Blogger Backgrounds

Sabtu, 15 September 2012

Kematian yang mengejutkan





Selepas membaca dan mengamati blog 'her illusionist'  misschronicz aku mula berfikir, apakah penamat hayatku juga mungkin akan datang secara tiba-tiba?

misschronicz seorang yang riang dengan kehidupannya sehingga ke akhir hayatnya, walaupun cara pemergiannya amat memilukan dan mengejutkan.

Kami adalah pemblogger dan kuasa tulisan adalah esperessi kehidupan kami begitu juga dengan blogger-blogger lain di luar sana, Cuma perbezaan mungkin tema yang di sampaikan dalam blogger itu sahaja berbeza.

Dalam sejarah kehidupan aku, aku ada blog, diari dan juga planner. 3 bahan ini merupakan teman aku yang akrab dalam kehidupan. Didalam nya tercatat aktiviti dan segala rutinku. Dari Pendapat sehingga ke soal peribadi terkandung dalam 3 kombinasi catatan ini. Merungkai 3 bahan ini akan dapat jawapan mengenai aku. Hanya aku sahaja yang tahu apa yang terkandung di dalamnya, mungkin juga blog ini satu-satunya medium orang luar mengetahui tentang aku. Tetapi aku yakin mereka yang membacanya tidak mengenali aku. Saluran-saluran ini tempat aku meluah rasa yang tak mungkin aku luahkan secara berhadapan dengan orang yang aku kenali

Menghayati blog arwah seperti juga insan lain menelusuri kehidupan seperti biasa di dunia ini. Namun tanggal 3 June 2012 menghentikan semua perjalanan lancar itu. Tiba-tiba. Yang tinggal hanya catatan yang kini sejarah untuk tatapan insan yang pernah mengenali arwah.

Yea catatan kehidupan, seperti aku, aku ada catatan itu, mungkin selepas pemergian aku, catatan ini mampu memberi pandangan orang terhadap aku, betapa gembira aku di dunia ini, betapa aku menghargai semuanya sepanjang kehidupan aku, susah, senang dan apa aku alami. Bukan untuk di sanjung cuma aku harap orang faham sepanjang aku di dunia ini.

Memang benar kematian tiada siapa yang tahu, bagiku kematian mengejut adalah sesuatu yang sukar di terima oleh manusia di dunia ini. Jika itu takdir tuhan, kita sebagai manusia tidak mampu menghalangnya.

Siapa tahu mereka akan mati? Mungkin juga sesaat selepas ini? Aku berharap kematianku biarlah secara tenang dan semua orang yang mengenaliku redha menerima hakikat itu. Catatan aku jadikan iktibar dan pengalaman. Mungkin aku dikenang seketika, tetapi ia lebih manis untuk di ingati sampai bila-bila.

Jadi laluilah kehidupan ini dengan penuh rasa kemanisan dan semoga akan tenang di sana.

Buat misschronicz, aku menghayati nukilanmu dan aku faham perasaanmu, semoga aman dan damai di sana, berehatlah sehingga kepenghujung jalan semua manusia di dunia ini. Pengakhiran yang satu, pertemuan yang satu dan penamatan segalanya yang satu. Alfatihah.