Blogger Backgrounds

Selasa, 3 Ogos 2010

Kombinasi Kehidupan Seminggu



Hampir seminggu aku tidak menjengah untuk coretan diblog ini. Sibuk atau merajuk aku pun malu nak cakap. Yang pasti aku dah mula bekerja masuk 8 pagi dan balik tepat jam 5 dihadapan swap card machines. Best juga seminggu balik awal kerumah, dapat jugak mengemas sedikit-sedikit. Biasanya aku mengemas secara mingguan.


Rutin berubah pula dalam minggu ni. Jika di fikir bagus untuk persediaan bulan puasa nanti, ye lah aku pastinya akan memasak untuk berbuka merangkap masakan untuk sahur juga. Bukan nak tunjuk rajin tapi itu hakikatnya. Best apa memasak baru rasa bagaimana sibuknya orang perempuan balik kerja untuk membuat kerja dapur dalam masa yang terhad sekitar jam 5.30 hingga 7.00 petang. Untuk 3 menu aku mengambil masa hampir 2 jam itupun kalu guna dua dapur dengan sebaik mungkin. Itu belum lagi bagi masakkan yang rumit mau sampai jam 8 aku di dapur. Hehehehehe masak sendiri makan sendiri, takpelah janji boleh telan. Dari beli makanan kat luar belum tau sedap (berkira gak dengan duit yang dikeluarkan) ataupun mengugurkan rambut aku ni dengan perasa tambahan yang aku tak tahu berapa kilogram dia letak dalam makanan.


Pesta Konvo Ke-6 tak lama lagi dalam minggu depan sahaja, macam biasa aku akan menjadi pengiring VIP, kalau dulu TNC UPM tetapi kini namaku hanya di peringkat apungan atau lebih mudah kategori standby. Tak pasti siapa nama VIP yang akan masuk untuk aku kelak. Harap-harap tiada lega skit bleh rilek or ke Jom Heboh heheheh penat juga..ah tiada istillah berehat bagiku.

Minggu ni penuh duk berjemur dengan acara drift di litar terdekat, uh panas-panas. Rentung aku yang sedia rentung ini. Apa boleh buat dah minat.