Blogger Backgrounds

Jumaat, 22 Februari 2013

Mencari ‘otak mahathir’


Semalam entah kenapa, aku terfikir, kenapa kita susah nak fikir mende baru yang boombastik? Idea yang di anggap xsemua orang boleh fikir dan buat…kita kerap kali dok pk pk pk kenapa tak boleh adanya orang seperti Tun Mahathir?

Kalu aku fikirkan, 1 je…estet di Dengkil nak jadikan Bandar moden? Kalu tahun 1990 aku cakap kat bos aku ‘bos saya nak jadikan Dengkil sebagai bandaraya cam Tokyo” korang rasa apa bos aku kata? Xpayah bos lah…korang yang baca ni, apa korang kata kat aku? Yea jawapan aku sama dengan korang “gile ke”…dah ada KL tu cukup ler…..” nak belah utan wat mende, bagi ayam utan duk bandar tu ke?

Antara berani, gile dan ketersedian menerima adalah 3 perkara utama di sini.

Aku percaya kita semua boleh berfikir zahiriahnya, namun kita sering di pupuk dengan perkataan jangan dan malu serta tidak berani. Nahh itu sebenarnya yang membelenggu idea kita.

Berbalik kepada menerbitkan idea BARU bombastik, agak-agak dalam meja bulat ada ke sesiapa yang berani mengutarakannya jika dia bukan bos? Jika ada, nah terang-terang orang itu dipancung, bos mesti kata tak boleh, itu dan ini….di antara keberaniaan dan gila serta sikap menerima semua termaktub ke dalam lumrah orang kita, yes we are Malaysian beb. Nampak buruk kan…tapi cuba fikir balik…..yea aku faham bila ada perkataan negative mesti dia xbagus…yea memang xbagus negative itu…tapi sebelum negative ke mana perginya positif? Kekalahan positif harus diambil tahu supaya kita kenal benar-benar kenal negative itu terjadi.

Perlu juga di ingat knowledge is important bagi melahirkan idea yang boom. tapi setinggi mana pun knowledge selagi sikap menerima masih terbelenggu ketakutan..lupakan sahaja. Kadang-kadang idea yang tidak logik itulah yang sebenarnya yang membawa boom kepada perubahan.

'Gile ke nak antar orang mesia pi bulan!' nak wat mende, kita bercakap masih lagi 'gile' perkara itu di dalam era zaman orang barat memang dh ulang alik ke bulan. Bagi aku pun sama gak cmtu...rupanya skarang baru tau...'OOOOoooo antar org pi bulan supaya akan ada lagi orang mesia yang mempunyai cita-cita seperti itu, inilah dia impian untuk di jadikan kenyataan...xkan asyik nak berimpian je sampai bila-bila.

Khamis, 21 Februari 2013

Telah banyak berubah



9 Feb 2013 akhirnya aku melangkah kaki kembali ke institusi yang menjadikan apa kerjaya aku sekarang, di mana aku berada sekarang dan apa pengalaman yang aku perolehi sekarang. Kali terakhir melangkah kaki keluar dari institusi ini adalah pada sekitar Sept 2003 ketika konvokesyen.

Selepas 10 tahun, yea aku kembali walaupun dahulu aku sendiri tiada memikirkanya untuk kembali bergelar seorang ‘PELAJAR’ dengan peringkat yang lebih tinggi. Orang kata pengaruh rakan mampu membawa perubahan kepada diri. Dengan itu juga aku kembali menyandang status ini.

Pertambahan kepesatan pembangunan di dalam kampus menyebabkan aku seolah-olah baru balik dari amnesia yang panjang. Tapak dan keluasan kampus masih sama, perbezaan cuma pertambahan infra dan bangunan di dalamnya. Jalan asas masih sama. Apabila melewati bangunan-bangunan lama yang ada ketika aku belajar dahulu ia membawa aku kepada secubit kenangan bersama rakan-rakan. Ia tanda kepuasan susah senang belajar ketika usia masih muda dahulu. Kini aku kembali walaupun belum lah tua sangat, tapi hukum waktu tetap reality ‘kita semakin memanjat usia’

Aku harap tempoh 2 tahun ini mampu menjanjikan kemanisan dahulu dengan sedikit perubahan bekerja sambil belajar. Kalu terpaksa selalunya aku boleh.

Jumaat, 8 Februari 2013

Review n Komen : Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit

First opening 07 Feb 2013, Kesinambungan filem ‘Zombi Kampung Pisang’ diteruskan dengan ‘Hantu Kak Limah Balik Ke Rumah’dan kini Hantu Kak Limah 2: Husin, Mon Dan Jin Pakai Toncit. Macam biasa filem terdahulu aku akan ke panggung menyaksikan filem ini. Harapan nya amat besar bagi menonton sebuah filem yang lari dari tema dan sequel biasa pengarah-pengarah yang ada di Malaysia ini. Aku suka cara Mamat Khalid.

Berdasarkan rekod filem lalu Hantu Kak Limah Balik Rumah, bag filem kali ini sepatutnya ia tajuk lama tidak boleh sama sekali di angkat ke atas filem ini, sebab kak limah bukan action utama filem kedua ini cukup sekadar Husin, Mon dan Jin Pkai toncit sahaja. Aku rasa mungkin mamat khalid ingin mengambil populoriti filem yang pertama bagi mengingatkan penonton untuk datang ke panggung.

Mungkin dia berjaya, sebab first opening semalam memang penuh panggung walaupun hari bekerja siangnya.

Bagi aku BOOM filem ini tiada sangat atau aku lebih rasakan filem ini mengambil aura film pertama yang BOOM itu. Mamat khalid terikat dengan cerita sequel pertama sehingga kurang lari dari sequel tersebut. Pelakon juga yang hidup watak sekadar 2 ,3 orang lama dan seorang yang baru hanya 'Yan Sekupang' berjaya menaikkan seri lawak. yang lain kurang bermaya. Pada aku bila ramai watak kurang lawak jadi apakah erti BOOM lawak dalam filem ini. jangan harap pada sindiran2 dialog dari film ini seperti film terdahulu. serius kurang.

Babak yang aku paling suka:

1. Masa memula Pak Abu (Allahyarham zami ismail) cuba bercerita mengenai kisah lampau pd tahun 1969. Dialog yang berulang-ulang 1969 kemudian 1970 sebelum tu 1968 dan selepas itu 1969.....

2. Babak bermain galah panjang depan surau

3. Babak Halusinasi dkt pokok ara

4. gambar orang kampung dimana Usop menjadi ketua masa membuka tanah dulu


Kalau berjaya filem ini, aku tetap rasakan bahawa aura filem pertama yang menyebabkan orang teruja untuk datang ke panggung. Bukan cerita ni tak bagus, ia tetap bagus tetapi kebanyyakan yang hadir mengharapkan yang lebih dari filem pertama dulu, jika dulu tahap 5 bintang mungkin org berharap film ini mampu memberi mereka kepuasan 8 bintang. Bila harapan tinggi tidak kesampaian. Apa korang rasa? indah kabar dari rupa atau apa? sebenarnya harapan kita itu yang menghampakan kita semua untuk film ini.

2.5 binatang untuk filem ini. Maaf....tetapi aku enjoy...

Khamis, 7 Februari 2013

Layan Kak Limah 2 Malam ni


Lupakan ahmad idham, lupakan Razak Mohaideen, Lupakan Yusof haslam dan legasinya, lupakan ah lupakan pengarah lain.

Malam ini aku nak layan Mamat Khalid hope tidak menghampakan,  aku menonton first opening Kak Limah 1 dulu yang tiba-tiba BOOM jd fenomena, yes aku harap begitu jua...

Bangga melangkah ke alam Mamat Khalid di pawagam sejak Zombie Kampung Pisang lagi. Aku bangga sebab aku orang melayu yang sanggup pergi menonton cerita melayu (yang ramai orang melayu xmahu tonton)

Yang mengaku tengok bila dah di cetak rompak dan di astro first...pada aku bila dah keluar TV udah tiada feel nyer berbanding first opening...Filem untuk pawagam, bila di tv adalah second class...bagi aku ler....keterujaan tiada...

erk sombong sangat ke statement aku ni....heheehehehe