Blogger Backgrounds

Rabu, 7 Julai 2010

Pemburuan Evolusi Ke Empat



Hari ini selepas menghadiri majlis perkahwinan anak jiran lama keluarga aku semasa menetap di Johor Bahru lama dahulu. Aku mengajak bapa ku berpusing-pusing di sekitar kawasan berdekatan bagi mencari-cari evolusi empat yang aku hajati sejak akhir-akhir ini. Spesis yang agak rare dan boleh dianggap super machines di kalangan machines-machines yang ada di jalanan, maka banyaklah kedai yang dikunjungi tetapi memang semua nya kehampaan berlaku.
Terpandang juga sang Type-R, apakan daya minat telah beralih arah. Sehinggalah aku terhenti di sebuah kedai yang aku terpandang adik-adik evolusi empat iaitu si evolusi tujuh. Emm memandangkan ia memang diluar bajetku, aku taklah terpandang dan memandang sangat adik-adiknya itu. Masuk ke dalam sikit, yea?
Terpandang seekor evolusi empat yang dihajati. Alamak malang, Tanya punya Tanya, sekali itu kete tokey kedai lah. Ciss mesti xnak jual. Memang betul beliau tak nak jual pun. Hampa sambil memesan kepada pekerjanya jika tersepak atau terpijak dikedai lain silalah berhubung dengan ku.
Dalam hirarki jentera di jalanan, yang aku boleh simpulkan spesis jentera boleh ditafsirkan kepada executive car, super car, MPV, SUV, compact, or production car? Terpulang menilai. Adakah jentera anda supercar? Atau production car? Atau sekadar masuk pintu, start engine, jalan pastu langgar biawak hehehhehehehe

Khamis, 1 Julai 2010

Kursus oh Kursus



Sebagai unit yang di amanhkan menyelaras latihan staf jabatan, aku bertanggungjawab memastikan staf mendapat latihan/kursus/bengkel dan sebagainya. Ada sasaran yang ditetapkan oleh university di samping sasaran SPA. 30 Jun seakan tarikh keramat apabila lebih 5 kursus di anjurkan di sekitar universiti. Unit aku juga menganjurkan kursus khusus untuk bidang gred aku. Jadi hampir 80% staf dalaman terlibat dengan kursus dalaman ini. Jadi bagaimana kursus luar yg juga menjemput jabatan aku? Terpaksa ada yang tak boleh dilepaskan pergi, ada yang curi-curi masa sekejap ke sana sekejap ke sini. Aku pula dihujani soalan oleh mereka untuk pergi kurusus yang mana satu. Aku tetatp dengan pendirian kursus khusus lebih penting dari kursus berbentuk umum. Akhirnya kursus aku selesai setelah berusaha yang agak panjang bagi mendapatkan penceramah. Terima kasih semua. Jumpa di kursus yang terdekat akan datang.

Selasa, 29 Jun 2010

Me reka Letak



Kini tiba masa mencari pereka dalaman bagi rumahku yang dijangka siap pada bulan 3 2010. Bajet aku tak fikir dulu. Sekarang masa untuk menentukan konsep berdasarkan perbincangan dengan pereka dalaman terlebih dahulu. Jelas aku mahukan konsep moden dan berwarna ceria tetapi dalam tona yang lembut. Hijau menjadi pilihan bagi set dapurku. Itu hanya inspirasi awal dibincangkan bersama pereka. Bilik tidur utama pula antara merah hati + hitam ataupun pink +merah hati. Ruang tamu mengambil tona putih tetapi tidak pasti dengan kombinasi warna itu. Sekarang aku menunggu idea ku diolahkan secara visual pula oleh pereka.


Antara yang paling susah diterjemah adalah bahagian dapur coz mengambil kira segala ruang termasuk satu set bar. Tak sangka bar tu mahal juga, takpelah sekali buat terus semua, kalu dah pindah takut tak buat dah, jadi selam segalanya sekali. Anggaran kasar bagi kos 3 bahagian ini dalam lingkungan 25k.


Mahal? Murah? Tengok dulu design visual macamana. Uh belum masuk lagi untuk lanskap taman. Hajat dihati nak gazebo dan dibawanya ada kolam ikan..hehhehe itu kalu dicongak pun dalam 10k atau lebih. Adeh………..40k complete, cuci kaki, cuci tangan, duk diam2..who want to marry me hehehhehehehe

Isnin, 28 Jun 2010

Melihat Bulan, Berfikir Seribu Anganan



kebetulan semalam on the way balik dari kedai interior design pas pergi makan, layan tengok bulan di satu sudut dunia ini. Memerhati bulan membuatkan aku melepaskan segala yang ada di pemikiran, lapang rasanya. Membuat aku tersenyum, keliru dan bermacam-macam perasaan lagi. Bahagia juga sesekali memerhati bulan. Cubalah walau seketika. Ia sentiasa memandang kita setiap malam, apa salahnya sesekali kita memandangnya pula.

Rabu, 23 Jun 2010

satu, 2, tiga, empat


Aris Ariwatan 1234

Satu...
kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua...
sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu
Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat...
mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih


Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang...
itu bidalan
Harus kau renungkan
menghayati puitis lirik lagu ini dengan penuh perasaan membawa kepada aku berfikir indahnya kata indahnya makna. Cuba dengar untuk merasainya, nescaya kita akan sedar akan sesuatu yang kita paling hargai di dunia ini sama ada sedar atau tidak.