Blogger Backgrounds

Khamis, 28 Julai 2011

Kompilasi Hujung Minggu

Kisah 1: Gaji Tiba-tiba

Bagi sesetengah orang gaji tu best, ada juga orang amat mengharapkan gaji tiba-tiba. Emm bagi aku gaji mesti pada waktunya, kalau bulan lepas 25hb jadi bulan ini mesti 25hb. Jika awal atau lewat ia amat memberi masalah kepada jiwa aku, pehh tahap dasyat ni. Pada aku bajet bulanan aku akan berlari-lari walaupun sehari apatah 2, 3 hari awal. Aku pun tak tahu kenapa, tapi inilah yang aku hadapi. Bila dah dapat gaji orang kata “tunggu lah tarikh yang sepatutnya baru dikeluarkan”, ciss satu lagi masalah aku, bila dah gaji mesti nak keluarkan punya. Jadi komplikasi kedukaan itu memang bagus.



Kisah 2: Kursus Hujung Minggu


Paling lemah aku kalau kursus weekend, yelah sebab dah ganggu masa berfoya2 aku dan juga masa rehat jika perlu.Bos memang selalu meroyan wat kursus weekend. Nasib baik aku xde program lain, kalu ada dah sah sah aku tinggalkan. Yup memang sebab aku dah tetap sekarang, bukan aku nak jadi radikal tapi dia banyak mengajar begitu. Dengar2 dia nak tukarkan aku unit, bagus..pasni aku xduduk sebagai first officer. Bahagia beb…..



Kisah 3: Bolasepak


Belum pernah dalam sejarah, aku pergi tengok live bolasepak kat kedai mamak, sabtu malam Malaysia lawan Singapura haa ni ler yang aku tonton, punyer lah meriah kalu tengok bola ramai2. Memang best. Sebelum ni memang aku tak suka dengan permainan yang dinamakan bolasepak ni kecuali masa Piala Dunia tu pun tengok dan tau gitu2 je. Tapi sayang Malaysia kalah 5-3. Tunggu Khamis repeat kat Bukit Jalil, rs nk tengok kt mamak lagi lah..hehehehe



Kisah 4 : Tiada Rehat

Selepas sabtu yang berkursus, jadi ingatkan ahad bleh rehat walaupun ada rancangan nak cat umah dalaman ni sikit2 baki xrata pada kerja-kerja yang lepas. Tapi agak malang apabila rakanku mengajak pergi menemaninya untuk servis keretanya, dan selepas itu mencari tayarnya. Haa jap je sampai ke petang pastu aku shopping barang dapur sikit, jadi complete sampai petang lah jawabnya..Haii weekend yang tiada apa-apa untuk diri.

0 Komen: