Apa sudah jadi dibawah pimpinan baru Ketua
Pengarah nya? Hangat sungguh perdebatan di ruang media social. Isu hangat
sebenarnya telah bermula ketika akta cermin gelap lagi tidak lama dahulu, dah
kaji ok kira settle lah kot. Tub tub tub.. isu ini telah hangat kembali akibat operasi
pemeriksaan no plet kenderaan bermula 1 November 2014. Bagi aku peraturan ini
memang dah lama ada, dah kuatkuasakan pun. Tapi mengapa sejak 1 November 2014
ini ianya begitu hangat?
Mudah sahaja apabila KP JPJ mengeluarkan
kenyataan yang di anggap kurang cerdik di media. Ayat “ no plet tidak mengikut
spefikasi mengundang kemalangan” serta “kepastian kematian pada tahun 2020”...
yea inilah dia kata keramat yang membuatkan seluruh rakyat Malaysia yang didakwa
oleh JPJ sebagai rakyat yang mempunyai mentality kelas ketiga sejauh
mana ketidakpandaian mereka dalam hal undang-undang dan akta. Bagaimana KP JPJ
dikatakan seolah memperbodohkan rakyat? Benar atau tidak terpulang kepada anda
menilai kehangatan yang melanda di saat blog ini diterbitkan. Bagi aku
kesilapan KP JPJ adalah pada penggunaan kata-kata pasar dalam menyampaikan
fakta yang dilihat beliau begitu fasih dgn angka-angka yang spontan di sebut
semasa interview oleh wartawan di tepi highway. Bagi rakyat Malaysia (di dakwa
JPJ mentalliti kelas ke3 ini), bahasa pasar mungkin di anggap kurang sopan,
lebih lebih lagi dalam situasi rasmi siaran untuk media ketika itu.
Petikan
dari www.themalaysianinsider.com
"Kepada Ismail, kerana pulut santan
binasa, kerana mulut JPJ terseksa."
Awang berkata, orang ramai marah dengan
kenyataan Ismail yang dilihat tidak menjaga sensitiviti, selain menjadi bahan
jenaka.
"Empat kali perkataan mati
digunakan oleh beliau. Ramai tergamam Ismail menggunakan bahasa pasar yang
kasar sebagaimana yang digunakan oleh warga asing terutama Nepal dan
Bangladesh.
"Awang
tidak faham mengapa seorang ketua jabatan yang penting dalam perkhidmatan awam
tidak boleh bertutur dengan kemas dan tepat untuk makluman awam melalui siaran
media khususnya televisyen," katanya.
Bagi aku, JPJ seharusnya bijak bermain dengan
keprofesionalan dalam hal menguatkuasakan undang-undang ini. Telah lama JPJ
menguatkuasakan undang-undang ini, mengapa tiada suara rakyat yang bangun
mempersoalkannya? Undang-undang ini
berkaitan no plet ini bukan baru. Tetapi akibat statement itu, maka rakyat
bangun membidas akibat ketelunjukkan JPJ berkenaan kebodohan rakyat.
JPJ seharusnya mula mengkaji segala
peraturanya berkaiatan undang-undang/akta jalanraya serta pendekatan bagi
generasi kini. Jangan terlalu selesa dengan harimau yang jinak walaupun telah
berpuluh-puluh tahun dibela dan makan ditangan, apabila harimau telah mula
dewasa cara dan pendekatan belaian dan pemberian makan juga seharusnya berbeza.
Jangan pukul rata, maka jawapan itu terserlah pada hari ini. Jangan disalahkan
pula apabila harimau itu mula mencederakannya, siapa silap siapa tidak
berwaspada?
Dalam dunia baru dan alaf generasi baru ini,
JPJ seharusnya memperkasakan dasar dan polisi dalamanya seupaya ia benar-benar
mantap sesuai dengan kehendak generasi kini tetapi dalam masa yang sama tetap
berpegang kepada apa yang logic dan munasabah. Jika dahulu orang memakai cawat
jangan pula kini apabila orang memakai seluar adalah suatu kesalahan. Ingat
perkasa seorang zaman dan logic harus diutamakan.
Aku merasakan KP JPJ sekarang adalah orang
tua yang tidak relevan dengan zaman, jika ia gagal mendekati generasi kini
dengan logic kini, maka dia memang sah tidak sesuai berada di suatu jabatan
yang terlibat dengan penguatkuasaan undang-undang. Ramai lagi tokoh yang
berdarah gen-y boleh memimpin generasi kini. Jika dahulu kita cuba lari dari
kepompong penjajah, maka kini seharusnya gen-x tidak diperlukan lagi bagi
memimpin gen-y kini. Namun aku tidak mengatakan bahawa semua pentadbir gen-x
itu tidak sesuai, ada yang mempunyai ilmu yang sesuaia dengan zaman gen-y ini.
Maka carilah yang bersesuaian.
Memperkasa dan menjenamakan buka dari luaran,
banyak usaha yang perlu dibuat bagi rombakan secara menyeluruh terutama
diperingkat dalaman termasuk unsure-unsur sahsiah anggota membawa kelunturan
jpj sekian lama akibat perkataan terlalu “selesa”.
0 Komen:
Catat Ulasan