Blogger Backgrounds

Khamis, 21 Ogos 2014

Semakin menghampiri


Syukur alhamdullillah, result semester ke-3 telah keluar dan aku lulus bagi tangga ke-3 ini. Kalu dikira September ini aku akan melangkah kepada peringkat semester terakhir. Terkejut jugak bila melihat keputusan bagi subjek yang di anggap hardcore aku memperoleh keputusan yang amat baik. Memang aku puas hati buat assignment proposal research semester lepas, lecturer ckp paling kurang nak 60 page. Aku bantai nak dekat 100 pages, peh kalu dikira memang giler tp sebab syok nya dah datang mengiler aku mengarang. Biasalah aku memang banyak berharap pada google translate bagi merealisasikan perkataan kepada bahasa inggeris. Aku mampu mengarang dengan baik dengan cambahan idea yang banyak apabila mengarang dalam bahasa melayu, namun jika aku memikirkan halangan untuk direct bahasa inggeris memang xjadi ler proposal aku itu. 

Kekadang aku tertanya-tanya mengapa perlu dalam bahasa inggeris bagi membuat task aku ni. Mungkin secara jelas membantutkan orang yang mempunyai kosa kata yang baik dalam bahasa melayu bagi membuat research proposal. Entahlah…..tapi aku telah berjaya mengharungi semester yang di anggap ‘hardcore’ ini. 

Tiba masanya untuk meluncur turun dengan berhati-hati bagi semester 4 ini aka semester terakhir….yahooooo….6 september 2014 akan mula kelas, 5 kelas perlu ditempuhi dan akan berkahir akhir disember 2014 dan bermakna segalanya akan berakhir…insyaallah…

0 Komen: