Rabu, 29 Disember 2010
aKHIrnya OPsyEN KWSp ataU PEncEn MuncuL
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 2:08:00 PTG 0 Komen
Khamis, 23 Disember 2010
Kuala Terengganu telah di tawan...
Lama juga tidak mencoret selepas balik dari percutian di Kuala Terengganu. Baru lah aku faham kenapa di namakan "Kuala" sebeb ia di muara sg terengganu pastu depan dah laut cina selatan, so secara kelangsungannya ia telah di beri gelaran sebagai bandaraya warisan pesisir air. Percutian kali ni agak memenatkan sedikit coz aku terpaksa berjalan alah backpackker sebab tak bawak jentera bersama. Di susuli dengan cuaca hujan di sana ketika ini. Nasib baik lah tak hujan sepanjang hari, kalu tak terbantut ah percutian aku ni.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 8:02:00 PG 0 Komen
Selasa, 14 Disember 2010
Macam Sibuk Tapi Terkawal
Mula-mula aku nak gitau, "bos xde seminggu" macam biasa aku mengabil kesempatan membuat segala tugasan dengan tenang, setenangnya. Semua nyer smooth. sampai aku rasa sakit kepala tiba-tiba ini. Buka blog sekejap mencurah rasa. Penat otak memanglah penat, tapi aku fikir kualiti bagi sedemikian tidak mudah diperolehi. Jadi harus dibuat, planner aku minggu ni memang dah penuh dengan coretan kecuali bercuti.
Jumaat untuk Bercuti ke Kuala Terengganu selama 3 hari 2 malam. Huhuhu peta dah hafal, kali ni pergi secara ala backpacker menaiki bas tanpa jentera aku di sisi. Semua persiapan telah dibuat termasuk tintatif perjalanan percutian di sana nanti. Hope semua ok....
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 4:47:00 PTG 0 Komen
Jumaat, 10 Disember 2010
Sakit-sakit tanda dah tua?
Tertarik dengan kata rakanku, ‘dah tua so banyaklah sakit-sakitnya’..emm memang betul pun sel bertambah longgar, imun semakin kurang maka itulah yang menjelma. Rabu aku terpaksa MC akibat sakit pinggang yang di alami akibat pemanduan jarak jauh aku weekend lepas. Biasa dalam sehari atau dua kalu mengalami symptom ini aku akan baik. Tetapi setelah melebihi 3 hari nampak seakan ada yang tidak kena maka kliniklah tempat dirujuk. Syukur tiada apa yang memudaratkan, mungkin ini jenis bapak segala sakit pinggang yang aku alami. So degil lah sikit nak baik.
Ku hadapi segalanya walaupun ketika naik semula kerja rakan-rakan memerli “hai belum kawen dah sakit pinggang” senyum saje lah apa bleh buat, kawan-kawan nak bergurau. Penting tu orang masih sukakan kita itu sebab orang layan kita. Kalu ada atau takde kita di pejabat orang tak pedulik, itu sudah berat kawan..orang dah tak endahkan kita dah atau lebih tepat orang maybe benci kita.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 8:22:00 PG 0 Komen
Jumaat, 3 Disember 2010
Akhirnya 10 tahun sudah penubuhan IPTA ini
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 8:22:00 PG 0 Komen
Khamis, 2 Disember 2010
Bila Diri Di Hargai
Siapa selalu hargai anda? Siapa ingat untuk menghargai anda? Adakah kita menghargai yang lain?
Berbicara pasal dihargai, semua manusia suka akan penghargaan yang diberikan kepada mereka. Tetapi berapa banyak kah penghargaan orang beri kepada kita secara langsung? Aku percaya dalam setahun pun nak dapat 5 pun susah. Tu belum aku menapisnya kepada penghargaan yang betul-betul penghargaan atau pun betul-betul keikhlasan.
Kadang-kadang kita membuat sesuatu bukan untuk penghargaan tetapi untuk kepuasan, bila orang tidak mengucapkannya kita tak terasa sangat sebab objektif kita pada awalnya bukan untuk penghargaan. Tetapi sebaliknya penghargaan yang dicari, kita akan kerap kali akan rasa kecewa. Jadi berubahlah untuk kepuasan dalam sesuatu tindakan.
Kita juga janganlah lupa menzahirkan penghargaan kepada orang lain jika kita inginkan kesempurnaan hubungan dengan manusia yang lain. Orang suka, kita pun suka bukan?
Bila mendapat sms si dia semalam, aku rasakan amat dihargai, bait-bait ayat yang nampak ringkas tapi cukup bermakna kepadaku. Terima kasih untuk itu. Aku rasa takda lah aku membuat sesuatu yang benar-benar harus diterima penghargaan setulus itu. Tapi dah di hargai aku terima seadanya.
Ini cuma sekelumit penghargaan sama ada sedar atau tidak aku juga mungkin menerima penghargaan dari yang lain. Jangan kecewa aku tujukan semua ini untuk kalian yang menghargaiku juga. Terma Kasih Jutaan kasih kerana semua sedar akan jasaku kepada kalian
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 7:55:00 PG 0 Komen
Rabu, 1 Disember 2010
Meniti Hari Yang Lambat
Semalam aku rasakan begitu lambat waktu berlalu, tambahan pula bos bercuti. Bukanlah maksudku ingin mengambil kesempatan untuk tidak membuat kerja Tetapi aku menafaatkan masa dengan sebaiknya tanpa kehadiran beliau di depan mata ini. Aku rasakan, aku bukanlah orang yang suka menunjuk rajin kerja di hadapan bos. Padaku menjadi serba tak kena kalau dia ada di office, aura nya seakan menghalang aku dari membuat kerja dengan aman dan damai. Walaupun dia tidak memanggil atau melihat aku bekerja.
Hari ini auranya tiada, segala dalam planner yang aku tulis malam tadi semua dilaksanakan dengan teratur dan sempurna tanpa rasa tertekan kehadiran auranya di sekitar rajah radius di tempat kerjaku.
Kepuasan membuat kerja hanya aku yang rasai. Segala curahan idea dapat di implentasikan di dalam apa sahaja gerak kerja yang aku laksanakan. Sungguh tenang hari ini, masa bergerak perlahan. Uh bila lah dapat lagi jumpa hari sebegini. walaupun hari lambat berlalu tapi aku suka.
Dimimpi-mimpikan runnerseven7 di 8:00:00 PG 0 Komen