Blogger Backgrounds

Ahad, 22 Julai 2012

Hari Pertama Berpuasa......


Macam ramadhan-ramadhan sebelum ni, aku berpuasa seperti biasa. Cuaca redup dan mendung dengan suhu ala-ala  ke’cameron’nan membuatkan puasa lebih tenang. Tambahan pula jatuh pada cuti hujung minggu membuatkan banyak masa di habiskan menjadi biawak. Ya biawak, macamana? duduk tanpa bergerak seharian. Tapi aku rasa aku tak berapa nak biawak sangat lah hari pertama ni, sebab lumrah aku tak suka tidur di siang hari. Sebab tidur di siang hari menyebabkan aku bertambah letih serta tekak aku menjadi kering. Kekadang aku menjadi lemah seharian. Uh aku tak sanggup terseksa keletihan. Biarlah aku tempuhi dengan keadaan aku ‘real life’.

Menjelang petang, perkara biasa ke bazaar ramadhan, entahlah sejak dah jadi tua ni aku malas nk ke bazaar ramadhan dan juga pasar malam, padaku tempat macam tu bukan menjimatkan tetapi lebih kepada memboroskan aku. Bercerita bazaar ramadhan hari pertama sebab layan mak aku nak ke situ, jadi ikutkan sahaja. HABIS! Begitulah perkataan jelas yang aku boleh ungkapkan apabila tiba di bazaar ramadhan terdekat ketika jam 6 petang. Semua jualan kuih telah habis yang tinggal dua, tiga juadah lauk yang aku kira dalam 2 minit lagi akan habis juga. Air? Dah sampai dasar sebab aku tengok dah tinggal ais je.

Hahaha itulah rakyat mesia betapa rakusnya menghadapi hari pertama berpuasa. Tak salahkan mereka mungkin sebab terkejut akibat berpuasa ataupun dah lama tunggu time camgini nak membeli. Aku pulang hampa. Jika di fikir hari-hari biasa makan nasi dengan lauk juga takde pun hidangan kuih muih, kenapa boleh? Aku bimbang jika istilah berjimat rakyat mesia suatu hari nanti akan bertukar menjadi terma kedekut dikalangan mereka. Dulu beli rm2 berjimat tetapi sekarang beli rm2 dikatakan kedekut, maka menggelak perkara demikian kena beli rm5. Maka ramadhan perlu dilihat semula erti dan tuntutan yang dikehendaki. Bukan mudah………

0 Komen: