Blogger Backgrounds

Khamis, 21 Ogos 2014

Semakin menghampiri


Syukur alhamdullillah, result semester ke-3 telah keluar dan aku lulus bagi tangga ke-3 ini. Kalu dikira September ini aku akan melangkah kepada peringkat semester terakhir. Terkejut jugak bila melihat keputusan bagi subjek yang di anggap hardcore aku memperoleh keputusan yang amat baik. Memang aku puas hati buat assignment proposal research semester lepas, lecturer ckp paling kurang nak 60 page. Aku bantai nak dekat 100 pages, peh kalu dikira memang giler tp sebab syok nya dah datang mengiler aku mengarang. Biasalah aku memang banyak berharap pada google translate bagi merealisasikan perkataan kepada bahasa inggeris. Aku mampu mengarang dengan baik dengan cambahan idea yang banyak apabila mengarang dalam bahasa melayu, namun jika aku memikirkan halangan untuk direct bahasa inggeris memang xjadi ler proposal aku itu. 

Kekadang aku tertanya-tanya mengapa perlu dalam bahasa inggeris bagi membuat task aku ni. Mungkin secara jelas membantutkan orang yang mempunyai kosa kata yang baik dalam bahasa melayu bagi membuat research proposal. Entahlah…..tapi aku telah berjaya mengharungi semester yang di anggap ‘hardcore’ ini. 

Tiba masanya untuk meluncur turun dengan berhati-hati bagi semester 4 ini aka semester terakhir….yahooooo….6 september 2014 akan mula kelas, 5 kelas perlu ditempuhi dan akan berkahir akhir disember 2014 dan bermakna segalanya akan berakhir…insyaallah…

Khamis, 7 Ogos 2014

Macam Best

semalam pas makan hujan turun dengan lebatnya disertai oleh kekencangan angin yang suam-suam bahasa namun sesekali ganas menyapa tubuh malah mengoncang jambul.

Ewah intro hebat bukan...xdelah aku tertarik dengan bait bait lirik lagu yang aku dengar semalam, cam sedih pun ada...tapi dalam suasana remang senja dan kehujanan memang syok layan lagu macam ni.

Cuba lah dengar, arini aku google liriknya...wah hebat.....aku naksetia lah.......rasa masa resepsi kawen nanti macam nak nyanyi lagu ni je.......


Azian Mazwan Sapuan - Erti Budi

Sepasang kaki melangkah 
Meniti usia 
Hari yang berlalu pergi 
Takkan kembali 
Seiring dengan masa aku dewasa 
Dan kini kufahami ertinya budi
Ku sedar kau sejak dulu 
Menatangiku 
Tak pernah diriku ini 
Engkau kasari 
Terisi tiap waktu permintaanku 
Diriku kebanjiran kasih dan sayang 
Walau tak kuucapkan 
Walau tak kupamirkan 
Di hatiku selalu menghargaimu 
Tunggulah tiba waktu 
Di saat tika perlu 
Ku pasti akan berada di sampingmu 
Akulah embun...akulah hujan 
Pada ketika kau hangat kegersangan
Semakin kumengenali ertinya budi 
Semakin kau kusanjungi di dalam hati 
Sedaya upayaku akan ku cuba 
Membahagiakan mu setiap masa