Dulu-dulu aku pun kurang mengerti apakah hadiah yang
diperlukan oleh pengantin baru. Pengantin baru ni umpama segalanya tiada bila
duduk bersama di rumah yang sama. Ini bagi golongan pengantin mungkin di bawah
30 tahun atau semakin muda, semakin tinggi kadar tidak ada apa-apanya bagi aku.
Maaf fakta ini tidak mengambil kira semua pasangan pengantin baru, tapi
selalunya tidak begini. Walau apa pun aku bukanlah nak mengira yang mereka ada
atau mungkin tiada. Di sini aku ingin berkongsi apakah antara hadiah-hadiah
yang murah, tak glamour tapi skala amat perlu adalah amat tinggi keperluan
untuk mereka kelak.
Dulu-dulu jugak aku lebih memikirkan dan mencari sesuatu
yang berbaloi dengan harga dan bajet aku tetapi aku kurang menitik beratkan
keperluan yang perlu ada di rumah pasangan pengantin baru tersebut apabila
hidup bersama. Ini mengambil kira:
·
Pasangan yang duduk rumah sendiri pas kawen
·
Sebelum ini pasangan pengantin masing-masing
duduk umah bujang
Apakah hadiah yang perlu? Kriterianya
Keperluan Dapur: segala jenis periuk termasuk periuk nasi,
periuk masak lauk, blander, dapur gas, set pinggan mangkuk, set tea time, set
pemotong, kettle, spoon set
Keperluan Bilik: Lampu, cadar, cermin, perhiasan dinding
Keperluan ruang tamu: frame gambar, jam, kusyen,box kunci
umah,kipas, lampu utama decoration
So inilah keperluan yang perlu bagi diaorang, ini list
simple yang penting murah tetapi berguna pada mereka, at least diaorang guna di
samping korang pun dapat pahala selagi mereka guna.
Janganlah terlalu berkira sehingga menghadiahkan keperluan
yang mereka tidak akan guna dan akhirnya terbuang begitu sahaja. Antara contoh
baju baby, kondom, jam loceng (sekarang guna hset je), set perhiasan yang
keperluannya hampir tak diguna langsung
Mengapa perlu mahal, glamour tetapi apalah gunanya. Ingat
diaorang nak mulakan hidup berkeluarga jadi seharusnya jika korang dah berkeluarga
faham akan keperluan mereka dan bagi yang bujang ikut je list aku tu, rata-rata
bawah RM50 je pun. Satu lagi kat IKEA or kedai setaraf dengannya banyak barang
yang berasaskan inovasi, murah tapi perlu; contoh wall shelf, penyidai baju
dinding etc…
Tapi bagi pasangan orang kaya…jangan ikutlah tips aku ni. Ni
keprluan bagi kegunaan orang sederhana macam kategori aku ni. Aku tak kaya tetapi
aku selesa dengan kehidupan aku. Erk? Apa kaitan dengan ayat akhir tu
hehehehhe.
0 Komen:
Catat Ulasan