Blogger Backgrounds

Isnin, 29 November 2010

Selamat Ulangtahun


Yea semalam genap 29 tahun umur si dia. Selamat Ulangtahun Kelahiran. Jauh dah berjalan melalui kehidupan di dunia ini. Aku sempat menghantar seringkas mungkin sms kepadanya supaya tidak melanggar norma yang tidak sepatutnya ataupun lebih tepat menguris hati sesiapa sahaja yang mengenali aku dan juga dia. Sekadar ingatan tidak lebih dari itu, aku sedar aku juga manusia yang terpaksa menjaga semua hati dan perasaan manusia-manusia lain.
Apakah azam baru dia di sana? Harap ada sesuatu azam baru untuk menjelang angka 3 series. Dulu bila menjelang angka 3 series aku bertekad ingin mengumpul aset bermula dari angka itu. Alhandulillah aku sedang cuba berusaha ke arah itu. Menimba sebanyak mana kemungkinan dan pengalaman bagi menempuh liku-liku ke arah kejayaan azam itu.
Meniti hari-hari yang membahagiakan pastinya memberi inspirasi dalam melalui liku-liku kehadapan, aku mendapat tahu juga dia telah Berjaya mendapat kerjayanya semula . Gud luck untuknya, ingatlah supaya membuat segalanya yang terbaik, bertanya jika perlu dan belajar menyelesaikan masalah dari pengalaman lalu.

Ingin sahaja menghantar sesuatu hadiah kepadanya sebagai tanda ingatan, tapi aku akur dengan ketentuan masa kini. Hanya kata ini sahaja yang mampu di sampaikan “Selamat Ulangtahun”. Semoga bertemu umur di masa akan datang.
Hidup ini tidaklah sesukar mana tapi kadang-kadang kita fikir sukar apabila kita menyukarkanya.

0 Komen: