Dalam bulan ni kecoh tentang Israel. Kapal bantuan kemanusian telah dirampas oleh Israel di laut antarabangsa. Kisah aktivis Malaysia yang di katakan wira Negara. Aku blur dengan dua situasi ini. Seakan ada yang tidak kena bagiku. Misi ini tiba-tiba jadi popular. Popular sebab ada rakyat Malaysia. Sehingga di bawa ke Parlimen Malaysia. Kecaman itu, kecaman ini. Aku bukanlah penyokong Israel, aku tau dah dari dahulu memang Israel macamtu, itulah Negara yang wujud tiba-tiba dengan keberkatan dari bangsa yahudi lain.
Ahh malas nak cerita Israel tu. Ia tetap begitu walaupun begitu begini gesaan kita kepadanya. Berbincang kesalahan di A cari penyelesaian sampai ke Z akhirnya A juga tak berubah-ubah. Jadi perjalanan rundingan,kecaman dan sebagainya dari B-Z sia-sia belaka. Emmm berbalik kepada kepopularan itu tadi, siapa sebenarnya yang boleh dikategorikan sebagai wira? Wira level apa ni? Wira memang wira tp kualiti tu aku konfius skit. Misi tak Berjaya, rugi lagi ade ler, risiko yang bahaya, tau dh akhiranya macamana.
Walauapapun aku respek aktivis yang terlibat dengan inisiatif bagi membantu Gaza. Oh ya mengapa dulu masa mereka pergi xde publisiti sebesar kepulangan yang tidak mencapai objektif kini ek? Hehhehehe faham faham. Congrat and full honour to all aktivis.