Blogger Backgrounds

Khamis, 9 Mei 2013

Aku rindu dunia TV yang dahulu


Selepas memasing rakyat mesia memilih warna di PRU-13, aku tidak banyak berharap, mereka berjanji tapi aku tidak mengharap, kerana padaku mengharap adalah sesuatu yang bahaya di dalam diri, mengharap membuatkan kita tidak mahu berusaha, malas dan sibuk menagih harapan. Sampai bila begitu? Atau lebih tepat mengapa begitu? Kita ada kaki, tangan dan yang penting otak untuk berfikir….fikir sahaja jugak tidak berguna jika tidak disertai usaha. Peluang ada di mana-mana. Semua orang ingin kaya, kaya ilmu, kaya duit, kaya pahala dan macam-macam jenis kaya lagi. Untuk kaya kenalah berusaha dengan fizikal dan berfikir dengan corak otak yang betul dan dalam lingkungan yang boleh dikawal oleh kita.

 Erk? Apa kaitan dengan tajuk aku di atas? Yea aku mahu TV, siaran TV yang dahulu, syok tengok, sebab aku tiada ASTRO jd satu-satu sumber visual aku tanpa kawalan adalah TV. Secara jelasnya aku dah hampir sebulan tidak menonton TV secara konsisten @ lebih tepat secara focus tumpu. Entahlah si Biru asyik duk bercakap-dan bercakap, memberi harapan kepada mereka yang suka berharap. Inilah dia kaitan topic aku…sekian, begitulah flashback saya…..ekekekekekeke….

0 Komen: