Tanggal 20 December 2014, final examku di UiTM. Ini bermakna
secara hamper rasmi aku akan menamatkan pengajian di UiTM ini setelah menempuhi
suka duka tangis ketawa selama 2 tahun kebelakang. Namun aku tidak boleh
mengatakan sebagai satu cop bahawa aku telah tamat. Ini kerana research dan
keputusan final exam adalah penentu segalanya bagi perjalanana akhir menuntut
ilmu bagi tahap ini. Insyaallah research selewat-lewatnya pertenggahan januari
ini akan submit, untuk rekod research aku telah siap pada 20 Decemeber lalu
jugak, tetapi supervisorku meminta masa untuk dia menyemak terlebih dahulu,
bagi sebarang editan atau pertambahan jika perlu. Untuk kini hanya menunggu
sahaja. Uhh xsabar aku ingin tamatkan semuanya.
Mengimbau kenangan 2 tahun lalu, siapa sangka aku akan
menyambung pelajaran ke peringkat ini, yea ini semua hasil tundaan paksa dari
rakan-rakanku yang lain. Masih ingat motto? Redah sahaja. Yup aku telah
bersama-sama mereka meredah dan kami Berjaya tiba ke akhirnya. Syabas semua.
Faktor utama redahan ini Berjaya adalah kami pergi menyambung pelajaran ini
secara berlima. Aku pasti jika pergi secara individu telah lama kepupusan
semangat. Bila berlima, seorang lemah yang lain akan membantu, seorang suka
kita sama-sama suka dan jika kita menangis tidak semua menangis, bantu harus
bantu. Yea inilah buktinya. Melihat kepada rakan sekelas yang lain sebagai
bukti memang benar teori jika pergi secara individu untuk belajar ini, maka
ramai yang tewas dek perasaan sendiri. Bukti ramai yang hilang dipertenggahan
dengan pelbagai alasan.
Yea aku tiba ke akhirnya. Alhamdullillah…..sambung lagi ke
pasni? Ada konsep redahan lagi x? hehehehhe