Blogger Backgrounds

Rabu, 10 Mac 2010

Bulan Mac Yang “Full House”



Mengamati calendar bulan mac membayangkan kerja penuh selama 23hari tanpa ada public holiday. Wau mesti tuff ni, di saat itu juga aku menjeling baki cuti aku, emm ada 33hari lagi. Sama ada aku bekerja penuh atau aku ada akan mengambil cuti rehat di pertengahan. Secara jelas apabila menatap kalendar Mac memang memenatkan, dari itu juga membayangkan hendak bercuti di mana sesuai. Itu hanya idea sahaja, belum tentu ingin bercuti. Aku rasakan kalu aku melepasi tanpa bercuti memang hebatlah aku 23 hari tanpa henti bersama cuaca panas yang meletihkan dan menguji kesihatan.


Teringat sewaktu perkhidmatan dulu-dulu, bekerja berstatus sambilan, bila bekerja 23 hari boleh lah dapat 1 hari cuti bergaji sebagai inisiatif, tetapi biasanya tiada bulan yang cukup 23hari. Kedatangan bulan sedemikian begitu mengujakan untuk merasai inisiatif tersebut sebagai satu penghargaan. Tetapi itu kenangan dahulu sekarang tidak lagi, ada cuti yang diberikan pun terkial-kial nak abiskan, no point untuk bercuti. Kebanyakkan cuti yang lepas aku isikan dengan pergi bercuti. Bercakap soal bercuti bagi tahun ni aku sedang merancang-rancang angin lokasi hendak di tuju. Dalam kepala ada 3 : Kuala Terengganu, Pulau Redang ataupun ke Alor Setar. Lokasi-lokasi yang aku belum pernah jelajahi, semestinya percutian 3 hari 2 malam itu nanti pasti menyeronokan atau lebih tepat “ dengan rm300 aku mampu ke ……..” uh tak sabar lah.

0 Komen: