Blogger Backgrounds

Selasa, 17 November 2009

Bengang

Semalam aku baru pulang dari Desaru, biasa lah long distance memang meletihkan, nak tido pukul 10.30 sekali aku tergolek2 hingga jam 1 pagi baru tido. Adus seksa sangat cz badan memang letih tetapi mata tak mahu terlelap. Layan sms dengan si dia sedikit sebanyak dapat melupakan rasa keletihan. Aku hargai sangat.


Pagi pergi kerja, giliran aku duk jaga MPP dari 8.00 pagi hingga 1petang. Pehh meja ni memang terkenal sebagai meja yang mendera otak, aku anggap otak aku mati bila duduk di sini. Tak boleh buat apa, aku gagahi untuk buat 2 kerja.

Tiba masa nak pergi breakfast, pergi kafe 1 pehhh tiada apa baru aku sedar bahawa cuti sem telah bermula. Student tiada bermakna kafe juga hidup segan mati tak mahu. Sebelum aku mati baik aku keluar breakfast di luar kampus.

Balik taklimat untuk ketua-ketua kumpulan untuk unit aku,bagi memberikan tugasan untuk cuti sem ini. Tenang seketika, tiba-tiba bos kacau! Untuk info hari ini ada pemasangan kaunter bagi perpustakaan. Boleh dia tak setuju plak dengan kaunter tu, pehhh bengang aku sedangakn sebelum ni (emmm dah 3 bulan kot) pegawai kanan aku telah beri kat dia tengok spec dengan material dan dia setuju. Tapi bila masa pemasangan benda real depan mata, dia kata nak ubah plak. Hangin aku, nak tentang dia bos, pegawai kanan aku muka dah ‘sememei’ bengang, kecewa entah macam-macam lagi. Aku pun, dia suka sangat wat gila last minute. Bengang betul aku, terus tak de mood. Hampeh (&*&^$^#$@#@(7^%$#!@#$+__(**?<$#@!(:)

0 Komen: