1-5 Mei 2009, aku menghadiri kursus induksi khusus, kandungan kursus lebih kepada organisasi aku sendiri..banyka juga aku xtau sebelum ini mengenai fungsi2 jabatan2 lain, yelah aku x expect aku ni pandai sgt..bab claim aku rasa aku terror coz pengalaman di organisasi lama telah mengajar aku ilmu itu, so bila berada di sini aku rasakan ia satu kelebihan untuk aku, agak malang di sini aku berjawatan profesional gred A .. malanglah coz bagi sektor kerajaan golongan ini tidak boleh calaim OT hanya di gantikan dengan of, walaubagaimanapun claim untuk elaun lain masih aku layak. Back to induksi, mengapa perlu? simple 'pengesahan jawatan' jadi ianya wajib. Perjalanan untuk itu telah 2 tangga aku lalui -orientasi-induksi khusus, ini bermakna induksi khusus-peperiksaan perkhidmatan sahaja masih belum di lalui. Aku harap tahun 2009 ni mampu untuk aku laksanakan.
Dahulu semasa memulakan perkhidmatan di sini aku seakan tidak percaya aku mampu mencapai jawatan ini. Aku mungkin antara golongan yang bernasib baik selepas selesai final exam, sebulan setengah selepas itu, tanggal 21 Julai 2003 aku mendapat pekerjaan pertama bukan setaraf sekarang tapi ia dlm bidangku. sebelum melangkah ke UiTM dlu , aku juga bekerja, mengambil peluang untuk bekerja, SPM, STPM, entahlah wpun aku dilahirkan dalam keluraga yang selesa, bagiku aku perlukan pengalaman, semasa itu aku rasakan duit tidak bernilai bagiku, aku lebih selesa dapat bercampur dengan rakan2. Aku dapat pengalaman bagaimana susah payah nya bekerja. Gaji dianatara 300-400 bukanlah jumlah yang boleh dibanggakan, tapi bagaimana mereka boleh hidup? itulah mungkin dinmakan rezeki tuhan. setinggi mana atau sekurang mana pun gaji kita..kita mampu hidup.
Kini aku telah keluar dari semua itu, kini di dunia yang baru, dunia pekerjaan baru, aku teruskan dunia ini, namun selagi peluang muncul, aku pasti berhijrah......
0 Komen:
Catat Ulasan