Blogger Backgrounds

Selasa, 3 November 2009

Mengamati sesuatu untuk memahami sesuatu


Benar aku down 3 hari akibat demam + selesema + batuk pun nak enter frame gak = demam yang me “relax” kan. Memakan ubat-ubatan membuat aku berada dalam dunia tersendiri. Dunia yang khayal dek dadah yang ditelan mengikut jam yang ditetapkan. Fana ruang rumahku, bagun hanya untuk makan sahaja, nasib baik aku tak khayal di saat perut memberi isyarat. Skill memasak tetap ada walaupun demam-demam ni.


Selepas tiga hari melalui saat penghapusan dosa itu, aku rasa jiwa aku kosong, aku rindukan untuk melihat ragam manusia di luar sana. Dah tiga hari memerap dirumah so ingin jua pergi mengambil angin luar. Gerak di pacu mengikut gerak hati pergi ke Stesen bas sambil melayan ais krim mcdonald perisa coklat, best layan sambil tengok pergerakan manusia. Otak aku terus berfikir dan berfikir mengenai mereka, dari pengamatan aku menjana apa sahaja tekaan dan ilmu dari pemandangan. Semua bergerak seperti semua mempunyai tujuan masing-masing.

Sehingga lah terpandang sepasang pasangan pengkid dan awek dia, uhhh awek cun tapi couple dengan pengkid. Aku tak salahkan mereka Cuma aku kesal dengan apa yang tak sepatutnya terjadi. Biarlah mereka itu dunia mereka, mengapa pula aku hendak menghalang dunia itu, tugas aku di sini hanyalah memerhati untuk mengetahui kehidupan yang aku tinggalkan 3 hari lalu.
Aku ke lokasi kedua layan window shopping kat giant plak, mulanya nak cari majalah sahaja tetapi di sebabkan tiada aku terus masuk giant layan jalan untuk berpeluh. Yelah window shopping memula pastu nak keluar penuh di bakul, uhh aku lari objektif sudah jadi basket shupping. Adehhh RM39 melayang. Biarlah bukan untuk orang lain pun keperluan diri jugak.
Balik umah sebelum magrib, makan ubat bummmmm lalok kembali……..tak sempat nak wat bajet gaji bulan depan..uhhhhhhhhhhhhhh

0 Komen: