta Canselori di mana dua soalan perlu dijawab sebelum ke Pusat Persatuan Pelajar bagi mencari staf perpustakaan (hampeh xjumpa plak dgn staf) untuk mendapatkan tandatangan dan cop perpustakaan.Laluan terakhir peserta ialah berbasikal ke perpustakaan semula. Di sini aktiviti terakhir ialah menjawab beberapa soalan mengenai perpustakaan.

Pertandingan yang bermula pada pukul 3.40 petang ini berakhir kira-kira sejam kemudiannya menyaksikan kumpulan U Juniors menjadi juara. Tempat kedua disandang oleh kumpulan Super Girl dan ketiga ialah kumpulan Jin Hitam.

Para peserta kemudian dijamu dengan kuih-muih dan mee goreng sebelum keputusan pertandingan diumumkan secara rasmi oleh Pengerusi Festival Bulan Membaca 2009, Saudara Zaidi Saad.Keputusan Pertandingan Exploread 2009

1. UTeM Juniors (54.18 minit)
2. Super Girl (49.08 minit)
3. Jin Hitam (1 jam 01.31)
4. Kerex Hunter (56.05 minit)
5. Opet (59.54 minit)
6. Jin Notty (59.19 minit)
7. Permata (1 minit 05.36)
8. We-Know-How (1 minit 00.55)
9. Kami Berserah (50.81 minit)
10. X Pandai Naik Basikal (58.31 minit)

Rabu, 14 Oktober 2009

Jamuan Hari Raya Universiti








Hari ini pihak universiti mengadakan acara jamuan hari raya, kira ala2 open haouse bagi setiap Pusat tanggungjawab dan Fakulti-fakulti yang ada di dalam struktur organisasi universiti ini. Setiap Pusat dan fakulti di beri booth dan juadah telah di tetapkan. PusatTanggungjawab aku ialah Perpustakaan dan kami di minta menyediakan anika mee (Meehun, Kueh Teow, Mee Kasar).

Segala plan berjalan lancar dan di akhir program booth kami yang di hiasi dengan konsep ala kampung telah mendapat tempat kedua. Keajaiban tahun ini kami menang. Semua staf mesti merasa bangga mengalahkan fakulti dan Pusat tanggungjawab lain.

Suasana meriah dengan kehadiran TYT Khalil Yaakob. Ingat dia? dulu pernah jadi Menteri Besar Pahang. Sekarang Yang Di Pertua Negeri Melaka. Terima seadanya walaupun dia orang Pahang heheheheh. Cuaca hari ini kekadang panas kekadang redup dan berangin namun semua kelihatan gembira merayakan jamuan ini.

Menu yang sempat aku sambar dengan keupayaan perut yang ada : Satay, Ayam Tergulek dan Pulut Kuning bersama rendang, tu je pastu perut cannot masuk lagi daaa.