30 Ogos – 1 Sept yang lepas seperti di rancang aku telah
menjejak kan kaki ke Pulau Tioman. Tahun lepas lagi selepas Pulau Pangkor
memang dah plan nak pi Pulau Tioman ni.
Persiapan
Point-point feri berhenti di Jeti tioman
Persiapan awal macam biasa aku wat study di internet, yelah
sebelum ni aku dah update apa yang aku wat sebelum percutian ini bermula. Baca
blog pengalaman orang lain, tempahan penginapan dan juga tintatif perjalanan.
Mode percutian aku macam biasalah 3 hari 2 malam.
Hari 1
RM35 sehala
Perjalanan ke Mersing agak lancar, semua persiapan dah buat
kecuali tiket feri, aku dapat tahu bahawa feri di sini berlainan dari feri
Langkawi dan Pangkor yang mengikut masa perjalanan yang ditetapkan. Di sini
masa perjalanan feri dikatakan dipegaruhi dengan air pasang surut. So tak fix.
Ditambah pula dengan website feri yang lemah dengan informasi. Kira-kira
perkara ini menghantui aku sepanjang perjalanan. Kalau feri penuh, masak aku,
sebab tempahan penginapan dah di buat di Pulau. Tiba di jeti terus ke kaunter
dan terus beli tiket, yang ada jam 9 pagi dan 4 petang, tapi jam 4 petang dah
penuh, so 9 pagi kira relevan terus amik pergi balik, tapi untuk balik 1 sept
hanya tinggal feri jam 6.30 pagi….haaa? peh apa cerita percutian 3 hari 2 malam
sudah jadi 2 hari 2 malam…hehehehehe jadi terpaksa dari tak balik kan. Aku
nasihatkan sesiapa yang nak pergi kena alert juga masa feri ni , di samping
beli tiket pergi balik di jeti mersing tu. Kalu ada kengkawan kat Mersing
mintaklah diaorang belikan dulu senang selamat masa dari terperangkap di Pulau
tu. Yelah kalu ko check out jam 12tgh tp tiket jam 6.30 petang, korang nak
bersidai katne selama masa menunggu tu???

Section A or B? gate berlepas
Tempat menunggu sebelum berlepas di gate
ni ler kaunter feri nyer
Perjalan feri di rasakan paling lama aku lalui, 2 jam…yea 2
jam,,,,peh memula semangat pastu ilang semangat…pastu semangat balik bila lihat
pulau tu depan mata. Aku menginap di Salang Sayang Resort. Ok untuk feri dia
akan bahagi section A pulau (3 jeti last)
dan section B pulau (3 jeti last), so ader 2 feri lah. Masa beli korang
hanya cakap nk pi tioman, pastu amik boarding pas kat sebelah kaunter untuk
bahagikan sama ada feri A atau B. tapi kalu xramai orang A dan B akan gabung
dalam 1 feri je.
Oleh kerana salang perhentian last, maka berbuih2 tunggu nak
tiba Jeti salang tu.
Setiba di jeti, amat teruja sebab bila tgok air cam tgk
cermin, telus ke dasar, perghhh jernih giler….tioman u the best hehehehe.
Kat
salang ni ade dalam 4 resort je. Aku pilih salang Sayang coz penginapan aku
pilih atas bukit ngadap laut so view tinggi and best, kalu salang Indah resort
ada yang penginapan atas air tapi xlah kawasan tinggi.
family room Salang Indah Resort
Semua penginapan kat cni
mengadap laut ade gak yg lapisan ke belakang, so kalu nak datang make sure nak
permandangan camne…better depan pantai kan? Heheheh aku nak view bukit lai
best…baru rm130 semalam weekend. Ada yang depan pantai tp depan penginapan
ruang jalan kaki, so mungkin bising orang lalu lalang kan.
Kaunter Salang Sayang Resort
pemandangan dari depan bilik
Pas check in layan pemandangan. Petang ckit aku jalan2 dari
point A salang tu ke point B menyelusuri chalet2 yang ada sambil layan
photoshoot hehehehe
Pondok Polis
ni rasa nyer dalam rm80 semalam
Pastu survey Island tour…cari punyer cari kat cni ade 2
pakej je…..beza kuantiti lokasi je….A rm75 g 5 lokasi…B rm100 g 7 lokasi. Tapi
dalam A dan B semua ade 3 @4 pakej snorkeling. Aku amik pakej rm75 je..walaupun
aku xtau berenang jadi terpaksa nak tgk gak. Tapi ni tempah utk hari esok ler
(ke2).
Pas tempah terus dia bagi set snorkeling termasuk jaket
terapung tu. Bleh ah test dlu kat tepi pantai petang tu, so ni ler masa nak
belajar sendiri snorkeling dgn membiasakan diri dgn jaket terapung tu.
Pas penat tenggelam timbul petang tu, terus balik bilik dan
bersedia utk makan malam, hehehehe bawak meggi cup je, kunun nak jimat
perbelanjaan yang akhirnya keluar gak pi minum2 kat Salang Indah restaurant.
Rege? Emmm mahal ler ckit dalam 20% dari tanah besar. Tapi still ok kan.Untuk
info kat cni ada dalam 5 gerai makan termasuk yang di punyai resort di cni,
semua ala kampong je. Pasar mini ada 2.
Pas makan layan jalan2 di jeti photoshoot lagi sambil layan
angin malam.
Jeti Salang di Malam hari
Tamat hari pertama. Alamak terjaga jam 12 malam, bunga api
berdentuman sambut MERDEKA…erk merdeka xperasan plak hehehehe…moh tido…
Hari 2
Uh awal bangun dengan semangat dalam jam 6.15 pagi, terdengar
feri datang dalam jam 6.45 pagi terus keluar bilik tengok feri tu, yelah esok
nak balik masa2 cmgini jgk lah kan. Cuaca terang awal ckit kt tioman coz dapat
matahari awal, cam jepun plak.
Feri sampai....
Pergi sarapan di Salang Indah restaurant lagi, order air je,
nasi lemak rm1.50 beli kat makcik yang jual ni (satu-satu nya penjaja tepian kat
cni)
depan mini market ni ade jual nasik lemak dgn kuih2
Pas sarapan masa untuk snorkeling trip pilihan A yg ditempeh
semalam. 1 bot dalam 12 orang. Memula tiba di jeti Taman Laut, air jernih
sehingga Nampak ikan besar2, aku xsnorkeling pun hehehehe.
Pas sejam di cni
terus ke diestinasi no 2 iaitu Pulau Rengis, kata nyer bleh nmpk jerung dan
penyu kalu nasib baik, kat cni cuba snorkeling tp xbleh nk apung badan hehehehe
jd tgok je dr atas bot. air jernih Nampak semua cuma xdpt pusing pulau tu je
lah, pulau kecik je pun.
Tekek
Next to Pekan tekek , sejam masa di berikan untuk
jalan-jalan di nadi utama pulau ni, kira cam pekan dia ler walaupun xbesar, kat
cni ada bank, kedai bebas cukai (1 je pun), gerai makan byk, airport..so aku
jalan2 ler selagi masa yang ade dan makan jgk.
Bank Simpana Nasional je yg ada
Cuba gak cari org jual ikan
fresh tp xde, sebelum ni ade terbaca BLOG org yg kata dia beli ikan balik rsort
suruh resort masak, so upah masak je ikan segar tu, mungkin bukan rezeki aku
kot tu yg xjumpa. Pas sejam…erk sebenarnya 2 jam kat ctu….
Gi plak Monkey bay, xnmpk pun monyet nyer, sekali lg bleh
snorkeling, katanyer ade Nemo kt cni, hahahhaa episode aku du katas bot je ler…….
Selesai balik semula ke jeti salang dgn gembira dan membalas
dendam dengan bersnorkeling di pantai sahaja sehingga lewat petang.
Makan malam di Salang Indah Restaurant lagi tanpa ikan segar
yg diharapkan….
Malam last sedih gak nak tinggalkan kedamaian Tioman ni
sebab esok pagi2 dah kena out..errrr apa punyer feri daaa….
Hari 3
Erk hari ke 3 ke ni? Seawall jam 5.45pg dah bangun, sejuk
weii…redah jgk…feri 6.30 pagi…ramai dah
nunggu kat ctu, tapi feri tiba jam 7.15 pagi…cittt apa daaa…
Tiba jeti selepas 2 jam dgn perut keroncong coz xsarapan,
tiba jeti terus cari souvenier dlu di sebelah jeti ade kedai2 tu…semua duk
tulis TIOMAN…hehehe kat cni murah dari souvenier di Pulau nun…
Perut lapo xbfast terus makan tghari di Bandar mersing
dengan harga yang amat berpatutan untuk ikan segar…nyum nyum..
Bertolak balik….hati puas dengan sedikit terkilan, hawat feri ko awal sangat….hehehhehehe….