Blogger Backgrounds

Selasa, 19 April 2011

Aku Bengang




15hb April sepatutnya tarikh aku masuk rumah baru, 3 trip menggunakan van rakan sepejabatku bagi mengangkut barang yang pada mulanya aku rasa xdelah banyak sangat. Memandangkan memang tarikh itu aku merancang dan telah berjanji dengannya. Sepatutnya segala kerja-kerja di dalam rumah harus selesai pada 14 April. Tetapi yang aku bengangkan adalah kerana kerja-kerja wiring baru siap 10%.

7hb April : terima sebut harga
8hb April : Persetujuan dari aku dengan sebut harga serta syarat2 aku mesti siap pada 14 April dan pihak kontraktor bersetuju.
9hb April : Kerja-kerja wiring dimulakan
10hb April : Kontraktor cuti Ahad
11hb April : bleh pulak wat projek lain, emergency katanya
12hb April : Masuk wat keje semula, tapi progress sangat lembab
13hb April : Projek tempat lain lagi
14hb April : Projek tempat lain lagi
15hb April : Cuti bandaraya Melaka
16hb April : datang wat keje tapi progress cam hampeh
17hb April : Cuti Hari Ahad
18hb April : Wat projek tempat lain lagi
19hb April : sambung wat keje

Sehingga catatan ini di lakar kerja-kerja hanya 20% siap dan apa yang aku lihat tidak kemas. Mengapa aku tak tukar kontraktor, jawapan jelas letih dah..sebab 3 kontraktor sebelum ni bersetuju nak wat last2 senyap pulak. So aku rasa seakan ada badi bagi wiring umah aku ni. Garis masa sepatut berpindah telah berlalu, aku terpkasa menyambung sewa bagi rumah sewa aku ini untuk sehingga siap wiring. Haii umah tak cuci lagi, barang dah masuk, fenin aku.

0 Komen: