Blogger Backgrounds

Ahad, 6 April 2014

Rindunya Blog...Rindu menulis....sarat dah apa aku lihat....



Wau lamanya aku xupdate blog ni..memang bz aku sejak dua mejak ni disebabkan pertukaran bos bahagian baruku. Aku mula mendapat feel kerja semula, kerja dah macam kete drift berpusing-pusing tp syok
Pejam celik pejam celik, masa untuk semester baru akan bermula. 15 Mac lepas dah mula kelas pertama. Alhamdulliah keputusan semester 2 aku tetap sama sejibik angkanya cam semester 1. Pelik juga cmne boleh sama, mungkin sebab otak aku static cam tu je kot. Takpelah janji lulus, puas dah memulas kudarat dan otak ni yang semester lepas tu sampai nk menangis pun ada. Hopely semester 3 jgn ler aku nangis2 tahan. 
Hehehehe

Nampaknya banyak yang berlaku sejak sambutan hari raya cina tempohari. Cuaca sejuk yang melanda membawa kedamaian kenyamanan namun begitu datang pula cuaca panas membawa serba tak kena kepada system ekologi badan ini dan sekarang timbul pula cuaca jerebu. Nampaknya percaturan cuaca ini memberi kesan kepada kehidupan, syukur badan aku masih lagi mampu bertahan walaupun dah macam2 ubat dimasukki bagi bertahan.


Terlalu banyak peristiwa yang berlaku, kes besar MH370 hilang, mulanya seronok mengikuti perkembangannya, tp dah masuk seminggu aku mula jemu. Mana dia pergi? Aku ingat dalam kehidupan aku ni xmerasa melihat nahas penerbangan malaysia selepas tragedi tg kupang 1977 yang memang sah aku belum lahir lagi. Tapi kes MH370 ni mulanya ingat nahas biasa, sekali dia telah bleh wat top ranking dunia. Pertama Bilangan penumpang  dan kehilangan yang lama baru nak jumpa. Ramai kaitkan air france namun segalanya kita telah ranking, air france hilang sah terhempas dan jumpa,  cz mereka jumpa serpihan dan mayat beberapa hari selepas ilang cuma komponen besar je xtau kat mana, pas 2 tahun jumpa. Ni MH370 apa pun tak jumpa.

Mulanya aku percaya teori bahawa kokpit terbakar dan juruterbang pengsan sebab asap, pastu kapal terbang terpusing dan auto pilot sehingga abis myk jatuh akt laut hindi, tp mana serpihan, semua jumpa bukan bleh dikaitkan dgn MH370 tu. Sekali cam xbetul je plak, coz kalu jatuh permukaan air mesti pecah punya dan ade serpihannya.

Paling aku xdapat terima, bagaimana radar tentera kita dah detect pesawat tidak dikenali diruang udara masa di detect radar pulau perak tp xbuat apa2? pehhh watpe beli radar kalu cmtu, entahlah nak kumen byk sgt pun kang kena tangkap plak, tp otak aku seakan terseliuh dan perlu di urut dengan cara taipan jari di blog ini. Grr Grrrrr grrrrRRR.........

Kalu betul dirampas, sah kemungkinan semua telah dibunuh, nk watpe simpan manusia coz nak bagi makan lagi, cost tu....logik?

Kehilangan MH370 juga telah menukarkan perkataan sabar kepada tabah, bila mana perkataan sabar dikatakan boleh menyinggung perasaan waris katanya, nah guna perkataan tabah plak. 

Aku menenatikan penemuan MH370 ini untuk mengetahui, apakah misteri di sebalik misteri sebenarnya....