Blogger Backgrounds

Selasa, 30 November 2010

Rumah 95% dah siap


Dalam tak sedar, rumah yang aku beli dh hampir siap, pintu pun telah dikunci oleh pihak pemaju. Last weekend aku berkesempatan bersama kontraktor luar mengukur pagar hijau yang dibuat oleh pemaju, niat dihati nak gantikan dengan pagar batu biarlah nampak seragam. Dah ukur tapi 2,3 hari dia akan beri quatation.
Aku bajet dalam 4k jugak termasuk salur air dari atap. Jangan bicara pasal duit, jangan bicara pasal rugi. Sebab aku kenal diriku, kalau dah masuk rumah ni, aku yakin kalau aku tak buat sekarang nescaya 90% naluriku akan membiarkannya sampai bila-bila berpagar hijau itu. Aku rasa semua orang akan terjadinya demikian rupa. Malas dah nak pindah-pindah barang, malas dah nak bersepah-sepah kan rumah, malas segalanya. Semalam juga aku telah ke pemaju bagi membayar duit sambungan air bagi meter katanya.

Semakin dekat bermacam-macam perasaan tiba.
Pertama duit yang bakal dikeluarkan untuk kos masuk rumah, dah wat bajet kira-kira 40k jugak akan habis unuk interior termasuk perabot, ini angka terbaru kira last month. Angka mungkin berubah tapi hope aku dapat kawal diparas bajet berkenaan. Abislah duit saving aku..warghhhhhhhh takpe-takpe pujuk hati yang lara…

Kedua, bersedia untuk membayar bulanan rumah, bukan tak biasa tapi sebelum ni bayar bulanan rumah untuk rumah orang lain yelah sewakan. Ni rasa membayar bulanan untuk hak sendiri. Harap bayar kete pun dah habis..nak cari kereta lain termanggu-manggu..hai manalah performance car idaman ni. Tapi duit dah abis di perkara pertama di atas..Takkan nak pakai kete kompak lagi…tidak aku tak mau.

Ketiga, uh macamana ek duk umah sendiri dalam keadaan orang bujang dengan rumah yang fully furnish??? Nak jaga and maintain pulak tu. Dalam kepala dah ada solution, nak upah mak cik cleaner kat upis aku wat keje-keje mengemas sekali sebulan. Duit jugak tu tapi hasil aku tak perlu bersusah payah membuat kerja-kerja remeh temeh mengemas habuk2….

Keempat, macamana lah duduk dengan kejiranan melayu nanti, untuk rekod aku tak suka duduk dengan kejiranan melayu coz mereka ni pembising sikit walaupun aku ni orang melayu. Satu lagi kejiranan melayu ni busy body. Ahh mesti tertekan, kalu kusut sangat ada kang aku sewa umah lain lagi tenang.

Satu, dua, tiga dan empat..wah cukup teruja juga dengan masalah ini…………………………………………………….

Isnin, 29 November 2010

byk nyer lilin hehehehe...
Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu


Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa


Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita


Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu


Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan


Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Selamat Ulangtahun


Yea semalam genap 29 tahun umur si dia. Selamat Ulangtahun Kelahiran. Jauh dah berjalan melalui kehidupan di dunia ini. Aku sempat menghantar seringkas mungkin sms kepadanya supaya tidak melanggar norma yang tidak sepatutnya ataupun lebih tepat menguris hati sesiapa sahaja yang mengenali aku dan juga dia. Sekadar ingatan tidak lebih dari itu, aku sedar aku juga manusia yang terpaksa menjaga semua hati dan perasaan manusia-manusia lain.
Apakah azam baru dia di sana? Harap ada sesuatu azam baru untuk menjelang angka 3 series. Dulu bila menjelang angka 3 series aku bertekad ingin mengumpul aset bermula dari angka itu. Alhandulillah aku sedang cuba berusaha ke arah itu. Menimba sebanyak mana kemungkinan dan pengalaman bagi menempuh liku-liku ke arah kejayaan azam itu.
Meniti hari-hari yang membahagiakan pastinya memberi inspirasi dalam melalui liku-liku kehadapan, aku mendapat tahu juga dia telah Berjaya mendapat kerjayanya semula . Gud luck untuknya, ingatlah supaya membuat segalanya yang terbaik, bertanya jika perlu dan belajar menyelesaikan masalah dari pengalaman lalu.

Ingin sahaja menghantar sesuatu hadiah kepadanya sebagai tanda ingatan, tapi aku akur dengan ketentuan masa kini. Hanya kata ini sahaja yang mampu di sampaikan “Selamat Ulangtahun”. Semoga bertemu umur di masa akan datang.
Hidup ini tidaklah sesukar mana tapi kadang-kadang kita fikir sukar apabila kita menyukarkanya.

Rabu, 17 November 2010

Aidiladha yang mengkehendaki pengorbanan

Raya kali ini aku bercuti panjang termasuk percutian ke Cameron Highland bersama Family 12-14 Nov 201o yang lalu. Well percutian yang sederhana tapi tetap menyeronokkan. Cuma aku agak terkilan denga tempat penginapan kami yang aku rasakan begitu tidak memuaskan. Chalet Kampung Taman Sedia Cameron Highland. Aku mendapat maklumat dari internet mengenai chalet ini dan aku ingin bawa kelainan kepada familyku selain hotel yang telah biasa aku menginap. Tetapi dunia realiti semuanya hampeh, tak selesa langsung, aku ingat xde bintang untuk itu. Bagi sesiapa yang membaca lukiran blog aku ini anda di nasihatkan jangan menginap di chalet Kampung Taman Sedia Cameron Hoghland. aku rasakan macam hotel murah di chowkit je. Pergilah menginap di hotel sekitar CH lagi 10kali ganda baik nya
Eh berbalik pada hari raya ini, seawal pagi aku rasakan ini hanya cuti biasa bukan hari raya. Tiada apa yang istimewa. Emm entahlah, duduk sahaja di rumah dan men 'spa' kan jentera sampai lenguh pinggang. Aku susun wayar di enjin bay. Tv pun tiada rancangan yang menarik untuk di tonton. Setelah pinggang ni sakit aku terus layan internet. Terfikir gak apakah pengorbanan aku sebelum dan selepas ini? Emm puas fikir, pengorbanan yang aku tak pernah fikir itu merupakan pengorbanan. Tengok tv orang sibuk duk kata pengoranan sana pengorbanan sini. Sampai ada yang tak logik tu pun dikira pengorbanan. Hai semua yang keluar tv tu pengorbanan unuk menunjuk belaka untuk pengaruh, politik dan kepentingan diri. Aku rasa pengorbanan aku hanya pada keluarga sahaja, apa sahaja untuk keluarga selagi mereka ada hayat di dunia ini. Opss ni bukan nak glamour..sekadar luahan ikhlas untuk di ambil kebaikan. Selamat hari Pengorbanan.

Selasa, 9 November 2010

Bercuti 10 hari..Bye-bye keje

esok 10 Nov 2010 aku akan bermula untuk bercuti selama 10 hari..Wau hebat, aku ingin lupakan semua stress, suka duka dan apa-apa sahaja berkenaan melaka dan organisasiku. Tempatnya mudah, setiap tahun aku kunjungi iaitu Cameron Highland. Sambil-sambil bawak family aku untuk menikmati suhu rendah di sana. Cabaran suhu pasti terasa kerana hujung tahun pastinya musim hujan di sana. Walau apa pun hope still enjoy..See u...

Suatu Ketika Dahulu


Semalam balik keje, aku rasa cam nak makan nasi goreng, emm nak beli rasa tak berbaloi kerana aku mampu untuk buat sendiri. Balik kerja tiba rumah pun dah pukul 6.30, buka pakaian apa yang patut terus kejar ke dapur untuk memasak nasi, coz pantang nasi gureng yang aku tahu gureng dalam keadaan nasi baru masak nanti dia jadi lembik dan berketul. Jadi aku amik keputusan masak nasi dahulu. Sambil-sambil tu buat dia punya perencah yang nak masuk nanti. Buka aisbox semua lengkap untuk nasi guren, so apa lagi bekerja keras menyediakan bahan-bahan yang akan di campak ke dalam kuali tersebut. Dekat sejam juga dan terlupa akan kepanatan aku balik kerja tadi. Siap semua nasik pun masak dan biarkan dia sejuk aku terus pergi mandi, hahahaha tak mandi lagi tau masa sediakan ramuan tadi. Selesai jam dah 730 so operasi mengaul nasik di dalam kuali. Aku juga panggil nasi guren ni sebagai nasi gaul hehehe sebab semua di gaul dalam kualikan.

Seketika kemudian aku teringat zaman sekolah rendahku, mak selalu bawak nasik guren ketika waktu rehat ke sekolah, so selalunya memang itu yang dipesan oleh aku. Kalu di ingat besar pengorbanan mak aku ke sekolah setiap jam 10 pagi untuk membawakan aku bekalan tersebut. Aku pun tak tahu nape aku sedemikian, bukan tak boleh beli makanan kat kantin je kan. Entahlah tapi aku sedar pengorbanan itu, aku melaluinya melihat susah payah mak dan ayah dalam membesarkan aku suatu lama dahulu. Aku harus hargainya. Tapi adakah aku telah menghargainya setimpal dengan segala pengorbannya sebelum ini? Aku sedih mengenangkan itu seketika.

Khamis, 4 November 2010

Dream Carz



Gambar di atas merupakan kereta idaman aku, untuk memiliki kereta seoriginal ni, aku pun tak yakin dengan diriku..tapi macam biasa, versi klon mungkin memberi harapan..
satu lagi modifikasi yang mungkin terjadi kepada jentera aku, jika di miliki hehehehehe
















Rabu, 3 November 2010

Politik itu Busuk

Politik? Apa tafsiran bagi yang mengerti politik? Bagaimana pula orang yang suam-suam kuku ketahuan tentang politik, lebih malang orang yang tak tahu tentang politik tapi gebang tau lebih tau dari tahu. Dalam minggu ni siaran berita kegemaran aku dipenuhi dengan berita politik. Yang aku rasakan politik berat sebelah dalam memberi kenyataan.

Ingin aku jelaskan, aku bukanlah orang yang suka dengan permainan politik. Tapi bila dah menganggu siaran berita kegemaranku, aku juga menilai. Mudah, mengapa duk cerita satu pihak sahaja tentang kebaikkan dan keburukkan sahaja di sebelah pihak? Rasa aku itu terang-terangan berat sebelah. Aku belajar tak tinggi mana tapi aku yakin orang yang lulus tadika pun tahu apa itu berat sebelah. Mengapa kita tidak boleh bersaing secara sihat?

Kebaikkan di sana kebaikkan di sini. Jika takut akan semua itu, tak payah cerita politik di berita. Meh cerita dunia reality apa itu sebenarnya berita yang biasa aku tonton. Kekadang keburukkan yang di utarakan agak melampau, mengapa semua buruk? Ah aku kusut memikirkan percaturan politik.

Berkali aku katakan politik itu busuk, kalau dah busuk ianya tidak bagus. Mengapa suka benda yang tak bagus. Pertimbangkan lah bagi yang memerhati, nilai sendiri jawap sendiri. Ini bukan kisah gossip artis yang kita memang suka dengar dan ini juga bukan skrip wrestling yang seronok di lihat, ini percaturan membina Negara? Sangup busukkan Negara? Aku tak sanggup tapi apa dayaku, cukup untuk menyedarkan siapa yang membaca blog ku untuk tahu isu sebenar. Perkara ini akan terus berlaku berlaku berlaku. Politik itu Busuk.

Selasa, 2 November 2010

Menyediakan Kursus Pengkatalogan Untuk Bersama



Bermula dari entah bilanya aku duk memikirkan kursus catalog ni. Untuk dibawa masuk ke upis aku sebagai Kursus berkategori Khusus. Akhirnya setelah bertukar penceramah hinggalah penceramah terbaru, baru lah segalanya di katakan deal. Perkara biasa muncul di saat-saat akhir iaitu tema kami di sini “buat kerja last minit” bukan aku, bukan staf aku tetapi keputusan atasan. Aku dan semua krewku berusaha untuk membuat segalanya berjalan lancar tanpa melibatkan kegilaan di hujung2 atau di last minit.

Lumrah kalu dah terbiasa akan jadi juga. So dua hari terakhir ini agak kucar kacir menanti keputusan. Syukurlah tidak sehebat sebelum ini. Dapat juga bergerak.

Bengkel kali ini melibatkan 32 staf dalaman dan 13 peserta luar. Harap segalanya berjalan lancar. Aku lebih suka dengan ideology aku “semuanya akan ok di hari reality”