Blogger Backgrounds

Rabu, 27 Januari 2010

Minggu Yang Begitu Murung


Berita kematian seakan mewarnai minggu ini, bermula dengan kemangkatan Sultan Johor, selepas itu kematian bapa kepada ketua pustakawan ku, selanjutnya pula kematian abang kepada salah seorang pustakawan senior di tempatku, dan tadi kematian bapa saudara penolong pegawai ku pula. Apa sudah jadi minggu ini??


Nak kata sedih takde lah sangat kerana rata-rata berita ini bukanlah insan yang aku kenali tetapi sedikit sebanyak aku menghargai dan meresapi kesedihan yang mereka hadapi. Itu memang ketentuan tiada lewat atau tercepat akan ketentuan itu.


Sedang kemurungan ini, aku sibuk mencari tempat penginapan di Kota Bahru Kelantan sempena perkahwinan satu-satunya sepupu yang aku ada iaitu anak abang bapa ku. Majlis yang mesti kena hadiri, aku dah plan untuk ke sana bermula 11 feb sehingga 14 feb ini, Cuma penginapan sahaja belum di temui. Renaissance? Crystal Lodge? Perdana Hotel? Royal Club House? Emmmm mana kosong jalan je……

0 Komen: