Sebenarnya percutian ini tidak aku rancang, alah bukan aku
pun yang uruskan. Minggu sebelum pergi aku begitu sibuk duk memikirkan dan
membuat persiapan berkenaan temuduga kenaikan pangkat hari Selasa, jadi nak
pergi bercuti pada hari Sabtu minggu yang sama. Alhamdullilah 8 tahun dah aku
kat organisasi ini dan melayakkan aku untuk mencuba kepada temuduga bagi
kenaikkan pangkat.
Maka berbalik kepada bercuti, yea bukan aku uruskan. Jadi
except jelah apa yang orang uruskan. Sudah semestinya bila orang yang uruskan
maka kita tidak boleh mengomen apa-apa sebab citarasa dan cara berbeza.
Walaupun kadangkala terlepas gak gelak kat wajah aku ni semasa check ini.
Tempat penginapan yang di pilih adalah Riverside resort http://www.deriverresort.com.my/
Ok aku nak cerita pengalaman bercuti kat resort ni. Aku
mempunyai expectation tinggi terhadap penginapan di Janda Baik, sebab sebelum
ni aku ada gak google untuk tahu acah2 ayam je. Kat sini ada hotel mewah dan
ada hotel taraf biasa. Rate pun pelbagai.
Bagi aku sapa bercuti kat sini memang semata-mata hendak
bermain air, maka tidak hairanlah warga lembah Klang datang ke sini membawa
anak-anak untuk bersantai di hujung minggu untuk menikmati kedamaian hutan. Yea
ini memang aku akui, sesiapa yang memang warga lembah Klang pun mungkin tahu.
Tapi aku bukan orang warga Lembah Klang hehehehehe.
Back to resort ni. Sebaik tiba dan nak check ini aku dapat
bilik yang umpama kotak, ? Macam lakaran aku kat bawah ni.
Disebabkan di sini tiada aktiviti selain bermain air, maka
otak aku pun mula bekerja (&$$%@^&&*())((_+&^%$#......................
Apa tu? Lupakan lah….oleh kerana orang yang uruskan maka stop mengomen.
Aku mula membuat negotiation untuk menukar bilik, mujur ada
bilik kosong lain tapi harga rm130 berbanding yang asal rm100. Tapi still bukan
di tepi sungai. Maka apa pilihan yang ada? Layan jelah bilik yang kedua ini.
Not bad
kipas tegak tiada kipas siling
dalam bilik nama zuraini
pandangan hadapan bilik aku nama bilik ni Zuraini
Ok apa yang aku nak bagi tip di sini berkenaan percutian ke
Janda Baik:
1. Janda Baik ni kawasan
kampung semulajadi di dalam alam semulajadi maka jangan expect ada macam2
seperti shoping complex, kopitiam, 7 eleven, stesen minyak.
2. Bila bercuti kat sini, korang memang fully optimum tempat penginapan korang je, keluar masuk bilik- keluar mandi sungai -keluar masuk bilik - keluar pergi makan -balik bilik -relax tido…haaa tu je….
3. Pemilihan bilik adalah
penting, bila dah menggunakan bilik secara optimum maka carilah apa yang korang
hajatkan. Bilik tepi sungai-ada verandar-bilik tingkat atas-ada TV. Ini
keperluan perlu ada mengikut darjah penting 1-4. Bayar mahal sikit tapi dapat
apa yang dihajati. Tak mahu row 2 or 3 jauh dari sungai, sebab bila sebut Janda
Baik memang nak mandi sungai yang jernih tu…..
4. Jangan makan kat
hotel, rasaiilah cara makan di kampung, masakkan kampung, feel lepak malam2 di
gerai kampung, moga teringat masa kecik2 dulu.
Ok aku rasa 4 tip utama ini adalah penting sebelum membuat
pilihan menginap di janda baik.
Berbalik pada Riverside resort…aku nasihatkan tengok peta ni
dahulu sebelum menempah penginapan. Sungai dia memang cantik dan cetek serta
jernih.
bilik 2 tingkat kiri tu ok view dan private skit.....ngadap sungai
tiba je kena tahu arah ni...nak check in kan.....
pandangan dari reception office bilik first row
Kolam yang terbiar di hadapan reception office
ni pandangan dari atas bilik aku, kiri tu bilik first row menhadap sungai.
pandangan dari reception office
Oh ya aku tidak melibatkan diri dalam aktiviti mandi sungai,
sebab maklumlah sekarang ni popular dengan kencing tikus…maka sekian….