Blogger Backgrounds

Khamis, 7 Mei 2009

Bila?

Persoalan bila..emm pelik bila tidak merungkai semuanya, malahan perkataan 'bila' gagal menerangkan sesuatu. Sebaliknya perkataan ini dapat memberi makna bila ada sokongan perkataan lain..
3 hari yang aku rasakan amat sibuk, bermula 30 april, aku bz di JPJ untuk urusan permohonan bumbung matahariku. Baru permohonan aku dah kalut gila, belum lagi di Puspakom dan ke JPJ semula. Aku bercadang ingin bercuti pada hari yang akan tiba itu nanti. Aku mungkin mengambil peluang untuk ke Bank Muamalat, RHB dan CIMB bagi melihat dan berbincang mengenai offer letter yang mereka telah keluarkan untuk pinjaman perumahan baruku.

Yea aku ke arah memiliki rumah sendiri dalam usia 29tahun, aku berbangga dengan pencapaian ini. Eh jgn lah berangan dulu ia nya baru offer letter.Tapi aku mampu untuk senang hati berdasarkan rekod komitmen aku yang bersih rata-rata bank sangat suka dengan kebersihan rekod aku.Aku memang sangat menjaga kewanganku dan menjaga rekod itu dengan baik. Organisasi lama aku banyak mengajar erti “nampak kaya tapi merana” aku tak mahu kehidupan itu aku mahu kehidupan yang aku selesa biarlah aku tak kaya tapi tak juga aku mahukan kemiskinan. Siapa sangka dari awal pemaju seakan tidak mahu meletakkan permohonan aku di sebuah bank yang dikatakanya begitu payah memberi pinjaman kepada pemohon. Aku berjaya membuktikan kepada mereka bahawa bank tersebut akhirnya antara bank awal yang memberi offer letter kepadaku. Itulah sedikit pengalaman yang aku berjaya miliki untuk semua ini.

1 Mei hari cuti yang jatuh pada hari Jumaat, selalunya Jumaat dikaitkan dengan segala halangan melanda untuk perjalanan jauh, maklumlah ada sembahyang Jumaat. Tapi tidak ku sangka dengan komitment yang kuat antara rakan pejabatku. Kita berjaya mengadakan “Fun Drive To Port Dickson” di selami dengan sesi membakar haiwan di siang hari. Memenatkan tapi tampak hilang dek keriangan yang melanda setiap orang. Sesak juga PD masa cuti-cuti begini.sekali sekala hendak juga rasa kesesakan. Itu lumrah kita kan orang Malaysia. Yang uniknya kami sempat mengadakan sesi bermesyuarat di lautan, unik memang unik. Aku lihat ramai anak-anak muda yang asyik dengan aktiviti berkumpulan di jalanan ‘konvoi’ fenomena ini mengingatkan aku ketika zaman mudaku. Aktiviti berkonvoi memang ditunggu, ia sinonim dengan hari cuti. Pergi bersama pulang bersama dalam satu kawanan jentera yang mampu menarik perhatian orang, lumrah jiwa muda sentiasa ingin di perhatikan. Tapi itu semua seakan pudar apabila usia meningkat. Kebosanan mula melanda lama kelamaan di tinggalkan begitu sahaja. Aku gembira kerana masa muda ku aku dapat merasai pengalaman itu.

2 Mei pula aktiviti berkonvoi kecil-kecilan bersama rakan sepejabatku ke majlis perkahwinan Penolong Pegawai ku di Labis, dia baru berusia 28 tahun aku rasakan. Tahniah kepada saudara Hafeez. Aku? Bila pula? Bila yang aku tak tahu jawapanya, kalu sekarang aku masih bersamanya mungkin bila itu ada jawapannya, biarlah hanya tuhan sahaja yang tahu bila itu datang dan bila itu akan memberi jawapan dengan sokongan perkataan lain.

0 Komen: