Blogger Backgrounds

Khamis, 28 Oktober 2010

Apa ni....



Emm dalam 2, 3 hari ni aku rasa seakan kehilangan idea untuk menulis sesuatu di dalam blog ini. Sebaliknya aku leka dengan menghayati blog teman-teman lain. Teman sepejabat dan juga teman-teman blog lain yang aku tidak kenali tetapi aku mengikuti catatan mereka. Yang penting semua tak tahu siapa aku dan apa blogku. Aku lebih selesa begini kerana blog ku bukan berinfomasi sangat sebaliknya hanya apa yang aku gambarkan dan fikirkan. Curahan rasa yang perlu dilepaskan walaupun di saat manis atau di saat mendukakan. Aku juga tidak mahu menjadi blogger copy n paste sahaja. Biarlah blogku tak glamour seperti blog-blog mereka yang hebat. Membicarakan hal-hal semasa dari perspektifku dan juga melepaskan ketidakpuashatian tanpa menguris sesiapa.

Bestkan begini.

Selasa, 26 Oktober 2010

Miss U


Aku tak pasti pernah berlari meninggalkanmu
Melangkah menjauhi pun tak pasti pernah terlintas
Aku masih disini…. Aku masih ada…
Namun sebait pun kini tak sempat lagi kubuat

Setiap hari kurasa bisa berkata pada hati
Besok mungkin dapat kuluangkan waktu lagi
Tuk menulis tentang hati…Dalam sebentuk garapan
Nyatanya aku tak pernah sempat

Ragaku selalu saja terlebih dahulu tenat
Sehingga asa dan rasa tak pernah sempat
Dapatkan waktu yang tepat untuk garapan baru kubuat
Hingga sekali lagi di pagi ini dan seterusnya

Kerinduan padamu kembali menjadi
Curahan hatiku dalam sebentuk garapan
Semoga esok aku bisa segera kembali
Kembali untuk merindui itu

Isnin, 25 Oktober 2010

Ganu Kite..............



Cuti yang panjang dengan kemasukan gaji begitu membahayakan aku, dua kombinasi perkara yang memang aku tidak suka dalam perjalanan seorang insan yang bergelar pekerja sampai mati. Aapa boleh buat, duit dah ada so wajib mencucuk kad di atm. Kesimpulanya enjoy sakan di percutian tersebut. Dalam merangka-rangka mencucuk duit aku teringat akan percutian akhir tahun yang memang selalunya aku simpan masa untuk itu, berbaki cuti 16 hari untuk 2 bulan jadi selesalah sedikit percutian aku Kelak.

Seperti sedia maklum lokasi akhir tahun aku 2010 adalah Kuala Terengganu. Aku ingin takluk kuala Terengganu 2010. Aku dah takluk Perak tahun 2009. Semua perancangan telah hampir selesai dibuat termasuk memahami peta Kuala Terengganu.

Sekali tgk aku mcm nak merompak pun ada cz nak mahirkan segala jalan yang ada beserta lokasi yang menarik. Aku mahukan 3 hari 2 malam aku di cna begitu berkualiti. Memang hotel just untuk tidor sahaja yang lain penuh dengan jadual.

Satu kelainan kali ini aku pergi tanpa memandu kereta sebaliknya menaiki bas ke cna. Heheh backpacker ckit lah.. tengah baca peta lagi ni.....hope dapat stay n enjoy di Felda Residence tu nanti........

Rabu, 20 Oktober 2010

Rehearsal Melaka Maju












Ahad lepas layan kat stadium Hang Jebat rehearsal untuk 20.10.2010 melaka maju pada 20.10 malam...maju dah negeri yang aku duduk tak sampai 3 tahun ini.. Untuk rekod rumah aku dengan stadium hang jebat ni dekat je, kalu bola bila gol pun bleh dengar sorakan. satu lagi kalu kete drift kat cni pun dgr bunyi tayar dia kat umah aku...

Selasa, 19 Oktober 2010

iNAI dI JARI..sedih sedih



Engkau ketawa gembira di malam itu

Dikelilingi hai ramai sanak saudara

Sedangkan aku berduka kerna janjimu

Yang manis bermadu tetapi bagai hempedu


Inai Di Jari Inai disapu dijari tandanya mesra

Memberitahu hai dikau sudah dipunya

Merah bercahaya bibirnya penuh bermakna

Di jari manisnya tersarung cincin permata


Alangkah indah temasya di malam itu

Dua insan karam di lautan madu

Menanam dendam berahi satu persatu

Berkucup angan di bibir merayu-rayu


Apa kiranya semua dendamnya itu

Dalam gembira hai penuh duka sengsara

Seorang insan turut memendam rasa

Patah hatinya terkeorban dalam bercinta


Andainya itu sayang berupa erti

Setahun janji ditempah hilang sehari

Membuat aku sedar diri sendiri

betapa hina nya diriku ini

Jumaat, 15 Oktober 2010

let start in present KIK



yup isnin ni kena present proposal, huhuhu buat yang terbaik..sebab nak kalah malas nak menang...

Khamis, 14 Oktober 2010

Berbicara apa?



Dalam kesibukan dan kesenyapan kita telah tiba hampir di hujung tahun. Sedar akan kesekejapan 2010, sedar memang sedar tapi apakan daya itu masa yang berlalu kini. Kepantasan ini membawa sejenak kepada apa yang aku telah lalui sepanjang 2010 ini. Rasa nya 2010 tidak segila 2009, itu aku rasakan. Kebanyakan kesibukan itu semua berkaitan dengan kerja. Yelah mana tidak nya 8pagi-5 petang semuanya di pejabat selebihnya berapa jam sangat di rumah. Maka tidak hairanlah hidup kita untuk kerja. Berbicara pasal kerja? Adakah apa yang aku lalui selama ini telah memenuhi kehendak kerja dan hidup ini atau sekadar melaluinya sekadar habis. Itu persoalannya, aku cuba untuk membuat yang terbaik tetapi kadangkala banyak halangan untuk sukses lantaran itu aku membuat kerja sekadar habis lebih menyenangkan hati dan tidak memenatkan otak untuk berfikir secara ligat. Entahlah sampai bila harus begini. Haii kalau lah ada 100k……………..

Selasa, 12 Oktober 2010

Kemalangan Km 223 arah selatan


Saat menerima berita ini aku memandu dari Johor bahru ke Melaka. Mendapat berita yang boleh dianggap menggemparkan di saat kita di sorotkan denga berita perkahwinan di mana-mana bersempena nombor yang di katakan cantik iaitu 10-10-2010. Aku tidak menafikan nombor tersebut memang unik. Biarkan tarikh itu, tetapi tarikh ini jga berlaku kemalangan dasyat yang mengorbankan 12 nyawa? Bas terbang ke jalan bertentangan mengehempat dan dirempuh beberapa kenderaan lain. Dengar sahaja sudah cukup mengerunkan. Perkara sudah terjadi. Dari sumber yang aku ketahui dan mungkin bukan rasmi, bas tersebut cuba menggelak sebuah motosikal di haluan yang sama. Namun berita ini masih belum dapat di sahkan mana-mana pihak. Dari logika aku mungkin ada betulnya akibat penggelakkan itu.


Bercerita tentang gelagat bas ekspress dijalanan, mereka ini juga memang membawa laju kenderaan merka. Sebab aku kerap sangat menggunakan lebuhraya ini dari selatan ke Melaka. Memang mereka membawa lebih dari had sepatutnya kenderaan berat 80/90. Aku pernah berembat dengan bas ekspres sekitar 120kmj dan mungkin lebih. Mana evo 10 yang mengawasi jalanan lebuhraya ini? Simpan kereta buat lambang prestij sahaja kah? Atau keluar apabila ada pameran sebagi menunjukkan kehebatan mengawasi keselamatan jalanan. Hakikat? Siapa pernah guna higway akan tahu. Memang tak pernah jumpa langsung.

Apabila berlaku sesuatu kemalangan yang di anggap hebat di jalanan ini, maka secara automatiknya kita akan melihat segala pihak yang berkuasa –kuasa akan bingkas bangun mencari salah? Salah orang bukan salah sendiri. Tak kira lah siapa salah, kita ini lebih di ibaratkan suka jadi bangau yang nyanyi lagu bangau oh bangau. Memang best lagu ni coz sejak kecil kita di ajar nyanyi dan bila besar mempraktikannya. First sibuk cr pemandu tu ada berapa saman? Apa kejadahnya cr bp bnyak saman? Jadi kalu ade 14 juta saman oooo hukumnya pemandu ni mmg salah, dah tau ade 14juta saman nape masih dibiarkan dijalanan? Kalu takde saman oooo sibuk cr kesalahan tayar ataulebih tepat teknikal jika data puspakom ok (untuk rekod bas ekspres terbabit di periksa di PUSPAKOM mei lepas)…mari jadi bangau lagi…last-last duk sibuk canang sikap manusia itu sendiri yang cuai..

Jadi apa kesudahannnya? Apa yang dibuat untuk jawapan bangau terakhir itu? Senyap dan senyap.. buat macam2 OPS keluarkan saman setinggi bukit sehingga 14 juta saman lagi…berulang dan berulang. Perlu di ingat saman bukan boleh mendidik pengguna. Mekanisma macamana nak ubah sikap itu perlu difikirkan. Perlu di ingat kita manusia dan yang berkuasa juga manusia? Jadi berfikirlah secara manusia bukan secara bangau.

Macam biasa media akan memainkan cerita bermusim ini dari dan lagi. Sampai jumpa berita best lain kelak. Yang pasti aku ahu, kerja media memang begitu, mereka bukan bangau. Bagi yang membaca coretan aku ini terpulang, bukan mencerca tetapi sekadar mengingatkan bijak pandai apa yang perlu dibuat. Aku bukan pandai dalam hal ini tetapi sekadar mengulas dari perpektif yang memandang.

Khamis, 7 Oktober 2010

Berakhirnya derita program









Yup hari ini segalanya berakhir, kerja aku berakhir jam 12.25 tghari tadi. Buku program Berjaya di siapkan dengan pelbagai kerenah 1 jam 30 minit sebelum acara berlangsung. Ini mungkin rekod baru bagi JK buku promosi yang di terajui aku bagi program kali ini. Sebelum ini buku program pernah siap ketika bas menunggu untuk membawa kami ke tempat program. Terus terang aku katakan ini bukan salah aku, dek kerana kerenah inilah jadinya. Kerenah yang terpaksa di hadapi oleh sesiapa sahaja yang terlibat membuat buku program.

Takde idea dah aku nak taip, tengoklah pic untuk segalanya…………………………..slow plak upload