Blogger Backgrounds

Rabu, 28 November 2012

Selamat Hari Lahir



Aku tersenyum, ya aku tersenyum… …..selebar senyuman itu, maka selebar itu juga layangan fikiranku mengamit kenangan..nampak seketika tapi penuh makna.

Selamat Hari jadi buatnya, seperti tahun-tahun sebelum, aku tidak pernah ketinggalan mengucapkan ucapan keramat bagi setiap manusia sekali dalam masa setahun. Ikhlas untuknya, ikhlas untuk orang yang pernah aku senangi..Tapi bukan mimpi , ia reality, tapi reality lalu. Aku tidak kisah jika aku orang ke 100 mengucapkannya, namun keikhlasan itu lebih penting sebagai tanda ingatan abadi…..Ah tak usahlah bicara kisah lalu di hari keramatnya ini.

Emmm apa agaknya harapannya dia di sana? Kehidupan? Keluarga? Diri? Kerjaya? Mungkin kehidupan telah mula kompleks bagi seorang ibu, peranan dan impian juga telah berubah. Tidak mengapa, semoga dia tahu apa yang difikirkan dan tahu apa yang perlu dilakukan. Cuma aku berharap memikirkan diri sendiri juga perlu dalam meniti peningkatan usia.

Secara serius lama benar aku tidak mendengar perkhabaran darinya, harapan biarlah dia berbahagia dengan dunianya. Aku hanya menumpang kesenangan mata dari kebahagian, cukup untuk mempositifkan diri.

Izinkan aku bahagia dengan kenangan bersamamu. Harapan aku pada tarikh keramatnya kali ini adalah bahagiakan diri sendiri supaya insan yang tersayang denganmu juga mampu merasai kebahagian itu.

Bagi sesiapa yang mengenaliku, ini sekadar luahan aku mengingati hari lahir insan yang mempunyai kenangan denganku tidak lebih dari itu. Aku manusia biasa berhak untuk mengingati sesuatu jika ia memberi rasa bahagia kepadaku. Kenangan hanya kenangan dan tak mungkin kembali menjadi realiti…Aku sayang kamu………..


Dunia ini masih jauh,
Namun tidak sejauh langkah kakimu
Dalam keterbatasan itu,
Cubalah mencari kebebasan
Kerana sesuatu yang bahagia tidak dinilai melalui apa yang mampu difikirkan
tetapi bergantung kepada cara kita membahagiakan sesuatu
Semoga bergembira di hari lahirmu

Selamat Hari Lahir…….

Selasa, 20 November 2012

Bukit Jugra di tahluki


Sebelum cuti sekolah mula membuka tirai, sebagai orang bujang yang free style, aku terpaksa pergi bercuti sebelum tirai itu terbuka dan meyelubungi aku. Hahahah dengan kata sebenarnya adalah ‘pergi bercuti sebelum keadaan menjadi sibuk dan kos mula tinggi’.
Lokasi kali ini adalah Morib, uh dengar nama pun agak kurang popular, tapi lantaklah aku nak bercuti jugak.
Macam biasa sebelum pergi ke suatu lokasi, survey lengkap perlu dibuat termasuk tintatif perjalanan dan aktiviti..mesti fix…mesti mesti mesti(cam slang cupin cipin erk? Upin ipin daaa)
  • Penginapan check
  • Jentera check
  • Tintatif check
  • Duit? Check out 
Ternyata selepas di selidiki melalui skuad google, tempat ni tak banyak lokasi best. Bukit Jugra, Gold Coast Morib dan Pantai Morib serta penambah perisa skit melalui kes Sosilawati.
Lokasi Penginapan Rumah Peranginan Kerajaan, agak creepy beb, dalam web tempahan kata penuh, tapi bila check in rumah aku je yang berpenghuni..errr…..staf kat situ share ler skit kenapa terjadi cmgitu…
“tu lah bang (erk abg??? aku muda lah) kat web mmg penuh sbb org book je… bayar tak…pas 2 minggu, jd wpun xbayar booking kat web still tak terpadam sedangkan valid 2 minggu utk bayar dh tamat”

Aku.. “ ooooOOooOO…kalu sy akan dtg tel terus cni bleh?

Pekerja “xbleh bang semua urusan dr Putrajaya”
Aku dlm hati “hai sampai bila ler nk keje efisyen ni…bila org kutuk keje gomen slow, mula nk marah…tp sesetengah hakikat mmg hakikat terikat”
Erk berbalik pada percutian, tu ler nak cerita pun xtau..best kat Bukit Jugra je lah dapat view ketinggian….yg penting dh tiba…best best…
Pantai Morib ni cam landai skit kira kalu korang nak mandi memang kena ketengah betul br jumpa air….tp ni lokasi kat sebelah Rumah Peranginan Kerajaan tu ler…kat Pantai sebenar dia dh wat cm benteng sama cm kat Benteng Kuantan or Muar tu, tp beza yg contoh ni ialah sungai, morib ni laut hehehehe…..
Otw balik singgah Golden Oil Palm Tree Resort…erkkk aku tipu nama nyer….sedap korang baca kan…..actually Golden Palm Resort..senang nak explain resort ni bentuk daun cam pokok kelapa tu….resort atas air….hahahha tengok je lah dgr2 rege tahap meninggal dunia bagi orang seperti aku ni….
Penat tapi best coz dapat pergi lokasi yang kita tidak pernah pergi..bagi sesapa nak tau bleh je email kat aku cmne ngupe dgn strategi ke tempat ni…
Next….Desaru…erk bukan aku dah gi ke? Alah ni pg sebab ada Family Day Kelab Pemilik …..tuttttt…..bagi Jentera 1.8 build by Nissan aku ni (uhh cm berlagak je kan)..tp kadang aku terfikir……nape pegi? Aku bukan ada keluarga pun…pedih pedih….

Ahad, 18 November 2012

Hari ini Hujan, hari ini Duk Saje..aku tgk aku ni dh cm Mat Saja je...

Dalam cuaca yang tidak menentu ini,
adakalanya aku dah rasa aku macam penguin pun ada dek kesejukan aircond upis..
oit... nape aku gi upis hari Ahad cmgini...
Tu ler selepas aku menjadi 'mat saja' (baca dgn baku yea..) di rumah,
aku datang ler kat upis ni, main internet, almaklumlah aku ni xde berukband kat umah...

Sambil layan lagu ni :


Best lagu ni jika hayati bait-bait nya
macamana nak buat lirik cmni ek...memang power....

Sabtu, 17 November 2012

Menghitung dan Mengenang apa yang di tinggalkan misschronicz untuk di fikirkan


Terlebih dahulu aku ingat katakan bahawa aku bukan mencari populariti melalui trend kematian misschronicz untuk hit blog aku. Bagi yang mengerti dan mengikuti blog aku dari dulu hingga kini, aku menulis untuk menyampaikan rasa hati apa yang aku rasa dan hayati. Bukan sahaja mengenai arwah tetapi apa sahaja yang aku lihat dalam kehidupan keizinan tuhan ini.

Membaca nukilan yang di tinggalkan oleh misschronicz membuatkan aku terfikir dan berfikir, sebenarnya lama aku berfikir...sejak pemergianya lagi..

Adakah aku seorang pemikir yang sepatutnya berfikir?

Yea aku selalu berfikir apabila melihat sesuatu

Selalunya lebih kepada ragam manusia itu sendiri, kadangkala aku suka, kadangkala aku hairan dan adakalanya juga aku tahu mengapa begitu.

Aku membaca nukilan misschronicz secara tarikh dari belakang hingga ke hadapan. Terus terang aku katakan membaca nukilan arwah semakin dekat tarikh catatan arwah ke arah tarikh kematiannya, membuat aku sayu. Walaupun jelas di situ arwah tidak sedar akan penghampiran tarikh ia pergi selamanya. Ia sentiasa gembira seperti biasa, kita yang membaca pun sudah pastinya happy dengan nukilan beliau.

Sebagai orang yang pelik seperti aku (yea aku anggap aku pelik) kerana meminati sesuatu perkara dari Z baru ke A, aku suka terjadi baru mengapa terjadi.

Kembali berfikir hingga ke tarikh akhir beliau di blog 2 Jun 2012, masih lagi nukilan yang seperti biasa. Namun tanggal 3 Jun ketentuan segalanya.

Merasakan ke atas diriku…
Adakah aku juga menghitung hari sepertinya tetapi hanya di ketahui tuhan?
tahukah aku akan perjalanan tarikh akan datang?
Yang mana tarikh matiku? 18hb? 19hb? 20hb? Bila masa ini akan menjadi entry terakhir ku di sini..ohhh

aku juga seperti nya seorang blogger, yang tinggal mungkin blog ini..untuk tatapan dan pembacaan di masa akan datang dan terus di baca dan di baca

Aku harap semua orang yang aku sayang mengerti apa yang aku fikirkan...Corak manusia akan tetap sama tak perlu dikesalkan hidup pasti mati itu hakikat realiti

pemergian aku dalam kontek kecil sahaja bagi dunia manusia yang hidup ini namun kontek besar perlu di lihat dari perspektif diri sendiri.

Aku melihat misschronicz hidup untuk apa sahaja bagi umur sepertinya, skop mungkin cukup awal tetapi kesan mungkin ia besar.

Walaupun dia bukan pejuang ataupun tokoh agama tetapi bagiku ia telah menyedarkan aku mengenai kehidupan dan kematian

Sejauh mana ego manusia? Ya memang ego mahukah mereka menerima kenyataan bahawa kanak-kanak atau remaja mampu mengubah hidup seseorang? Tak perlu popular, tak perlu berilmu tinggi ataupun tak perlu berpegaruh untuk mengubah sesuatu. Aku telah lihat misschronicz telah mampu untuk itu tanpa disedari

Berkali aku katakan “Insan biasa yang mempunyai aura” yang telah berjaya mengubah ataupun sekurang-kurangnya menyebabkan kita berfikir berkenaan kematian walaupun dalam hidup yang membahagiakan ingatlah bila-bila masa kita boleh masuk gaung walaupun jalan di lalui penuh keindahan, jangan leka, ingat apa tanggungjawab kita kepada tuhan.

Aku berharap selagi kita mengingati nya mengenai kematian dan menginsafi kematian, maka selagi itu arwah mendapat pahala di sana

“Ya Allah ya tuhanku, engkau permudahkanlah segala urusan Yasmin di sana, engkau ampunilah segala dosanya, tempatkan ia di sisi orang yang beriman, engkau bahagiakanlah dia seperti mana kami melihat ia bahagia di dunia ini, Sesungguhnya insan ini telah mengingakan aku mengenai kebesaranMu dan tanggungjawabku kepadaMu serta kematian kepadaku.”

Ya aku mahu hidup dan terus hidup, namun bait-bait lagu ini menyangkal semuanya

Relaku menunggu mu, seribu tahun lama lagi
Tapi benarkah hidup ku kan selama ini
Biar berputar utara selatan
Ku tak putus harapan
Sedia setia...

Relaku mengejar mu seribu batu jauh lagi
Tapi benar kah kaki ku kan tahan sepanjang jalan ini
Biar membisu burung bersiulan
Tenang lah gelombang lautan
Ku masih setia

……………..