Blogger Backgrounds

Jumaat, 29 Julai 2011

alamak kalah pulok













Dengan semangat nyer aku yang tak tahu pasal bola dulunyer, sekarang pergi ke kedai mamak duk nak tengok bola.Hehehe bukan sorang tapi bersama teman-teman yang minat bola ala-ala suam-suam kuku jugak.












Punye semangat jam 8mlm aku dh duk tercongok tiba dan duduk kat kedai mamak tu. Member aku 2, 3 orang lagi belum sampai pun. Kena awal taku seat penuh, alah kat mamak tempat duduk kan limited. Well dapat tempat view best. So layan je.

Struggle tengok diaorang main, ternyata aku dh dapat rasakan sebaik separuh masa pertama tamat dah xde jaringan gol pun. Memang dalam hati mesti kalah ni


Separuh masa kediua semakin meningkat masa tetatp tiada jaringan jugak sehingga terbit 1 gol dari safee, tapi dari segi masa macam xde harapan lagi untuk gol seterusnya sehingga singapura memasukkan gol mereka. Sah tamat di situ



Anyway aku mengucapkan well done to goal keeper yang memang best malam tu Apek. Kenapalah ko xditurunkan masa kat singapura dulu, kalu x tentu xlah bolos terlampau banyak.






Taktik lawan yang aku xsuka kali ni banyak no kecederaan walaupun adakalanya tak logik pun cederanya.



Next piala Asia plak..aummmmm

Khamis, 28 Julai 2011

Kompilasi Hujung Minggu

Kisah 1: Gaji Tiba-tiba

Bagi sesetengah orang gaji tu best, ada juga orang amat mengharapkan gaji tiba-tiba. Emm bagi aku gaji mesti pada waktunya, kalau bulan lepas 25hb jadi bulan ini mesti 25hb. Jika awal atau lewat ia amat memberi masalah kepada jiwa aku, pehh tahap dasyat ni. Pada aku bajet bulanan aku akan berlari-lari walaupun sehari apatah 2, 3 hari awal. Aku pun tak tahu kenapa, tapi inilah yang aku hadapi. Bila dah dapat gaji orang kata “tunggu lah tarikh yang sepatutnya baru dikeluarkan”, ciss satu lagi masalah aku, bila dah gaji mesti nak keluarkan punya. Jadi komplikasi kedukaan itu memang bagus.



Kisah 2: Kursus Hujung Minggu


Paling lemah aku kalau kursus weekend, yelah sebab dah ganggu masa berfoya2 aku dan juga masa rehat jika perlu.Bos memang selalu meroyan wat kursus weekend. Nasib baik aku xde program lain, kalu ada dah sah sah aku tinggalkan. Yup memang sebab aku dah tetap sekarang, bukan aku nak jadi radikal tapi dia banyak mengajar begitu. Dengar2 dia nak tukarkan aku unit, bagus..pasni aku xduduk sebagai first officer. Bahagia beb…..



Kisah 3: Bolasepak


Belum pernah dalam sejarah, aku pergi tengok live bolasepak kat kedai mamak, sabtu malam Malaysia lawan Singapura haa ni ler yang aku tonton, punyer lah meriah kalu tengok bola ramai2. Memang best. Sebelum ni memang aku tak suka dengan permainan yang dinamakan bolasepak ni kecuali masa Piala Dunia tu pun tengok dan tau gitu2 je. Tapi sayang Malaysia kalah 5-3. Tunggu Khamis repeat kat Bukit Jalil, rs nk tengok kt mamak lagi lah..hehehehe



Kisah 4 : Tiada Rehat

Selepas sabtu yang berkursus, jadi ingatkan ahad bleh rehat walaupun ada rancangan nak cat umah dalaman ni sikit2 baki xrata pada kerja-kerja yang lepas. Tapi agak malang apabila rakanku mengajak pergi menemaninya untuk servis keretanya, dan selepas itu mencari tayarnya. Haa jap je sampai ke petang pastu aku shopping barang dapur sikit, jadi complete sampai petang lah jawabnya..Haii weekend yang tiada apa-apa untuk diri.

Selasa, 26 Julai 2011

Kalau Aku Umur 24 Tahun sekarang?




Semalam dapat tau seorang staf di organisasiku dah deal untuk mengambil sebuah jentera perang yang memang menjadi kegilaan anak-anak muda berkaitan “Boy and Dream Machines”. Jentera ni pernah aku impikan juga walaupun aku ni dh lanjut umur dari staf berkenaan. Sebab aku xjadik amik senang je, word dari bapak aku “uh apalah kete lama tapi rege mahal” full stop. Biasanya bapak aku kalu bercakap memang tak banayak tapi mampu wat aku patuhi apa yang diperkatakan. Jauh di sudut hati ini aku memang suka jentera itu. Tapi kata-kata bapak aku itu wat aku berfikir banyak perkara. Yup banyak sehinggakan setiap kali Nampak jentera ini aku akan ter rewind kata-katanya. Pehh dasyat giler…

Kalau aku berumur di angka 24 kini, antara jentera yang aku pertimbangkan untuk di ambil dengan kemampuan yang ada sekarang tanpa mengira perkataan bapak aku tadi coz dia keluarkan ayat tu masa aku bukan umur 24 hehehe: (mengikut ranking teratas kekuatan nafsu)



Honda EK




Jentera ni memang smart dikeluarkan sekitar tahun 1996-2000 recond from japan rasanya. Jentera ni dengan nadi asal tidaklah sekuat mana, tetapi mungkin menjadi tidak jinak sekiranya dimasukkan dengan kombinasi enjin siri B, itu sudah semestinya bagi seorang yang gila kuasa terhadap sebuah kenderaan yang memang smart. Harga market sekarang sekitar 30k hingga 50k atau lebih mengikut toyol apa yang ada di bawah bonet beliau. Kuasa atas surat beranak beliau adalah 1.6cc sahaja.




Mitsubishi Evo




Secara jujur jentera ini memang salah satu my dream car, maybe dia satu je kot my dream car. Aku tertarik dengan siri 4, 5, 6 dan 6.5 last version bagi chasis ini. Generasi ini mempunyai body yang macho ala kejantanan berbanding siri selepasa 6.5 yang agak tidak nampak ke maskulin-nya. Jentera rare yang dipunyai sekelompok peminat, nak jumpa kat jalanraya mesia ni memang agak sukar, bukan tiada, tapi jenis kenderaan hujung minggu yang dibawa berembat di highway atau jalan2 yang dianggap lurus tanpa jerawat. Harga market sekarang untuk siri yang dikeluarkan juga di mesia secara recond ini sekitar tahun 1998-2002 adalah 70k ke atas juga berkait rapat dengan berapa hebat toyol di bawah bonet. Kuasa di atas surat beranak beliau adalah 2.0cc..


Toyota Vios



Kereta ini dikeluarkan sekitar 2008 hingga kini bagi version body bulat, kalu version pertama petak skit. Harga market memang tengah tinggi coz kete masih baru dan permintaan memang gila-gila sekitar 60k ke atas bagi sekenhen. Nampak kete ni memang mcm biasa dan kurang hensem bila berada di spec stendet. Tiada pilihan enjin kuat lain yang biasa di sumbatkan dalam bonet beliau. Yelah sebab masih baru lagikan. Ia boleh di samakan dengan kenderaan yang banyak dijalanraya dengan CC stendet 1.5cc sahaja.



Honda Civic




Wau, nak sebut je pun dah goyah, welcome to japan with Hondas, jentera yang mempunayai pilihan kuasa 1.8cc dan 2.0cc. Dua varian yang member ipilihan kepada empunya stering. Dari segi rupa yang out bagi aku Cuma cermin sisi nyer saje, tapi selepas dibikin dan solek tentu ia menjadi macam neelofa. Pehh mantap beb. Rege pasaran sekitar 80k dank e atas. Kereta baru dikeluarkan sekitar tahun 2006 atau 2005 hingga kini. Aku suka sebab kete ni laju bila dibwa dengan laju hehehehe, Nampak racing dan juga bila pkai semacam ada suatu stigma dari masyarakat gila kereta (bukan orang yg xtau pasal kereta) you’re best bro…Balik kampung mertua pun mesti gempak..cam berkaya je kat Bandar nun, tapi xtau bela mende ni lebih susah dr bela anak dia.


Itulah antara kereta idaman jika aku sekarang umur 24tahun. Tetapi apakan daya bila umur dah jauh sikit dari no berkenaan banyak komitmen yang perlu difikirkan, bukan komitmen sekarang sahaja, sudah pasti komitmen sepanjang bayaran balik jentera berkenaan perlu diambil kira. Haiii..mungkin kah bila dh pencen nanti baru nak pkai evo? Tp rambut mau kasik touchup dulu bukan…..dunia dunia….

Rabu, 20 Julai 2011

Surat Last.....



Isnin, 18 Julai 2011

Bercuti ke Tg. Piai dan D.anga B.ay





Cuti santai yang aku anggap skala kecil tanpa memikirkan tintatif yang terlampau berat, lama dah tengok Teluk Danga ni tapi waktu siang je. Kali ni mengambil keputusan setelah pemilihan tarikh sebulan lebih awal untuk menginap di situ semalam, kira percutian 2 hari 1 malam lah ni. Macam biasa hotel panel dengan harga bajet tapi hotel berfasiliti tahap 5 bintang Tune Hotel menjadi pilihan di sebabkan juga dekat dengan pantai teluk Danga tersebut.

Bertolak pergi jumaat seawal pagi ke lokasi pertama iaitu Gunung Pulai untuk mandi manda di situ, perjalanan sejauh 2++km agak menghampakan apabila tiba di lokasi kawasan rekreasi itu di tutup sebab air mungkin tercemar alah nak bahasa mudah maybe ada virus kencing tikus. Perjalanan diteruskan ke lokasi kedua iaitu tanah penghujung benua asia iaitu tanjung piai pontian johor kira-kira 56.6km dari Gunung Pulai. Setiba di tempat tersebut cuaca agak tidak menentu dengan hujan kadang-kadang lebat. Gagahkan juga untuk pergi bagi mengambil gambar sebagai bukti aku dah tiba di penghujung benua asia..Yes dapat sijil lagi.

Terus ke Johor Bahru untuk check in hotel jam 2 petang. Rehat pastu ke the zon jb merupakan kompleks membeli belah di johor bahru yang bebas cukai. Kira harga barang xmasuk dengan rege cukai ah. Beli coklat je kat cni tak kan nak beli minuman keras pulak.

Pastu dah petang, gi makan malam kat restoran singgah selalu, restoran ni senang je kalu nak tau sebab dulu cerita dunia anita berlakon kat cni, xdelah mahal mana rege nyer tahap biasa2 je.
Selesai makan seisi membakar lemak berjalan-jalan menikmati panorama teluk danga di waktu malam sambil layan lampu-lampu dengan skit photoshot muka aku yang tak berapa nak terang ni, alamk terganggu denga hujan lagi, terus balik hotel sambil layan pemandangan malam dari tingkap hotel. Terus tertido pulak. Uhhh

Esoknya check out jam 10 terus cari tempat breakfast dan layan plaza angsana,, sambil cari kedai sulam special edition maybe utk majlis penting hehehe tapi bila? Apakah yang penting tu? Jeng jeng…Selesai layan ke Batu Pahat untuk membedal nasi beriani special pokok sena. Kambing beb sampai mengembekkk di buat nyer.. Balik terus ikut jalan dalam tanpa menggunakan highway sebab nak singgah dataran tanjung emas Muar untk tengok kete-kete hebat di situ.

Selesai terus balik dalam ketakutan ke Melaka sebab ikut jalan dalam yang begitu membahayakan bagi jentera rare aku ini….

Selasa, 12 Julai 2011

My Best Friend Wedding 2011





















Yup teman baik aku sejak mula pindah ke Felda telah menamatkan zaman bujangnya pada tanggal 8 Julai. So aku sebagai teman baiknya kenalah berada di setiap majlis resepsinya, Cuma aku sudah terlalu tua untuk menjadi pengapitnya. Ah tak kisah ler tu.


Alhamdulliah dia bertemu jodoh juga setelah hampir 10 tahun lalu kecewa akibat perempuan aka tunanganya. Well kita boleh kata mungkin bukan jodoh so xjadi ler kan.
Bermula 8 Julai dengan majlis penikahan di felcra Sungai Ara, katanya ni felda Ina Naim tunangan Mawi dulu, entahlah aku pun tak amik port sangat si artis tu.
Selamat di ijabkabulkan tepat jam 5.41 petang dengan sekali lafaz dalam suasana hujan lebat tanda rahmat.. Tahniah…


9 Julai penghantaran dia ke rumah perempuan sekali lagi bagi majlis resepsi dalam suasana suam-suam hujan. Dan berakhir 10 julai dengan majlis resepsi di rumahnya.
Penat 3 hari, tetapi tetap puas, sebab kawen hanya sekali kan.
Anyway semoga perkahwinan ini akan kekal selamanya…

Isnin, 11 Julai 2011

Selamat Hari Jadi Aku...keh keh keh...

Well semalam buat sekian lama nyer aku berada di hometown sendiri setelah 5 tahun menyambutnya di perantauan orang.. wah 32 tahun sudah, tahun depan dah boleh kawen, huhuhu kawen dengan sapa? dengan sapa saja...oit apa ni, ni bukan cerita kawen...ni certa bestday aku daa. Takde yang isteimewa sebab 3 hari aku sibuk dengan my best friend weeding di sini. So berketar juga kaki ke sana ke mari, uh cam aku plak yang kawen..oit oit apa ni tertaip kawen lagi...emmm...


Angka 32 tiada apa yang istimewa...nk cerita apa pun xde...sebab tak istimewa...terima kasih pada rakan-rakan yang wish kat hset dan fb..jumpa lagi di angka 33....

Khamis, 7 Julai 2011

Mengapa BERSIH bukan antivirus 2.0

Tiba-tiba rakyat Malaysia suka akan kebersihan tetapi ada juga yang tak suka kebersihan. Dalam suka atau tidak, yang penting masing-masing ada pendapat dan mempertahankan diri masing-masing, untuk pro atau contra mereka sahaja yang membicarakan, Jika kita suka kebersihan maka secara totalnya kita akan cakap kekotoran itu memang langsung xberguna. Maka jika kekotoran yang kita suka maka secara totalnya kita kata kebersihan itu xberguna langsung.

Suka atau tak suka boleh dijadikan peperangan bagi mempopularkan diri. Guna apa sahaja cara untuk popular sehingga sanggup melanggar perinsip hukum dan tabii manusia bahawa ada perkara yang xbetul di katakan betul sebab nak populor. Kalu di fikir nyamuk itu memang tidak berguna tapi setiap ciptaan itu ada pro dan contra nye, sebab manusia ada otak jadi fikirkanlah.

8 Tuntutan menuntu kebersihan:

-Bersihkan senarai undi

-Mereformasikan undi pos

-Gunakan dakwat kekal

-Akses media bebas & adil

-Masa berkempen minima 21 hari

-Kukuhkan institusi awam

-Hentikan rasuah

-Hentikan politik kotor

Demonstasi di katakan aman, emm aku xyakin bleh aman kalu dh ramai2 yang dtg dengan mcm2 pemikiran dan fahaman, mesti ada yang degil, wat di tempat awam merupakan satu kebahayaan...Orang pergi tengok bola pun aman tapi balik berdarah2 sebab bertumbuk, uhh xpercaya aku..

Aduhai Berita dikau menjadi Dokumentari?


Sejak akhir-akhir ini atau mungin sejak akhir-akhir lalu lama dahulu, menonton berita TV3 yang aku gemari telah menjadi seakan-akan telah menjadi menonton sebuah rancangan majalah seperti majalah 3. Apabila berita telah menjadi sebuah dokumentari yang memperceritakan mengenai sesebuah isu dengan mengambil masa yang lama, jadi di manakah berita yang sepatutnya diberitakan kepada penonton? Adak ala apabila aku pulang ke kampung, bapaku lebih rela membuka siaran TV9 untuk menonton berita, cuba anda perhatikan apa bezanya berita di TV3 dan juga TV9? Memang lain, di sebabkan aku tak biasa menonton TV9 maka acuan itu aku anggap janggal, tetapi dalam masa yang sama inilah dia berita siaran berita yang sebenar yang aku mahukan.



Aku bukan mahukan cerita video seks yang di dokumentarikan, aku juga bukan mahukan demonstrasi jalanan yang di sensasikan, cukup sekadar tahu tetapi bukan dengan perincian sejarah dan pendapat yang aku rs memang tidak memfaktakan secara betul atau totally tepat dari segi pro dan contra nya. Apa lagi selepas ini yang ingin di dokumetarikan? Walaupun sedar aku terpaksa melihat di sebabkan keterbiasaan dengan TV3.

Isnin, 4 Julai 2011

Illegal Sydicate Ke Pengkalan Balak 25 Jun 2011
































Lama dah plan untuk komuniti haram bagi membuat sesuatu aktiviti dan akhirnya pada 25 Jun 2011 kami telah mengadakan mini fun ke pangkalan balak, ke anggotaan suka2 seramai 18 orang telah menyertainya. Terima kasih pada semua yang terlibat. Terima kasih kepada Jawatankuasa aku, perlu di ingat ini aktiviti suka2 sahaja bukan melibatkan jabatan atau kelab jabatan. Ini merupakan hasil usaha dan inisiatif diri dari sekumpulan manusia bagi menghilangakn stress ujung minggu dengan aktiviti yang bertemakan Fun Drive, Fun Time dan Fun Burn..