Alhamdullilah segalanya berjalan lancar, bermula 28 April
hingga 7 Mei 2016. Itu waktu sibuk, bukan sahaja sibuk dengan kudrat tetapi
juga dengan otak ini untuk bekerja.
Seperti yang diketahui serba sedikit, majlis penting aku
semuanya di serahkan kepada pihak ketiga iaitu pihak bridal dan katering.
Walaupun dua skop tetapi ia diserahkan kepada 1 syarikat sahaja.
Banyak yang aku ingin kongsikan dari mula hingga ke akhir
dalam pengalaman yang aku lalui untuk perkongsian. Antaranya pemilihan pihak catering,
pemilihan bridal dan juga susur galur persediaan dalam menempuhi hari penting.
Aku akan ceritakan dalam perpekstif “orang lelaki”, sebab
banyak blog yang aku baca semuanya adalah dari perpekstif pihak perempuan. Itu
selepas ini.
Dalam melalui hari-hari penting, ada hati dan perasaan yang
perlu aku sangat jaga. Aku memang tidak memikirkan 100% berkenaan persiapan
majlis, tetapi lebih kepada memikirkan hati dan perasaan seseorang untuk
menerima kenyataan. Bila dikenang betapa sukarnya perjalanan aku.
Hanya dengan sekali lafaz, aku telah Berjaya melangkah ke
tanggungjawab baru. Sama ada adanya redha atau tidak, aku serah kepada tuhan. Aku
telah mencuba memenuhi segalanya. Alhamdullillah