Selepas
memasing rakyat mesia memilih warna di PRU-13, aku tidak banyak berharap,
mereka berjanji tapi aku tidak mengharap, kerana padaku mengharap adalah
sesuatu yang bahaya di dalam diri, mengharap membuatkan kita tidak mahu
berusaha, malas dan sibuk menagih harapan. Sampai bila begitu? Atau lebih tepat
mengapa begitu? Kita ada kaki, tangan dan yang penting otak untuk
berfikir….fikir sahaja jugak tidak berguna jika tidak disertai usaha. Peluang
ada di mana-mana. Semua orang ingin kaya, kaya ilmu, kaya duit, kaya pahala dan
macam-macam jenis kaya lagi. Untuk kaya kenalah berusaha dengan fizikal dan
berfikir dengan corak otak yang betul dan dalam lingkungan yang boleh dikawal
oleh kita.
Erk?
Apa kaitan dengan tajuk aku di atas? Yea aku mahu TV, siaran TV yang dahulu,
syok tengok, sebab aku tiada ASTRO jd satu-satu sumber visual aku tanpa kawalan
adalah TV. Secara jelasnya aku dah hampir sebulan tidak menonton TV secara
konsisten @ lebih tepat secara focus tumpu. Entahlah si Biru asyik duk
bercakap-dan bercakap, memberi harapan kepada mereka yang suka berharap. Inilah
dia kaitan topic aku…sekian, begitulah flashback saya…..ekekekekekeke….