Blogger Backgrounds

Selasa, 1 Disember 2009

Meriah Gath Southern Region Compact




























Ahad aku kembali awal ke Melaka seawal jam 10.30 pagi. Perlu menghadiri majlis perkahwinan staf di organisasiku. Dalam keadan kepenatan memandu lama aku terarah menjelang petang ke Bandar Maharani bagi satu gathering compact.

Pergi kira-kira jam 4 petang dan sampai kira 4.40 petang.Gath ni memang jarang diadakan, atas dasar tidak mahu menghampakan rakan-rakan aku gagahi juga. Setiba di tapak lokasi Giant Muar, Wau dah banyak jentera kompak di tapak parking.

Tak kurang dari 120 jentera compact di tempat kejadian. 3 lot kedai di penuhi deretan jentera kami. Bermacam-macam modifikasi di lihat dari L2 telur hingga ke L512, begitu juga dengan team Viva dan Myvi serta Kelisa. Ada yang aku kenal ada yang aku tak kenal. Ada yang dah lama tak jumpa bersua kembali di sini.


Redah je lah parking keta di antara barisan kereta yang banyak itu. Rasanya jentera aku di antara jentera lengkap di tempat kejadian. L512 berbontot ori beb, kembang hidung aku hehhehe

Aku terjumpa Adeng antara pencebur awal dalam dunia K-car, 5 tahun lepas aku jumpa dia di satu tapak autoshow jentera aku memang standet gaban lagi tapi dia dah mampu pakai bodykit termahal ketika itu, aku kagum sehingga hari ini aku berjumpa dia kembali dan jentera aku juga telah sehebatnya. Agak malang dia kini telah meninggalkan lama kancah autoshow.


Takpelah janji aku meneruskan minat selagi termampu, walaupun otak dah mula berfikir jentera besar pula.Enjoy pic above some from me some from frend..



0 Komen: