Setelah kembali menyambung pengajian yang
telah ditinggalkan sejak 10 tahun lalu pada tahap Sarjana Muda. Akhirnya
peringkat Sarjana kini pula telah berakhir dengan rasmi apabila adanya majlis
konvokesyen. Konvokesyen ke-82 UiTM bagi slot aku akan berlangsung pada sidang
1 tanggal 9 Mei 2014 ini. Yes, inilah penutupnya…siapa sangka malahan aku
sendiri tidak pernah terfikir 10 tahun lepas bahawa aku kana sambung pengajian di
peringkat ini. Alhamdulliah atas sokongan rakan-rakan dan keluarga maka ada nya
aku pada tahap ini. Banyak perkara suka duka yang di alami sepanjang sambung
belajar bermula 2013-2014.
Officially
Listing need to do
IM770 yea.....
Jubah dan rehearsal akan berlangsung pada 2
Mei, namun agak malang aku tidak dapat menghadirinya di sebabkan ada hal janji
yang amat penting telah dipersetujui sebelum ini.
Nervous jugak nak naik lagi pentas,
dengar-dengar kebiasaanya bagi sesi 1 untuk peringkat PHD dan Master akan
dikurniakan oleh Agong..kali ini DYMM Raja Kedah.
Dewan Agong Tuanku Canselor
Dahulu aku majlis konvokesyen di Dewan Seri
Budiman, siapa para UiTM tak kenal dewan ni memang diaorang telah mengalami
amnesia ler jawabnya. Tapi kini di Dewan Agong Tuanku Canselor berdekatan padang
kawad UiTM.
Ingat lagi dahulu masa bergerak dari johor sekitar
jam 3 pagi untuk konvokesyen ijazah..Naik kancil je masa tu….kini Homestay dah
booking, aku pergi sehari awal dan lebih manis lagi konvokesyen bagi sidang 1
ini boleh bawa 4 orang untuk masuk ke dalam dewan.
Well that my Day..hope enjoy……alhamdulliah
aku sudah ada Master sekarang…..apa nak buat selepas ini? no idea *(*&#^645@@$%$