Hampir keseluruhan hari selepas pulang dari bercuti Hari raya tempohari aku makan kat luar. Mungkin juga di sebabkan pressure yang melanda menyebabkan aku malas nak masak kat rumah. Jangan tak percaya aku juga berkebolehan memasak, tidaklah masakan terlalu gah tapi cukup sesedap rasa untuk di makan. Aku bukannya seorang yang memilih dalam proses memakan janji tidak masin tidak tawar dan makanan bukan basi aku telan sahaja. Aku bersedia untuk belajar apa sahaja masakan yang aku fikirkan tidak rumit, bahan senang diperoleh, aku layan je untuk memasak. Bila rumah aku siap nanti aku berangan-angan nak buat kabinet dapur ini semua berkait dengan hiasan dalaman. Aku sudah bertanya-tanya kos sekitar 5k untuk kabinet dapur, tema? Belum tau lagi. Duit telah mula dikumpul sikit-sikit untuk kabinet dapur dan jika lebih aku nak wat satu bilik macam pejabat di rumah.
Wau berangan duit nya baru dikumpul-kumpul hehehhehe. Banyak juga berangannya Taman, Set Bilik, Set dapur, Ruang Tamu semuanya hendak dibuat berdasarkan satu konsep, aku tidak mahu main beli perabut kat luar ikut kesedapan mata, bila balik semua xkena. Biarlah pereka dalaman yang reka kan supaya Nampak bersesuaian dengan tema. Rasanya dalam 20k juga untuk itu, tapi ini kiraan sekarang. Bagaimana bila Mac 2011 nanti?
Berbalik kepada kisah makan di luar, ini lumrah sebagai orang bujang. Cuma satu yang tak tahan iaitu duit, keadaan memang senang, order dan makan. Jika di bandingkan dengan kos bulanan makan di luar dengan masak sendiri, separuh juga kosnya lebih murah di rumah. Sedar hakikat ini tapi apakan daya dah penat otak fikir lagi penat, kesudahan singgah gerai makan balik mandi dan melayan lap top untuk tugasan apa yang patut.
Bila layan lap top aku ada hobi baru iaitu bermain dengan adobe photoshop CS3, dah pergi kursus di UTM KL awal tahun ini kena selalu click try n error baru boleh menguasainya. Secara jujur sehingga kini pun aku masih belajar mengclick. Ia menarik kalu berjaya tetapi jadi sakit jiwa bila hampeh tak jadi-jadi.
0 Komen:
Catat Ulasan