Salah Seorang yang aku admire dalam kerjaya ialah hamba Allah ini Kamal Affandi Hashim.
- Penganalisis jenayah
- Ilmu
- Penyampaian
- Karektor
Ok itu sudah cukup, xperlu banyak mende tersenarai untuk mengkagumi orang, janji ada aura yang aku rasakan ia manusia berguna untuk aku kagumi….
Aku mula mengenali nama ini agak lama, namun masa tu mungkin dia belum famous dan jadi sebutan orang, dan aku juga kagumi sebab sehingga sekarang dia masih belum dapat gelaran dato atau Datuk, mengapa? Sebab bila dh dapat gelaran itu orang mula kenal so aku rasakan aku mungkin agak terlambat, aku lebih senang dengan nama Encik Kamal Affandi Hashim. Mengenali orang hebat bermula dari bawah, bukan mengenali orang hebat dari pangkatnya.
Kalu di fikir-fikir atau aku memikir sendiri, agak-agak 10 tahun lepas atau mungkin sekarang, ada ke orang nak jadi penganalisis jenayah ni?
Cikgu : Hyrul awak cita2 dah besar nak jadi mende?
Aku : Pakar Jenayah cikgu….
Kalu korang cikgu tu apa korang cakap kat aku semula? Kompom-kompom kawan2 sekelas aku masa tu gelak kat aku tahap guling2 atas siling bertaburan sehingga ke kantin kan…..grrrr
Tapi itu mungkin hakikat 10 tahun dahulu atau mungkin juga sekarang seperti aku perkatakan tadi. Hakikat untuk menjadi seorang yang lain dari yag lain pada masa akan datang semestinya aku ulangi semestinya di tertawai atau diperseda oleh orang.
Jadi apabila sudah Berjaya? Macam angkasawan Negara? Semua orang sanjung kan? Insan seperti kamal affandi inilah yang mencetus perubahan di masa lalu untuk masa depan iaitu kini.
RM40k diperlukan bagi rawatan tersebut, jika tidak kesannya kemungkinan menganggu sistem komunikasinya..
Secara jujur aku mengatakan wahai Kamal Affandi kami sebagai rakyat Malaysia masih perlukan ilmu dan jasa berterusan anda untuk di menafaat. Ayuh rakyat Malaysia yang perihatin mari kita bangun bersama membantu usaha ke arah menikmati ilmu yang beliau ada.
Sumbangan jika anda prihatin Public Bank Kamal Affandi hashim : 4007 85 2977
Ini blog beliau : kamalfndhashim.blogspot..namun setelah lama aku perhatikan seolah blog ini kurang aktif, mungkin ada sebab nya. Tapi di FB Kamal Affendi Hashim Fan Club masih aktif sehingga ke saat ini.