Yes arini last posa, dh mcm biasa plak posa berbanding minggu mula-mula posa aritu..esok kenalah raya, tahun ni aku tak buat persiapan apa pun untuk diri cuma aku beli untuk mak bapak aku je, entahlah rasa busan sudah pasal raya ni sebab mudah aku ni bukan kanak-kanak lagi, baju melayu dah 3 tahun berturut tempah baru, jadi tahun ni malas nak tempah sebab baju pun masih ok lagi. Alah dlm setahun bapa kali sangat aku pakai baju melayu yang lengkap, boleh dikira guna jari je. Aku ni pemakaian bukan tema islamik sebab aku konvensional. Hehehe cam bank pulak diriku ini.
Isnin, 29 Ogos 2011
SeLaMat Hari RAya AiDILfitRI 2o11
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 7:13:00 PG 0 Komen
Khamis, 25 Ogos 2011
Rabu, 24 Ogos 2011
Tahniah..Mutiara untuk Hari Esok
Alhamdulliah segalanya telah selamat, yang di nanti telah di kecapi bersama.
Aku seakan hilang segala idea dan kata, gembira dan teruja
moga berbhagia di samping insan baru dihatimu.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 5:11:00 PTG 0 Komen
Selasa, 23 Ogos 2011
Angka 22
Tak segaja mengingati tetapi aku pun tak tahu nape aku ingat sangat tarikh ni, walaupun hanya sekali dibicarakan dan terlekat diotakku????Apa khabar dirinya di sana? Tiada berita hari ini, mungkin segalanya telah dipermudahkan. Alahmdullilah harapan aku jauh di sanubari ini. Aku tumpang gembira di atas segala yang dikurniakan kepadanya.Menumpang bukan bererti mengemis atau menagih tetapi biarlah sekadar untuk membahagiakan hati ini sendiri. Tak dapat gambarkan segalanya.
Sejak akhir ini rakan sekerjaku kerap bertanyakan dirinya kepadaku, aku seakan tidak melayan apa yang ditanya sehingga disedarinya, maaf aku tak mahu kisah duka aku dikongsi bersama sebagai suatu bahan ejekan ataupun gurauan, biarlah aku sahaja yang mengerti betapa apa yang telah berlaku.Orang tak akan memahaminya.
Tahniah untukmu, semoga menjadi insan yang diberkati dengan apa yang dikurniakan.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 8:03:00 PG 0 Komen
Rabu, 10 Ogos 2011
Puasa ke 6
Ari sabtu seharian duk kat umah, sebab arini aku nak buat mural kat dinding sudut dapur bahagian tempat meja makan. Bahan-bahannya:- LCD projector, Laptop, pensel 2B dan dinding yang perlu di conteng.
Corak dah dipilih lebih awal, pehh memang xde pengalaman buat ni, tapi aku just cuba-cuba untuk dinding yang kosong itu. Segalanya berjalan lancar membawa kepada seharian melukis, peh azab dr berpeluh sampai xde peluh dah keluar di sebabkan puasa. Yes Berjaya tapi ni baru melukis belum lagi level mengecat pulak. Emm yang mengecat postpone dulu coz cat xde. Bila free sambung lagi. Yang penting LCD projector kena pulangkan bila isnin nanti, alah pinjam kan.
Dek di sebabkan seharian membanting tulang di dinding maka secara gear automatiknya badan menjadi letih serta xde idea nak masak apa untuk berbuka. Tiba-tiba cam nak makan nasi beriani..emm best gak kan.
Dengan bangga nyer aku terus ke bazar ramadhan yang terdekat, tapi macam jauh gak dari umah aku. Panjang gerai-gerainya, untuk rekod sehingga puasa ke 6 ini aku belum lagi menjejakkan kaki ke Bazar Ramadhan. Dalam hati memang malas pun sebab dalam aisbox aku tu penuh dengan stok bahan mentah.
Macambiasa kena tawaf sekali dlu untuk melihat menu yang betul-betul stabil dari segi kehendak dan harga. Rata-rata aku tengok juadah agak mahal sedikit dari tahun lepas, kalau dulu kuih boleh dapat seringgit 4 keping tapi kali ini semua nyer sudah menjadi 3 keping, belum lagi jenis nasi berbungus ataupun lauk-pauk. Uh menyeramkan, terdengar juga ada orang berbisik sesama mereka bahawa ada lokasi lain yang lebih murah..emm entahlah. Aku jumpa apa yang aku hajati dan bertolak balik mengikut jalan jauh bagi mengisi masa supaya balik terus dengan dengan waktu berbuka.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:29:00 PTG 0 Komen
Selasa, 2 Ogos 2011
Happy Be A Mother
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 1:07:00 PTG 0 Komen
Isnin, 1 Ogos 2011
Mari Berpuasa selama 30 Hari
Yes 1 Ogos bersamaan dengan 1 ramadhan, secara logik bukan apa.ianya senang dikira hehehhe. Arini dah posa, tp yang terkezutnya penyampai bagi pengumuman posa yang sekian lama nyer aku kenal tiap kali nak posa dgn raya dah bertukar orang. Serius sejak mula kenal erti raya dan puasa aku rasa orang yang lama tu ler yang paling di tunggu ke udara di tv, tup tup semalam lain plak, dah macam dato K pun ada, memula aku ingat si Johan raja lawak kot berlakon, tp selepas di tarik2 muka orang tua tu melalui skrin tv aku ni, ternyata ia ori coz tak tertanggal pun misainya semalam pas aku goncang2 peti tv jgk.
Happy Fasting U all.......
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 11:35:00 PG 0 Komen