Blogger Backgrounds

Isnin, 21 Disember 2009

Ros Merah Di Ufuk Bayu



Ros merah ada makna
Yang penuh untuk jiwa
Hanya Cebisan nostalgia lalu
Tiada makna, kata berseni

Kekaburan masa dahulu
Kehidupan untuk apa
Lahir untuk apa
Kebahagian dengan siapa

Dulu jauh lama dahulu
Ku rasa ada semuanya
Kata apa sahaja aku pasti terima
Tiada kesempurnaan jiwa

Kemarin dahulu
Aku rasa semua berbeza
Aku goyah kerananya
Perasaan hancur menelan jiwa

Semalam baru menjelma
Hilang segalanya
Tiada jiwa, perasaan hiba
Dia pergi kerana terpaksa

Hari ini saat berdetik
Hidup aku tiada ke mana
Hadir untuk apa
Suka belum tentu senyuman

Esok pasti akan datang
Saat dia hilang melayang jauh ke sana
Aku membeku rindu
Setia ku sebagai perindu hiba

Akan datang siapa pasti
Kita bukan tuhan penentu segala
Janji tuhan sudah pasti
Ku nanti mu di pintu harapan

Ros merah akan ku puja
Biar megar dalam kenangan
Tiada hak untuk disunting
Selamat tinggal di ufuk bayu

0 Komen: