Blogger Backgrounds

Isnin, 26 April 2010

Panas Hujan Panas Hujan























Diari catatan aku pada hari Ahad ini di hiasi dengan Cuaca. Ahad cuaca tak menentu di sini, seawal pagi jadual ahadku sudah penuh. Hari ini autoshow Melaka dan kemudian tolong rakanku berpindah rumah. Semalam dahlah jam 2 pagi aku bali dari acara sound system challenge, pekak telinga aku ni jantung juga bergoncang dek kegilaan mereka-mereka yang taksub dengan system audio kereta.

Pagi lagi aku menolong rakanku, cuaca panas yang menjulurkan sedikit peluh di dahi. Balik ke rumah bersiap ke tapak autoshow yang cuacanya memang panas meleleh abis segala air peluh yang ada. Event best and gempak, saying aku tak lama di situ sebab kembali menolong rakanku mengangkat barang. Hujan pulak di sebelah petang. Aku takut je badan aku menjadi tak seimbang dek cuaca begini.

Malam pula membuat sedikit kerja pejabat yang tambah-tambah nak disiapkan. Sambil layan konsert jom heboh di Teluk Danga. Alamak ada lagu lama NewBoys ‘Sejarah Mungkin Berulang” lama tak dengar senyum sendiri ingat zaman-zaman rambut belah tengah dengan baju T shirt belang.

Hahahhaha senyum sendiri mengingati kenangan muda.

Sejauh mana mampu bertahan
Sampai bila harusku kenang
Setiap kali bertentangan
Tiada ketenangan
Cemburumu merantai hati
Meleburkan semangat diri

Bila aku kenangkan kemanisan lalu
Semua itu ku ketepikan
Andaiku turut rasa hati
Telah jauh ku bawa diri
Tapi kemaafanku lahir dari hati…
mengatasi
Sejarah mungkin berulang
Walau engkauku maafkan
Oh kekasih
Tapi mungkin hanya sementara
Keinsafan di hatimu
Berpanas hujan berembun
Tak pernah ku hiraukan
Asal dapat memenuhi
Segala keinginan hati
Ku bina istana cinta
Dihiasi lukisan rindu
Indahnya pada di luar
Tapi penuh kepalsuan
Bila ku tiada
Terbuktilah
Betapa aku pula di sisimu
Sejarah mungkin berulang

0 Komen: