Orang Malaysia memang suka last minute action, hari ini last untuk bayar saman selepas di tangguhkan kali ke-2 oleh pihak-pihak menyaman di Malaysia ni. Malas nak senaraikan sebab banyak nor organisasi yang boleh keluarkan saman. Nak mendidik? Hehehe ketawa bulu hidung aku melihat perihal ayat ini setiap kali reason kenapa keluarkan saman, barangkali anjing dan kucing serta ayam peliharaan jiran sebelah rumah aku juga turut ketawa dengan cara mereka.
Lupakan itu berbalik kepada rakyat Malaysia termasuk aku juga tapi untuk rekod saman aku dah dibayar selang 3 hari selepas aku di saman tanpa ada diskaun tau, lumrah mungkin isu saman ni siapa bayar lambat akan ada menjelmanya diskaun, jadi bagi sesiapa yang prihatin macam aku yang sentiasa atau mungkin malas melayan kerenah undang-undang, bayar awal “No Diskaun” terpampang pada muka kaca kaunter bayaran saman tak sempat mintak belas kasihan lagi. Nak salahkan sapa? We are Malaysian.
Jadi pada disember lalu keluarlah fatwa mengatakan saman dapat diskaun aka sapa bayar lambat2 dapat diskaun. So sapa yang tak bayar juga akan berhadapan dengan di simbah cat hitam pada kenderaan dan juga lesen. Nampak cam along plak tapi beza cat merah dan hitam je. Punca nyer sama tak bayar hutang.
Maka setelah tarikh tiba semua tak layan, tapi bila last day semua muncul di kaunter hehehhe we a Malaysian. Pastu sambung lagi lanjutan tarikh, maka esoknya terang kembali kaunter. So hari ini last day kedua, tengoklah semuanya jadi huru-huru…Sekali lagi we are Malaysian. Perkara ini boleh dilihat dari segala aspek LHDN,Cukai pintu, dan apa sahaja yang last day dan jika tak bayar berhadapan dengan tindakan drastik. So tak boleh kata apa, kita sedar tapi itulah kita.
Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
-
Assalamualaikum & hye!
Bulan lepas menjadi isu agak hangat tentang undang-undang dari kerajaan
untuk pemasangan carseat diwajibkan pada tahun depan 2020....
5 tahun yang lalu
0 Komen:
Catat Ulasan