Blogger Backgrounds

Isnin, 7 Februari 2011

Bercuti Ke Kelantan Darul Naim


Pembuka tirai percutian 2011 dengan negeri Cik Siti Wan Kembang pembuka perjalanan. Macam biasa percutian 3 hari 2 malam di isi dengan sepenuhnya tanpa mengira kepenatan yang menimpa sejak awal tiba. Ini merupakan percutian ke-2 aku pergi tanpa membawa jentera sendiri, aku naik bas je. Perjalanan lebih 7 jam begitu meletihkan di atas bas. Namun apa kan daya malas membawa jentera haramku dengan lebih jauh. Bukan tidak pernah di bawa ke Kelantan jentera tersebut tahun lepas, tapi mungkin sebab nak savekan bajet percutian lebih ke arah itu.

Kebetulan percutian ini bersempenan dengan rakan sekerjaku yang telah berkahwin dengan orang di sana, so sambil menyelam aku meminum air lah jawabnya. Tune Hotel Kota Bharu menjadi pilihan dengan hotel taraf 5 bintang tetapi di bawah bajet 1 bintang, selesa dan mudah segalanya tapi kena tempah thru online baru senang segalanya.

jadual penuh telah dirancang sebulan sebelum bertolak antara lokasi: Rantau Panjang,Umah pengantin,Bandar Kota bharu, Pantai Cinta Bulan, Lapangan Terbang Pengkalan Chepa, Wakaf Che Yeh.

Kelantan menjanjikan duit akan menjadi kosong di poket dengan tawaran barang yang begitu murah jauh murah dari di KL atau Selatan. Hari pertama sahaja aku dah gila tang seluar jean, belum hari kedua, nasib baik bajet sikit kalu pergi takde bajet ditangan mau fafa kedana aku 4 bulan.


Percutian yang memenatkan, tapi puas hati dengan shupping nyer. Sehingga berjumpa lagi. Next station

Telah bertahun lama
Tenggelam arus masa
Didalam ingatanku
Masih segar terasa

Terkadang aku sama
Mengancur bunga cinta
Keadaan aku memaksa
Kita terpisah jua

Andainya aku berdaya
Kan kucoretkan untukmu
Sebagai kenangan kita
Kan ku buktikan untukmu
Akan aku buktikan

Kuukir namamu
Di awang Gunung Jerai
Disaksikan laut daun nyiur melambai
Jauh pandangan permai
Disitu tanjung dawai terkenang peristiwa
Cinta kita terurai

Oh! indahnya... peristiwa...
Cinta kita di Pantai Merdeka...
Oh... oh...

Masih ingatkah oh kekasih
Biarpun kini kau di mana
Namun dengarlah lagu ini
Cinta kita di Pantai Merdeka

Cinta Pantai Merdeka
Kedah tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

0 Komen: