14 Julai 2009
Membuat kerja-kerja pada hari ini membawa aku ke kenangan 13 tahun yang lalu. Kerja hari ini aku mengangkat kotak menolong staf-staf aku menyusunnya sebelum di buka untuk susunaN di rak. Ada kotak berat ada kotak ringan. Kerja memang meletihkan, amat meletihkan. Dahulu aku pernah bekerja di sektor perkilangan, kerja yang aku kira berat, menyusun dan mengangkat kotak bagi setiap line mesin. Aku perlu menyediakan kotak bagi memastikan setiap output yang dihasilkan akan di masukkan ke dalam kotak oleh operator. Laju operator bermakna semakin banyak kotak yang perlu disediakan. Selepas itu aku akan menggunakan jack bagi meletakan di suatu tempat pengumpulan. Masa itu jika aku memakai baju putih apabila tiba ke petang nescaya baju tersebut akan kotor. Begitulah setiap hari susah payah penat dan meletihkan aku telah rasai begitu payah bekerja jika kita tiada kelulusan yang tinggi. Aku belajar mengenali itu semua dalam usia yang awal sebagai motivasi aku untuk berada di peringkat sekarang. Tak rugi aku menempuh saat itu, aku sangat suka menceritakan pengalaman aku untuk di kongsi dengan semua orang. Aku tak merasa kesenangan sekarang tanpa melalui kesusahan. Semua aku tempuh dari bawah. Aku mengerti bagaimana susah bekerja kilang. Ber boss perempuan atau lelaki.
Berbalik cerita hari ini, petang di rasai sampai ke petang, sungguh tak larat. Balik ke rumah dalam jam 9malam aku sudah keletihan mata begitu berat dan akhirnya tertidur.
15 Julai 2009
Menyambung kerja-kerja semalam, hari ini lebih relax kerana hari terakhir penyusunan bahan. Semua berjalan lancar menjelang petang semua bahan telah di susun di rak. Tahniah untuk semua staf ku. Fokus petang menyusun tempat sendiri membuka kotak peribadi untuk meja sendiri. Kami antara unit terakhir membuka kotak peribadi. Tak kisahlah, di awal perpindahan aku menegaskan bahawa pelanggan merupakan focus untama unit kami, jadi bahan di rak adalah untuk pengguna. Meja sendiri di buat kebelakang kerana kurang di rasakan penting. Aku lihat ada antara unit yang sibuk mengemas barang peribadi dahulu sebelum barang kerja. Mujurlah staf aku tidak ternganggu dengan itu semua. Fokus kami masih pelanggan.
16 Julai 2009
Berbaju formal semula walaupun ada serba sedikit kerja belum di bereskan, kotak-kotak dikumpulkan hari ini bagi tujuan pembersihan ruang pengguna. Perbincangan pagi bersama ketua pustakawan secara ceria sedikit sebanyak telah melepaskan apa sahaja masalah yang di hadapi memasuki bangunan baru. Nasib baik mood dia ok, aku sempat gak wat 2, 3 lawak di pagi hari bersama nyer, yelah time senyum dia senyum time dia marah diam je lah, dah bos kan kena lah pandai layan angin. Hari ini juga aku berkesempatan membuka internet di pusat komputer sebelum pulang kerja. Semua terkawal email berlambak, forum jauh ketinggalan, blog dapat di update cuma gambar belum berkesempatan.
17 Julai 2009
Hari Jumaat, aku memulakan pagi dengan taklimat kepada staf ku mengenai kerja yang perlu di lakukan hari ini. Selepas itu aku mengambil kesempatan untuk ke Pejabat pendaftaran bagi membuat semula kad pengenalan ku, maklumlah kad tak bermutu tinggi so chip rosak, ini pun terpaksa kerana RHB bank perlu kan chip berkenaan bagi membuka akaun. Ni semua di sebabkan pinjaman permuahan aku dulu lah. Dalam Isni depan siap walaupun masa yang di janjikan hanya 2 jam aku sengaja mengambil keputusan untuk mengambilnya minggu hadapan (isnin). Lama tak tengok tapak rumah terlalu lama dah aku sibuk dengan kerja. Kejam celik kejam celik rasanya hampir dua bulan rasanya di tambah pula ketiadaan jenteraku. Harap segalanya berjalan lancar.
Perjalanan ke Kampus baru aku rasakan agak lama hampir 20 minit dari rumahku dengan menaiki motor, aku belum sempat buat catatan terbaik dengan menaiki kereta. Kalau dahulu di kampus lama aku boleh buat dalam masa 6 minit tapi untuk kampus terbaru belum ada masa rasmi untuk tiba.
Tidak lama lagi aku rasa di akhir bulan Julai ini aku akan kembali duduk berseorangan. Kawan serumahku, isterinya dapat bertukar ke sini berkuatkuasa 3 Ogos ini. Hai nampaknya berpuasa sorang le aku di rumah ni lagi sama seperti tahun yang lepas ketika mula aku di Melaka dan menyewa di rumah sekarang. RM350 kembali di bayar secara berseorangan. Tidak lah terlampau membebankan aku rasakan mampu untuk itu, bertahan sehingga Mac 2011 rumah sendiri ku akan siap di bina. Sekarang ni aku dalam proses mengumpul duit untuk rumah bagi membuat konsep hiasan dalaman yang bertema. Walaupun tak meliputi semua aku harap dapur dan bilik tidur dapat di jadikan kenyataan melalui simpanan dari sekarang. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, hehehehe apalah duit jadi bukit..tak mau aku. Buat masa sekarang untuk hiasan dalaman bagi kabinet dapur kos tidaklah terlalu mahal sekadar 3.5k pun dah cukup puas hati. Bilik dalam 4k pun dah kira ok..sedia je dalam 10k huhuhuhuhu. Esok ke KL untuk melawat jenteraku hope by esok simen body dah siap.
18 Julai 2009
Seawal jam 8 pagi aku menaiki bas untuk ke KL. Harapan yang ada hanya berharap jenteraku telah siap dan menunggu untuk di cat. Setiba di sana harapan memang seperti di jangka. Cuma timbul kekeliruan warna. Walaupun telah diputuskan tempohari, aku sendiri konfius dan terpaksa menyuruh bengkel membuat 2 kesan warna. Perlu di ingat warna asas telah di uruskan pada rundingan pertama tetapi kini keliru dengan special effect untuk penyudah. Kristal Diamond Crome atau Pearl Putih. Kedua-duanya aku suruh kedai wat dlm kepingan plet terlebih dahulu. Baru senang mata memandang, jika dah siap maybe sabtu depan aku akan naik ke KL lagi. Hai penat lah dengan ini semua. Cat sahaja maybe abis dalam 2.7k. Hakikat yang mahal selalunya bernilai dan apalah erti nilai jika dibandingkan dengan kepuasan memiliki.
20 Julai 2009
Macam biasa hari Isnin hari yang melemahkan, aku seakan tiada mood hari ni. Tambahan duit di tangan telah kurang, maklumlah gaji just around the corner. Teringat zaman dulu2, di organisasi lama gaji dalam 20hb setiap bulan cepat sungguh jika di fikir-fikirkan kembali. Walau apa pun aku tetap make sure ia akan bertahan sehingga 20hb bulan seterusnya. Pergerakan 2 minggu sekali pulang ke Johor banyak membuang duit ku di tengah jalan. Hakikat lama yang aku tempuhi berada di negeri orang suatu masa dahulu. Perjalanan itu juga telah menemukan aku dengan si dia satu masa dahulu, sayangnya aku masih belum berkesempatan mengimbau kembali memori perjalanan berkenaan. Pokok tiga batang, van putih, lintasan air, kubur org asli, jagung kg Pontian, monyet endau, hummer TMJ, polis tiada kepala, PLKN padang Hijau, dan banyak lagi terbayang tiba-tiba di kotak pemikiran aku. Berbagai suka duka aku lalui dalam perjalanan pulang ke Kampung. Duka tayar pecah rim bengkok di Jamaluang jam 8.30mlm, laluan banjir semuanya di lalui dengan gagah,gagah sebagai cabaran membuatkan pengalaman aku bertambah kuat untuk lalui kehidupan mendatang.
20 Julai 2009
Gatal-gatal sambil bersiar singgah ke kedai kereta second hand. Toyota Vios 52k, Honda EK 35k, Nissan Sentra 48k, Toyota Wish 110k. Apa pilihan aku? Tiada apa yang tepat kepada jawapan itu, hanya survey2, tengok2 sahaja mengira2. Dapat juga info baru semua kereta berumur 10 tahun tiada bank yang mahu memberi pinjaman kecuali syarikat kewangan seperti AEON dsb aku pun tak tahu lagi.Tapi percent dasyat 10%. Wau terbeliak dengar, tapi jangan terkejut itu untuk orang kerja swasta sahaja. Bagi aku government tidak, bank masih lagi berani memberi pinjaman dengan kadar percent semasa untuk kenderaan second hand.
Setelah di kira-kira aku mampu untuk bayaran bulanan maksimum rm600 sahaja, dalam list yang lepas maybe Toyota Vios. Ini bermakna harga kereta sehingga 55k sahaja aku mampu. Bukan tak mampu untuk lebih rasanya lepas hingga ke 80k. tapi aku sedar dengan kuasa beli aku yang lain Cuma RM600 sahaja mampu untuk aku hidup selesa. Well segala nya tertakluk pada keputusan semasa. Apa pendapat anda? Takkan perodua lagi kot? Aku dah malas dengan kereta kecil rasa gak nak pakai keta besar, lebih best dengan nama aku sendiri. Bleh potong MYVI hehehe, ahhh jentera aku ni sekarang pun mampu lah. Apa guna convert jika tiada nilai kelajuan. Mau cuba ke 1.5 standart? Hidup mati di tangan tuhan.
21 Julai 2009
Festival membaca, meeting untuk festival yang akan diadakan juga pada 5 – 8 Ogos 2009. Tak sangka program ini benar-benar hendak dijalankan walaupun masa semakin singkat. Pening rakanku sebagai pengarah program, walaupun aku hanya sekadar timbalan bagi program ini, aku juga merasa kepeningan itu
Apa boleh buat segalanya perlu digerakkan dengan langkah yang amat laju. Minggu ni aku rasa tenang, tenang kerana tiada gangguan dari bos. Walaupun begitu aku sentiasa mencari kerja-kerja yang mungkin pada bila-bila masa sahaja di kehendaki olehnya, yelah orang kata sediakan payung sebelum hujan.
Hari ini juga ada pegawai perempuan yang mencurah rasa kepada ku. Curahan rasa? Macam nak meminang aku je bunyinya. Bukanlah sebanarnya curahan rasa mengenai ketidakpuashatian kepada staf nya. Masalah nya aku rasa aku pernah rasai dulu, senang apabila staf menjadi dominan dari pegawai. Aku ada pengalaman itu, jadi di sini aku sentiasa menjaga kedominan itu supaya tidak melebihi aku. Aku faham dia jadi dalam situasi tersebut akibat kebaikan pegawai itu sendiri juga. Pada aku staf bawahan tidak boleh di beri muka sangat, bukan berlagak, tapi hakikat manusia dah beri betis nak peha. Jadi dalam mendengar pendapat dari mereka kita perlu sesekali bertindak veto dengan keputusan kita sendiri dengan cara kita.
Pendapat mereka kita hanya jadikan garis panduan atau mengenal garis sejarah awal sesuatu, kejayaan atau kegagalan lalu ini supaya kita boleh menambahbaik dengan cara kita pula. Dalam konsep ini kita tidak menjadikan keputusan dia sebagai keputusan atau tindakan akhir. Bila kita gunakan akan timbul semua dia yang betul dan mula mengarah kita. Sebab mudah kita dah menghargai idea mereka. Jangan jadi bos mcm kerbau di cucuk hidung, Nampak mudah tapi jangka panjang kita ni mudah di tipu, perlu di ingat segala risiko adalah tanggungjawab pegawai. Bos atasan tidak menyalahkan staf tetapi kita yang di persalahkan.
Aku memberikan 2, 3 nasihat kepada pegawai berkenaan mengenai langkah yang perlu di lakukan berdasarkan apa yang aku lalui pengalaman lampau. Aku juga meminta dia pergi berjumpa dengan seorang pegawai lama yang aku kira boleh dipercayai yang aku jadikan dia mentor selama ini. Harap segalanya lancar.
22 Julai 2009
Leka aku dengan software AAA logo, duk membuat logo bagi illegal team aku. Wah ada version first baju. Illegal Team First Graduation Day, setahun dah aku bersama team ni dan lama juga tak wat program semenjak last BBQ di port Dickson tempohari. Plan nak gi canopy walk di Jerantut tetapi memandangkan semua nya sibuk terpaksalah di tahan-tahan dulu hasrat tu. Lagipun jentera tak siap lagi jadi kekurangan langkah ler untuk tujuan survey-survey.
23 Julai 2009
Bos tiada hari tenang bagi semua, walaubagaimanapun kerja harus di lakukan mengikut planner aku. Rasa tak best lah kalu tak wat kerja cam membazir masa sahaja. Sambil-sambil tu aku layan lagu Agnes Monica “MatahariKu” well ada makna biarlah di simpan dalam-dalam bukan di bawa ke mana pun makna itu. Lama lah tak pergi karaoke, jentera tiada lupakan hasrat itu..uhhhhh.
Puasa nak dekat, kebetulan di katakan hari ini gaji dah masuk, tapi aku belum membuat apa-apa belanjawan lagi ke mana hala tuju duit untuk bulan ini. Aku dalam otak yang tak berapa betul ni terpikir nak beli meja dan peti ais lah, maklumlah nak puasa kena adalah kan senang sikit taklah duk di atas lantai dan memakan sahur dengan barang semalam. Walaupun memang di takdirkan kali ni aku berbuka dan bersahur sendirian lagi, tapi aku tak takut sebab aku pernah lalui dulu-dulu. Cuma jauh di lubuk hati adalah rasa kesedihan sedikit keseorangan melalui dua detik berkenaan, kekadang teringat kampung terutama ketika bersahur. Bab tentang berbuka tu kurang sikit layan perasaan coz dah lapar kan duk asyik terpikir nak makan je otak ni. Tetapi kekadang berbuka di luar bersama rakan-rakan, lagilah tak terpikir langsung.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan