Ada satu perkara yang aku amat terkilan di majlis
perkahwinan aku, berkenaan jemputan. Sebelum aku meluahkannya ia mungkin
membawa perpekstif buruk terhadapku, tetapi apa yang aku maksudkan sebenaranya
adalah amat berlainan, entahlah sama ada aku terlalu berharap ataupun aku
sendiri tak tahu kenapa aku berasa begitu. Tetapi percayalah aku bukan berniat
negatif cuma rasa sedikit terkilan, bukan berdendam.
Berkaitan jemputan, ada 2 kategori para jemputan yang buat
aku terkilan:
- Geng yang suka bertanya bila nak kawen
- Jemputan yang masa dia atau anak diaorang kawen aku berusaha datang meraikan
Bagi kategori pertama ni, terkilan aku bercampur geram,
kenapa? Bagi yang tahu spesis macam gini mesti korang amat meluat dengan
diaorang sibuk bertanya pasal bila nak kawen, kalu muka ala-ala baik sibuklah
wat tazkirah kepentingan berkahwin. Kalu korang kenal diaorang 8 tahun ada je
point diaorang nak kenakan korang terutama di khalayak ramai. Tapi akhirnya
bila jemput, antara skripnya xdapat datang kerana itu lah inilah padahal dah
jemput sebulan awal pun. Geng macam gini kalu korang jumpa pas ko kawen dia
memula akan:
- Say sorry (terutama di tempat xde orang) dengan pelbagai alasan yang menyedihkan
- Dah lama skit kawen dia akan menyalak balik tanya pasal baby pulak
Aku nasihatkan orang camgini korang sound tegak terus je,
sebab bila kena sound mesti dah tidak berani nak malukan korang lagi. Korang faham
tak apa aku rasa dengan golongan ini?
Bagi golongan kedua, bukan nak harap orang balas untuk
datang majlis aku, tapi secara realitinya kebanyakkan undangan yang aku hadiri,
aku sanggup korbankan masa dan kos untuk hadir jika di jemput awal walaupun ada
kes yang kadangkala aku terpaksa bekejar dengan hal peribadi yang amat penting
pada masa yang sama. Ada jemputan sejauh negeri Perlis aku hadiri.
Kadang-kadang juga jika kenalan itu datang dari pengantin perempuan dan aku ada
hal yang tidak dapat di elak langsung, aku akan berusaha untuk datang di majlis
pengantin lelaki tanpa mengira lokasi walaupun tak kenal.
Begitulah apa yang
aku hadapi untuk golongan ini.
Namun apa yang aku dapat adalah kekecewaan dari
harapan, entahlah mungkin korang baca statement aku ni memang seakan mengharap
dibalas, tetapi sebenarnya bukan itu. Sukar aku nak gambarkan dengan perkataan
yang jelas. Selepas insiden ini, aku seakan malas untuk berkorban bagi meraikan
majlis sebegini lagi pada masa akan datang, bila aku buat statement ni seakan
aku mementingkan diri sendiri atau lebih tepat “mentang-mentanglah majlis dia
dah lepas”. Tapi bukan begitu..uh sukar sukar.
Walau apa pun, golongan ini hanya sedkit dalam peratusan
jemputan aku, namun kesan terkilan aku amat tinggi. Masih ramai lagi yang hadir
untuk meraikan, malah ada yang aku betul-betul tidak sempat datang masa majlis
diaorang kawen dulu turut hadir. Kebiasaanya jemputan yang aku tidak hadiri
disebabkan oleh faktor kesuntukkan masa di jemput terlalu rapat dan di dalam
planner telah masuk event lain, namun kes sedemikian tidak banyak.
0 Komen:
Catat Ulasan