Salam ramadhan buat semua..Tv kata ramai yang menantikan kemunculan bulan Ramadhan ni? Betul ke? atau di sebaliknya begitu lemah bagi menghadapinya. walau lemah macamana pun kita kena hadapinya juga. walaupun aku bukan kategori orang yang beriman tebal tapi bab puasa ni aku suka sangat, entah ah dirasakan cam pesta yang mesti disambut. Rugi rasanya kalu tak sama-sama menyambutnya.
kali ini merupakan tahun ke 7 aku berpuasa di perantauan, Shah Alam-Kuantan-Melaka. Tapi setiap kali awal puasa aku tidak ketinggalan untuk menyambutnya di kampung. Kalau tak sambut berpuasa di kampung rasa nya macam serupa tak berauay dikampung.
Aku bercuti panjang sedikit 4 hari, bukan buat apa pun cuma melayan kerenah mak aku duk gi bershupping barang raya. Ikutkan je lah, aku bukan ada adik beradik yang nak dibazirkan duit, bini pun takde, dulu macam nak ada tapi telah terbang pergi entah ke mana.
Jentera jumaat ni siap, awas akan menganas di jalanraya, destinasi yang pasti akan dikunjungi adalah tempat lama bermain dahulu.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan