Semalam balik keje, aku rasa cam nak makan nasi goreng, emm nak beli rasa tak berbaloi kerana aku mampu untuk buat sendiri. Balik kerja tiba rumah pun dah pukul 6.30, buka pakaian apa yang patut terus kejar ke dapur untuk memasak nasi, coz pantang nasi gureng yang aku tahu gureng dalam keadaan nasi baru masak nanti dia jadi lembik dan berketul. Jadi aku amik keputusan masak nasi dahulu. Sambil-sambil tu buat dia punya perencah yang nak masuk nanti. Buka aisbox semua lengkap untuk nasi guren, so apa lagi bekerja keras menyediakan bahan-bahan yang akan di campak ke dalam kuali tersebut. Dekat sejam juga dan terlupa akan kepanatan aku balik kerja tadi. Siap semua nasik pun masak dan biarkan dia sejuk aku terus pergi mandi, hahahaha tak mandi lagi tau masa sediakan ramuan tadi. Selesai jam dah 730 so operasi mengaul nasik di dalam kuali. Aku juga panggil nasi guren ni sebagai nasi gaul hehehe sebab semua di gaul dalam kualikan.
Seketika kemudian aku teringat zaman sekolah rendahku, mak selalu bawak nasik guren ketika waktu rehat ke sekolah, so selalunya memang itu yang dipesan oleh aku. Kalu di ingat besar pengorbanan mak aku ke sekolah setiap jam 10 pagi untuk membawakan aku bekalan tersebut. Aku pun tak tahu nape aku sedemikian, bukan tak boleh beli makanan kat kantin je kan. Entahlah tapi aku sedar pengorbanan itu, aku melaluinya melihat susah payah mak dan ayah dalam membesarkan aku suatu lama dahulu. Aku harus hargainya. Tapi adakah aku telah menghargainya setimpal dengan segala pengorbannya sebelum ini? Aku sedih mengenangkan itu seketika.
0 Komen:
Catat Ulasan