Ipoh.......
Pada 22 hingga 24 Ogos 2014 aku berkesempatan
dalam kesibukan menghitung hari sebelum kembali ke semester baru. Bercuti? yea kali ini Ipoh menjadi lokasi. Aku pernah touch down sekali
ke Ipoh ni tapi hanya untuk bertemu seorang rakan kepada rakan aku. Hasrat
ingin mengenali Ipoh kurang menyerlah sebenarnya. Tapi selepas mencari tempat
bercuti sempena cuti semester ni, tiba-tiba ipoh di sebuat sebagai destinasi
percutian...macam pelik...tapi kalu jodoh tidak ke mana...ewahhhh!
Apa menariknya Ipoh? Aku mengambil masa hampir 2 minggu
untuk membuat survey dengan membaca blog orang secara itensif (pehhh kerja
keraskan???) dan survey peta terutamanya lokasi dan jalan di sana. Ini rutin
aku sebelum ke sesuatu kawasan percutian sebab aku tak mahu tertinggal
tempat-tempat menarik yang ada di sesuatu kawasan percutian serta mengkaji
route jalan bagi memastikan juga aku tidak berpusing-pusing ke hulu ke hilir
sebagi contoh lokasi A-B-C-D dan bukan
D-B-A-C gambarnnya.
Dalam banyak percutian jalan di Bandaraya Ipoh amat susah
untuk aku fahami dan tidak banyak blog memberi info berkaitan tempat menarik
100% dalam single penulisan blog.
Ok kat sini aku (mungkin) Berjaya menyatukan kesemua
tempat menarik di Ipoh dalam satu penulisan. Aku rasa ini sahaja tempat yang di
anggap spot di Bandaraya Ipoh.
Pertama jika anda
untuk ke sesuatu kawasan percutian terutama mod Bandar, anda perlu mengkaji
pola jalanraya di Bandar berkenaan. Apa yang aku dapat simpulkan jalan di Ipoh
bagi spot kawasan menarik adalah berbentuk ini (garisan hitam). Spot petak
merah pula mewakili kawasan spot di mana kawasan yang perlu dikunjungi berada
Fahami pola jalan ini, insyaalllah dapat membantu. Jangan
terlalu melihat GPS sebab dia bukan memahirkan kita tetapi sebaliknya otak
tidak dapat membentuk route peta di minda kita.
Aku juga telah listkan tempat menarik yang perlu
dikunjungi semasa di Bandar ipoh selama 3 hari 2 malam aku di sana. Terpulang
mengikut kesesuaian anda di sana. Masa aku g aritu malam di Ipoh kena scene
ujan je, jadi tergendala skit.
menginap di Seemsoon Hotel 3H2M
bilik berharga rm128 jika xde diskaun rate goverment staf
Hotel ni ok lah..rate 3 bintang...kalu goverment dapat rate goverment. 10% tapi kena bawa kad staf lah.. ok lah dalam rm110 pas diskaun...siap dapat bfast lagi....haaa reward sangat lah..cuma aku xpueh hati pintu bilik hotel ni kedengaran sampai ke dalam bilik aku kalau bilik lain, pintu di tutup oleh penghuni lain
Gunung Lang
Ni destinasi pertama aku pergi…emmm aku tiba seawall jam
8.30 pagi….merupakan sebuah taman…yea mamng taman..tengah ada tasik, seberang
tasik ada taman..kalu nak ke seberang kena naik bot bayaran rm3. erk apa aku
tulis ni….aku xnaik pun bot tu sebab pengurusan nya tertunggu2 apa ntah aku xtau…so
aku perlu bergerak ke tempat lain. Secara pendapatnya aku rasa taman ni
walaupun diuruskan oleh jabatan lanskap Negara, tapi lanskap tidak segred A
yang boleh dibanggakan. Kenampakan segala kemudahan semakin uzur, mungkin
penyelengaraan agak lambat.
ni bahagian depan......
ni bahgaian tengah kat jeti...yg ujung tu taman berada
Tourism Malaysia
Pejabat tourism adalah amat penting bagi anda kalu
bercuti sebab di sini anda akan dapat maklumat2 yang diperlukan, terutamanya
peta percuma, di ulangi peta percuma selain info tempat menarik dan tempat yang
xdigazetkan tetapi menarik, maklumlah biasanya orang yang bertugas ni orang
tempatan “hanya johari mengenal maniam” Dalam website ditulis sebagai di sekitar
Jalan Raja Musa Aziz, namum aku gagal mencarinya. Untuk pengetahuan, sila
jadikan jalan ini sebagai Jalan Utama anda berpegang jika di Bandar Ipoh,
jangan lari terlalu jauh dari jalan ini bagi menggelakkan anda sesat. Misi di
sini GAGAL.
7 mural
Selepas check in,
hotel pada slot petang aku bergerak mencari 7 Lukisan Ernest Zacharevic Di Ipoh. Hummingbird, Old Uncle
With White Coffee, Paper Plane, Girl With Stool and Bird Cage, Kopi-0, Trishaw
dan Evolution. Kalu nak g cari mural ni bleh cari cafe Old Town White Coffee
cawangan Ipoh Padang kat GPS korang…sure jumpa dekat2 padang
ni gak bleh gi upis bahagian perlancongan, diaorang akan bagi Map lokasi mural
tu untuk korang jejaki…jalan kaki je…..parking kat area padang tu je..
lokasi 7 mural



Stesen keretapi
Wau best tempat ni, layan lepak dikelapangan selepas
mencari 7 mural….dekat je dengan lokasi mural,….so mod jalan kaki je ler untuk
sampai ke stesen ketapi ni…otw tu dapat ler jumpa satu memorial dan di
lapangan depan stesen ni pun ada satu memorial perang.
Taman Dr Senivagasam & Riverfront
Tempat yang palinga ku sakit hati cari, dan bila tiba…jumpa
biawak je…ahhh sakit hati nak cerita. Untuk pengetahuan korang taman ni
diaorang panggil taman DR bukan doctor tp sebuat huruf D.R. dee..RRR…erk susah
nyer aku nk bagi orang baca faham…sebut je ler huruf tu satu satu….Dalam Taman
D..R… ad ataman jepun…tp sumpah aku xjumpa. Berdekatan taman D.R ni adalah
riverfront…uhhh sakit hati lagi xmo cerita…heheheehe..Oh ya area ni kalu nak
beli cenderahit cam keychain, freeze magnet dsb…kata nyer kedai2 yang skit kat
sini buka nyer malam…sebab aku gi petang dia tutup lagi lah dan aku xtau pun
kedai apa tu sebab tutup…erkk tutup ler….mana nak tau sebab kedai tu
xmengambarkan ciri2 kedai sourvinier pun.

aku tak jumpa...korang cubalah yea....
Lost World of Tambun
Well apa nak cerita tempat ni…Ipoh ‘anchor place’ dikatakan
The Lost World of Tambun (TLWOT) merupakan core bagi percutian di Ipoh. Selepas
membaca tip perjalanan dari blog-blog sebelum ke Ipoh bagi TLWOT dinasihatkan
untuk membeli tiket secara online kerana akan dapat diskaun 10%. Yup memang
benar aku membeli tiket awal secara online, jgn lupa print pulak untuk
ditunjukan di kaunter online masa di TLWOT nanti.
Peraturan? Yea peraturan untuk mandi di taman tema air
memerlukan kita menggunakan baju mandi. Bila dikaunter aku bertanyakan adakah
memakai seluar trek dan baju jersi boleh digunakan untuk mandi bila berada di
dalam? Serta merta petugas menunjukkan jenis pakaian yang boleh dan mengatakan
seluar trek tidak boleh..tergamam dan sedar akan peraturan aku terus ke
Pasaraya Giant berdekatan aka bersebelahan TLWOT ni untuk mencari seluar
renang. Tambahan pula petugas kaunter kata boleh sahaja masuk tetapi jika ‘lifeguard’
melarang dari mandi maka tidak dibenarkan mandi dengan pakaian sedemikian. Dan jika
tidak dibenarkan pengunjung yang masuk tidak dibenarkan untuk keluar seketika
mencari baju yang bersesuaian. Ini bermakna seluar trek aku tadi gagal…dari menanggung
risiko bayar rm45 tapi bila masuk tidak boleh mandi, maka lebih baik mencari
seluar yang lulus.
tengok bape kolam ada?
Maka apabila di giant dapatlah seluar berbasikal rm19.90…ok
ler sebab dia jenis nylon xserap air. Maka dengan bersungguh dan gembira rasa
dihati trus masuk ke TLWOT tu. Alangkah berderai hati apabila ada je
penggunjung yang pakai seluar cotton tahap buat tido malam dan di serapi air
separuh kolam kat seluar dia tu bila bangun tgh terjelopok mandi kat kawasan
kolam…..”what the fish, crab, prawn”..aku menyumpah dalam bahasa sepanyol
ketika itu. Ok untuk tip bersih dari aku korang dinasihatkan memamkai pakaian
tidak serap air yang bermaterialkan nylon …tp kalu kes aku ni ramai je yg pkai
kain cotton…maka jgn percaya peraturan yang hanya menakutkan korang tu.
Taman Tema ni secara jujur dari aku adalah “sangat tidak
best’ rasanya ada 2 kolam je dan 1 geluncuran yang tak berapa tinggi ada di sini.
Selebihnya Taman Tema ni bukan taman tema air tapi lebih kepada Zoo sebab ada
petting zoo separuh kawasan taman tema air. Errrr…..
Paling tertarik penggunaan loker oren di dalam TLWOT ni
guna token rm 10 pastu nak enter loker
tersebut guna password…jangan takut staf ade quide masa nak guna…bleh guna 1
hari loker tu…bagi aku first round mandi+jalan2..second round tukar baju round
lagi untuk photoshoot cz masa basah xbawak mak bapak kamera gajet bagai….xjauh
mana kira xpenat lah pusing.
yg tengah tu ler tekan2 masuk password
Masa aku gi agak crowded skit sebab ada 3 company wat
event family day kat situ…jd penuh dgn khemah tmpat yang aku rasa lapang kalu
xde event tu.
Tapi jangan percaya pendapat aku ni, aku rsa xbest…korang
mesti ler rasa sendiri..setiap orang beza ke best an nyer.
Gerbang Malam & Memory Lane
Memula aku ingat tempat ni sama…rupanya lain daaa…satu
dibuka malam dan satu lagi dibuka pagi weekend. Yang sama Gerbang Malam dan
Memory lane ni adalah pintu gerbang nye design sama…tp ingat lokasi lain tau
Pintu masuk...dia ni sebaris je...xmacam danau kota bentuk berbaris.....
Dekat sebelah je dgn gerbang malam
Gerbang malam kira cam nite market/uptown Danau Kota tu. Jualan
hampir sama. Tapi dah tiba apa salahnya jalan-jalan kan bagi cecah kaki ni kat
situ. Berdekatan Gerbang Malam ni ada kedai Popiah SS. Ali kat medan selera
bersebelahan je, Nampak kalu korang lalu line gerbang malam ni..xsilap Medan Selera Dato' Tahwil Azha, haa dekat dgn
jalan utama yang aku suruh korang pegang td..Jalan Raja Musa Aziz,
orang jual-jual barang oldskool...mengimbau kenangan lalu
Memory lane, best beb..aku g hari ahad pagi selepas check out hotel..meriah…dia ala2 car boot sale…barang2 lama….cam g muzium jamu mata tengok….nak hinggap parking susah ler…sekali lagi Jalan Raja Musa Aziz menjadi penyelamat…kena ler jalan skit….excited aku g cini….
Dataran Jam
Dataran Jam merupakan sebuah padang yang ada jam….haa tu
ler ayat tulus mulus aku….apa yang best kat sini slot makan je ler sambil
lepak2 tengok menara jam…photoshoot skit…bukti dah sampai….aku suggest g sini
dalam jam 6 petang sambil layan makan gerai2 yang dibuka berhampiran padang dataran
jam ini.

Ni lah dataran Ipoh yang ada jam tu sebelah majlis bandaraya ipoh
gerai-gerai makan di sebelah dataran ipoh
Perjalanan Pulang
Bagi hari terakhir, oleh sebab aku balik menghala ke
selatan maka aku singgah ke Kapal Korek dan Gua tempurung, agak malang apabila
kapal Korek kod TT5 dikatakan sedang mengalami proses baik pulih, tapi tak nampak kerja-kerja pemulihan dilakukan. Untuk tiba ke kapal korek ni, korang
kena perhati betul2 di tepi jalan, sebab signboard dia agak sedih hanya dibuat
dari kain banner je, 2, 3 bulan lagi reput lah tu, kalu dah reput nanti, tgk je
lah dari tepi jalan nampak kapal korek tu.
Kapal Korek TT5
Bagi Gua tempurung pula, ada 4 pakej di tawarkan untuk pengunjung
mengikut skala kelasakkan yang mampu anda duga diri. Aku ambil skala 2 je rm9
smpai hujung trek, sebab skala 3 mula keluar trek dan merasai kebasahan air
gua. Bagus bagi mereka yang gemarkan atau focus nak jelajah gua tu trus amik
level 4 lalu bawah gua. Aku level 2 pun mcm nak mati je..Bagi pakai level 1 dan
2 guna selipar pun xpe…tp aku suggest guna kasut coz ade naik2 tangga dalam
gelap kan…kang selipar wat hal mampuih jatuh terjelopok……bagi level 3 & 4
seharusnya pkai pakaian outdoor lengkap….jangan lupa bawa torchlight wajib…air
pun wajib….baik pkai seluar trek panjang kerana aksi lasak amat mendebarkan…..tp
xlah parah sgt aku rasa.
Dalam Gua tempurung...ada track bagi level 1 & 2 sahaja
kadar bayaran masuk
12 Komen:
stesen keretapi ktm tu kan, kalau pergi malam malam ramai lepak, sangat crowded. ada air pancut, sewa roller blade, buih besar and ada banyak la lagi.
OOO ye ke...bagi kebanyakkan tempat yg sekakan dataran, mmg jd tmpt port melepak kat malaysia ni...tq for sharing...
sebenornya ada yg lebih menarik dkt ipoh ni.. antaranya kafe2 hipster yg tumbuh bagai cendawan lepas hujan kat Ipoh ni. kafe yg saya suggest @MatPeriuk @MatPeriukJr. @ThumbsCafe @Karat135 @ElnegraDistro @Gomok @Hobo/Ganleeco @Classix253 @FoodProject @DSuduGarfu @ChekodokReggae @Khizanat yg ni insya allah semua halal.. boleh check kat insta.. yg tidak pasti halal ada di kawasan Sekeping KongHeng di Oldtown. Kat situ ada jugak cafe hipster antaranya @PlanB @BurpsNGiggles @ThePastries @MissingMarbles @TheRoquetteCafe and kat situ jugak ada Muzium Yasmin Ahmad.. memang menarik tempat tu. Ipoh ni nampak je bosan tapi penuh dengan nostalgia dan org2nye pun mesra. Ipoh jugak terkenal dengan makanannye. paling famous sekali Nasi Ganja @ Nasi Vanggey. kedai ni ada banyak cawangan kat ipoh tapi yg paling best kat satu kedai cina ni nama dia Restoran Yong Suan. kat kedai tu kita akan berkongsi meja dengan org lain termasuk kaum cina dan india. ini yg melambangkan org yg hidup harmoni dengan pelbagai kaum. kedai lain yg sedap antaranya nasi ekonomi dekat StadiumIpoh. Harga nasi dia RM3 je lengkap dengan ayam n kuah kari. mmg puas. Mee Daud Mat Jasak pun sedap. ada di Newtown. Boleh juga try mee dekat Merdeka Garden. Ipoh ni pun best time malam terutamanya kat RailwayStation a.k.a KTM mcm yg Jausyan Baqiri cakap. Bagi yg ulat buku pulak, boleh cari n beli buku kat Novel Hut, Ipoh Parade.. memang murah buku2 terpakai kt situ. Kat ipoh ni pun banyak bangunan2 yg cantik mcm Dewan Bandaran, Mahkamah Tinggi Ipoh, St.Michael Instituion, Anderson School, Anglo Chinese School, tapi Railway Station la yg paling Gempak. hahah.. Apa2 pun.. Semoga awak abg dtg lagi Ipoh ni nanti.. Sebab Ipoh mmg Awesome ;'D
insyaallah tuan, sebelum dtg ipoh sy byk google, namun tak bnyak blog yg menerangkan 100% about tmpt menarik ipoh..adalah benar xsemua tmpt xpopulor itu xsemestinya xmenarik utk dikunjungi
Hehe..mngekek2 sy baca ni..sukalah blog ni
saya baru je pindah perak..belom berkesempatan lagi pergi Ipoh...
jemput singgah
http://dinarmatawangsunnah.blogspot.com/..terima kasih
Terbaik...
Blh masukkan tempat beli brg cheap kat area pekan lama dibahsa englishkan old town.. Maka wujudlah old town coffee
Blh masukkan tempat beli brg cheap kat area pekan lama dibahsa englishkan old town.. Maka wujudlah old town coffee
PENGKHIDMATAN PAKET TOUR DAN SEWA KENDERAAN UNTUK LAWATAN YANG BERBALOI DENGAN FAMILY KAT INDONESIA.
Assalamualaikum Tuan/Puan.
Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Padang dan Bukittinggi, jangan risau hati sila hubungi :
KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
Tour operator & Travel Agency
Kami menyediakan PAKET TOUR UNTUK PADANG dan BUKITTINGGI, BANDA ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG, JOGJAKARTA, SURABAYA, BALI MUSLIM TOUR, dan LOMBOK.
Dan kami juga mempunyai PENGKHIDMATAN KENDERAAN SAHAJA dengan harga yang sangat berpatutan untuk PADANG dan BUKITTINGGI, ACEH, MEDAN, JAKARTA dan BANDUNG dengan driver yang mesra, educated, baik hati, sopan, suka menolong dan sudah lama berpengalaman dalam memberikan pengkhidmatan pada pelancong dari Malaysia.
Kami berusaha menjadikan lawatan Tuan/Puan sangat berbaloi dan bermakna dengan famili dan rakan-rakan di masa percutiannya.
Contact person :
1. Amsyahril
( Director )
Mobile : +62 852 6300 7445 ( WhatsApp )
2. Riko Adryansyah ( Tour & Transportation Manager )
Mobile : +62 813 6565 4104 ( WhatsApp )
FB :https://www.facebook.com/riko.kitaholidays
www.kitaholidays.cf
E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.
Terima kasih atas info. Untuk lebih mudah, boleh cuba tempah tiket bas awal di www.malaysiabus.com. Tiket KTM/ETS juga boleh ditempah secara online!
😱👍🏼
Catat Ulasan