Blogger Backgrounds

Isnin, 30 November 2009

Selamat Ulangtahun Sayang



Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap,
pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita ‘kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Angka 28 berbulan 11 aku ingat, tertulis dalam planner tahunanku. Hari ini genaplah umurnya 28 tahun. Siapa dia? Dia seseorang yang pernah hadir dalam hidup aku dan membahagiakan aku suatu ketika dahulu. Ini tahun kedua ulangtahun nya tanpa diriku. Tidak mengapa asalkan aku sentiasa mengingatinya. Harap hadiah yang dikirimkan dapat di hargai walaupun ia amat simple bagiku.

Aku takut untuk menghantar sesuatu yang exclusive akan di sedari oleh rakan barunya. Aku bukan lah sejahat itu untuk menghancurkan hubungan orang lain. Tetapi percayalah ini sebagai tanda aku mengingati ulangtahun seorang bekas rakan istimewa. Nampak memang tidak kena, bunyi nya juga amat kurang sopan, tapi aku tak mampu kerana aku manusia biasa yang diprogramkan di otak untuk mengingati sesuatu.

Itu kurniaan tuhan, aku hanya menerima. Aku berharap akan 28 akan memberi perjalanan hidup yang membahagiakan untuknya. Aku juga bimbang dengan sikapnya yang kadangkala cepat berputus asa dan selalu menyalahkan diri dalam sesuatu ketandusan hal. Lantaran itu aku berharap dia boleh berfikir dan tegas kepada pendirian diri walaupun pada anggapan orang ianya salah. Dalam dunia ini kita perlu berpegang pada prinsip kita sendiri, kesimpulan mudah supaya pendapat kita di dengar dan tidak di pijak kepala oleh orang lain.

Salah atau betul sesuatu keputusan merupakan suatu yang kita perlu sebagai pengalaman. Ini penting dengan keputusan akan datang dapat di nilai dari semua segi dan aspek pengalaman itu. Pendek kata kita belajar dari pegalaman. Dia juga perlu seseorang yang bersifat kekadang serius dan juga kekadang melawakkan tapi rasional.

Entahlah harap dia matang dengan penilaian pada umur 28 ini. I miss u.

0 Komen: