Blogger Backgrounds

Rabu, 24 Mac 2010

Takziah Sahabat


Aku mengenali sahabat ini semenjak ketika zaman praktikalnya di negeri Tok Gajah, bermula menjadi pelajar praktikal dan akhirnya menjadi rakan sejawat di negeri yang sama sehinggalah aku ke negeri Hang Tuah yang bertuah ini dia masih menjadi rakan sejawatku pula di sini. Pernah juga menjadi housemate di dua negeri berkenaan, catatan agak panjang dalam perkenalan itu. Bezanya aku belum berkahwin tetapi dia sudah.

Berkat berpindah ke negeri Hang Tuah ini beliau mendapat rezeki kurniaan ilahi mendapat zuriat pertama yang dikandungkan isteri tercinta. Sedikit sebanyak aku juga terlibat dalam kancah kegembiraannya. Terserempak membeli pakaian baby, bercerita tentang penamatan zaman enjoynya tahun ini coz semua kos yang ada hanya untuk persiapan kelahiran baby sulong itu. Lebih mengembirakan ia baby boy.

Takdir tuhan penentu segalanya, petang 22 Mac 2010, 2 bulan sebelum kelahiran sepatutnya mencapai usia matang, isteri beliau telah mengalami pendarahan untuk kelahiran dan segera di bawa ke Hospital. Kira-kira jam 7 petang baby di lahirkan. Malang sekali baby telah meninggal sebaik di lahirkan. Menurut doctor baby memang lemah di dalam kandungan dan hidup bergantung pada ibu sahaja selama ini.

Aku turut merasai kesedihan itu dengan semangat yang aku nampak sebelum ini beliau membeli pakaian baby dan juga sibuk dengan persiapan. Memang sedih jika di kenang2. Apatah lagi beliau dan juga isteri? aku memang pasti akan meninggalkan kesedihan yang amat panjang. Tribute to Zaidi rakanku. Ahmad Imami dalam kenangan. Al. Fatihah.